Tuesday, December 9, 2008

Menghitung hari.....

Kini tiba masanya untuk aku menghitung hari....huhuhuh...Jgn panik..actually aku dok kira hari sebab: jeng,..jeng.

1. Nak balik kg p tgk kawan sekolah aku kawen. rasanya pest time aku p kenduri kawen kengkawan skolah dolu2... Lagi satu, tentulah jumpa balik bebudak kelas ako !! Aiyahhh... huuuh

2. Lagi 2 minggu nak gaji..hehehe... ingat nak ikut kiah p jb; nak singgah spa kat area pagor.. hari tuh tgk dalam paper.. hehehe.. plan aje..

3. dah ujung tahun.. bonus!!! Eh ada bonus ker? huhuhu... but i'm still hoping....

4.dapat cash RM300 sempena 5 yrs servis kat cni.. hehe.. ingat nak beli jam..

5. last but not least.. welcome 2009!! Errrrr apa yang aku achieve dalam tahun 2008 ek??? #%$#&*

Sunday, December 7, 2008

Qorban....Qorban..

Baru-baru ini negara digemparkan dengan kejadian tanah runtuh di Bukit antarabangsa. Seramai lebih kurang 4 orang terkorban & ramai yang tercedera. Tak lama selepas kejadian itu; kita digemparkan lagi dengan perlanggaran bas ekspress di Lebuhraya Utara Selatan (area tangkak) & ramai yang terkorban..Begitu juga di KL kemalangan kereta yang mengakibatkan maut & cedera parah..

Begitulah percaturan dunia..Kita tak dapat menjangka apa yang akan berlaku esok, hatta walau sesaat sekalipun.. Adakah kita pasti.. kita akan hidup sehingga ke anak cucu? Atau mungkin hari ini adalah yang terakhir kita di bumi Allah ini? Tapi.... kita sering kali leka, alpa, seolah2 kita tak mungkin mati esok.. seolah2 ajal kita belum sampai lagi... Apa gerenti?? Siapa yang beri jaminan?? (Ya, Allah... kau ampunilah aku... dosa2 yang aku lakukan..aku insan yang lemah.. seringkali gagal pada godaan syaitan... jangan kau matikan aku dalam keadaan aku berbuat dosa... Ya Allah; kau berilah cahaya hidayahMu agar aku tabah menghadapi dugaan hidup ini.. )

Kadang2 bila terjadi berita cam nie; rasa gerun di hati.. Alhamdulillah kita masih selamat dari bencana ini.. Marilah kita sama2 bersyukur pada Ilahi kerana kita masih bernyawa, masih sempat bertaubat, & jangan lupa kita doakan agar mangsa bencana ini tabah menghadapi dugaan ini.

Di kesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan salam idul adha kepada semua umat Islam. Moga pengorbanan yang kita buat walau sedikit, mendapat rahmat dari Allah & diterimaNya.. Amin....

Saturday, November 15, 2008

Today in history......

Last Wednesday, after work I planned to do OT..got some urgent job to do. So, around 8 pm tu p kuar dinner dgn hsemmate. She refused to drive, but I pursuade her coz I'm really tired. So kami pon p la makan kat kedai berdekatan. On the way back to...cam hujan2 renyai lah.. So dalam perjalanan tu berlaku lah incident yg tak diingini.... Gedebang....accident dgn Mr "K" (bukan nama sebenar la).. Habis teruk gak lah kereta kwn aku tu.. Kecut perut gak, nasib tak bz nar jalan tuh.. So, dia pun trauma la nak drive, so aku lah bawa balik keta dia. Keta aku aku park kat company. Harap banyak2 bersabar.Ini semua ujian...

So on the next day; aku pon tolong hantaq keta dia kat workshop. Dan tak leh siap dalam sehari. So, ako minta lah tlg kawan aku soh amik aku time lunch.B4 that aku dah sms bos aku kata mayb lambat mai skit pasal sebab2 emergency. So dalam kol 10 gitu, bos tipon tanya hal aku, awat tak masuk lagi. So aku habaq la, kata no transport. So wait for my frend to pick me during lunch hour. So dia dengan senang ati kata takpa, biaq dia mai amik aku!!! Biaq betul !! Risau bangattt dia aku tak datang. Takut aku stay back kot tday sebab sure manyak koje lagii.. Today is badminton time.... huhuhuh. So dia pon mai lah datang amik aku kat rumah.. Adussss maluuuu arr.. Pas tu siap cakap lagi, today aku takyah stayback, so aku bleh cover yang mai lambat tu dgn work extra time tomorrow. (So; bleh lar aku teman dia p badminton..hehe.. Not again...my racket..dia cakap nak tunggu sale baru nak beli...Adusss..bos, bos,pening i).So kiranya; dalam sepanjang aku berkerja ni, inilah pestime bos aku mai umah datang amik aku p koje... Eeeeiiiii maluunya....Ni kes perli kar?&^%$#@

Saturday, November 8, 2008

Ustaz p haji...

Kelas ngaji akan tutop.. kat Kubang Semang, tepi Highway BKE tu, sebab ustaz akan p Mekah tahun ni.. So, last class would be on 22Nov. Petangnya tu, ustaz akan bertolak p.. So di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat mengerjakan ibadat haji dengan sempurna & mendapat haji yang mabrur..pada semua bakal2 haji.Setiap dari kita, mesti ada simpan niat untuk mengerjakan haji,, sebab kita dah berjanji dengan Allah untuk memakmurkan rumah Allah (Baitullah). So, marilah kita berdoa agar suatu hari kita pon dapat melengkapkan rukun Islam yang ke lima itu.. Amin...

Badminton ...oh badminton

I can't wait for Thursday.... main time... hahaha. Yang lebihnya bos aku arr... siap tolong aku setel koje gara-gara nak cabut awal kol 5 ptg ..Siap soh aku book court lagi... Hehehe.. aku pon apa lagi, tumpang sekaki main2 mata dgn si "B..." aku.. hehehe... (dalam diam aje tau, ni kira kes tempuk sebelah tangan lar weii ., mana kan nak berbunyii weii)... Main sampai 2 jam; sampai nak tercabut tangan aku... leher pon sakit bangattt sey.. asyik baling bola tinggi bonar aihhhh...
So, kesudahnya esok pagi, lenguhh giler tangan aku.. cam maleh jer nak p koje.. the next day mood bos still di awangan lagii ..arr..So, aku tak siap koje pon tak le dia hangginnn bangat... hehe, sowii boss.. i pon still fly...fly...
(Harap2, target kita tak sama lar bos,, kang mau berperang aku...hehehehehe)

Novel launch...



Last week aku teman cousin aku p Maju Junction sempena launch novel kawan dia. Kat sanun aku berkesempatan lar jumpa geng2 reporter & novelis gituuu!!! Wah, cam glamer kejap aku.. hehehehe..,Aku pon tak lepaskan peluang bergambau bersama mereka..I really had fun there.. makan2, & get some lucky draw...Novel yang ako pegang tu adalah salah satu hadiah yang diberi.. Ada banyak lagiii... Thank you.. to u all, memang best hari tu!! Na, next time ajak aku lagi k, ...

Sunday, October 26, 2008

Coti-coti Maaysia....

Wah..nampaknya dah nak ujung taun nih... so rase2nya aku nak minta coti arrr tuk tenangkan pikiran ini.. Inshallah kalo tak de hal...nak p langkawi lah.. Selama 6 tn dok kat cni tak ponah sekali pon p sanun.. teringin lak rasanya.. Actually plan asal nak p "T..." Yeeehaa.. tengok kg pakwe i... kui10x.. kureng asam tul lar orang kat travel agent tuh... ada ke patut tak layan aku.. ingat duit aku tak laku kott!!!! Hiyaaaaaahhh bolooooh btul lat itu orang.... Sakit ati aku.. takpe lah; aku pon bukan manyak duit sangat pon nak p... adalah ciput... cukup2 tambang jek... kah3x... tu pasallah dia malas nak layan kot... bleh scan kot bank account aku...cissssss!!
So; harapnya jadilah aku p lagkawi pon ok wat...bulan nov ini...Nak ikott???? Jommm...

Surah Al-Bayyinah

-Surah ini diturunkan di Madinah
-Al-Bayyinah---> keterangan; hujah ; bukti.
-Ada 8 ayat


Ayat1:

Di dalam kitab Taurat & Injil, telah diterangkan dengan terperinci tentang nabi akhir zaman.
Namun ciri2 nabi itu telah dipinda oleh paderi2 untuk kepentingan mereka sendiri. Selama ini para paderi merupakan orang yang disanjung tinggi oleh masyarakat. Selepas nabi lahir, mereka bimbang akan pengaruh mereka akan berkurangan lalu sebab itu mereka pinda cerita pasal nabi. Maka para paderi itu telah berbalah & berpecah. Ada yang mahu pada kebenaran (Islam) & ada juga yang ingkar.

Ayat2:

Rasul s.a.w membaca kitab Allah yang menyucikan daripada syirik. Allah tak ampun dosa syirik, jika mati wajib neraka, haram syurga.

Ayat3:

Pada kitab itu (Al-Quran) tersurat segala hukum Allah yang adil. So bagi sesiapa yang tak laksanakan hukum Allah itu--------> zalim

Ayat4:

Ahli kitab itu orang yang mulia sebelum kedatangan nabi S.a.w. Mereka mengenali nabi dengan teliti & terperinci, seperti yang diceritakan dalam Injil & Taurat.Mereka pinda tentang sifat2 nabi demi untuk kepentingan mereka. Mereka berpecah sesama mereka. Ada yang pilih kebenaran & ada yang ingkar. Salah seorang ahli kita iaitu Ka'ab Al-Abab telah memilih kebenaran & beliau merupakan sahabat nabi yang paling mulia.


Ayat5:

Allah perintahkan kepada kita untuk sembah Allah semata-mata. Ikhlas & bebas daripada syirik Kita buat ibadat yang disuruh oleh Allah & diajar oleh nabi. Kalu kita tak buat seperti yang disuruh; bermakna kita sesat...
Jika ada orang yang berkata; mengapa orang Islam sembah kaabah (samalah seperti yang mereka sembah berhala). Sebenarnya kita bukan menyembah batu kaabah itu. Kita hanya menghadap kaabah kerana patuh pada perintah Allah. Andai kaabah itu dialihkan; kita tetap menghadap pada tempat asal kaabah. Kita buat ibadat sebab Allah suruh-----> taat

Allah pentingkan 3 perkara dalam ayat ini..iaitu solat; zakat & ibadat semata2 kerana Allah. Itulah agama yang betul. Kenapa Allah tak sebut lagi 2 perkara (Puasa & haji???).. sebab.... jika kita jaga solat; keluar zakat; ibadat semata2 kerana Allah..nescaya kita akan buat 2 perkara itu. Namun; belom tentu orang yang berpuasa p haji... boleh gerenti dia jaga solat & keluar zakat.. cuba lihat sekeliling kita.. berapa ramai orang yang p haji..banyak berpuasa tapi tak solat & tak keluar zakat..malah syirik pula pada Allah...Itu pasal Allah..tekankan 3 perkara asa tadi.. Kalu kita bleh jaga 3 perkara itu, inshallah kita kan buat yang 2 perkara tersebut..


Ada 3 martabat ikhlas:

1. Kita letak Allah sebagai matlamat kita-------->( Martabat yang paling tinggi). Kita buat sesuatu sebab Allah tuan empunya kita. Kita sayang pada tuan yang buat kita. Kita patuh pada suruhan tuan kita.Kita tak mau balasan; sebab kita amat bersyukur pada apa yang tuan beri pada kita..

2. Buat sebab nak pahala; takot dosa----> Kita buat sesuatu sebab mengharap pahala, bukan ikhlas sangat pada Allah. Contoh, kita buat solat malam tarawih kerana nak pahala lailatul qadar; malah ada yang lebih teruk siap tengok pahala malam mana yang paling best..batu nak buat ibadat...

3. Buat sesuatu sebab ada kelebihan. Contoh; kita mengamalkan ayat 1000 dinar agar maju dalam biznes..baca surah al-waqiah sebab nak murah rezli..pelajari ayat2 quran untuk tujuan berubat/niaga.. (Ini kira ikhlas yang paling low classs lah)


So kita di mana?? atau langsung tak tersenarai dalam di atas...??? nauzubillah.. Andai kita ditahap terbawah; marilah kita perbaiki diri agar dapat menaiikan martabat keikhlasa kita pada Allah; Tuhan yang menjadikan kita semua juga berkuasa di hari kemudian.....



Ayat 6:

Orang2 kafir & ahli kitab (Yahudi & Nasrani) akan dilemparkan ke dalam neraka buat selama-lamanya.Kerana ahli2 kitab itutelah dihebahkan tentang Islam; namun mereka tetap degil lalu menafikannya. Mereka itulah sejahat2 makhluk.(menyeleweng kitanb Allah (Injil & Taurat) & menyekutukan allah (golongan musyrikin).

Ayat 7:

Orang yang beriman & beramal soleh & buat ikhlas semata-mata kerana Allah. Itulah sebaik2 mnauisia.

Ayat 8:

Balasan Allah----> syurga Adn, yang dibawahnya mengalir sungai2 arak(x mabuk & x berbau busuk, tapi sangat nikmat)Kekal di dalam syurga bersama nikmat selama-lamanya...

So kita kena jadikan Allah sebagai matlamat kita----> buat ikhlas semata2 kerana Allah
-------> terpulang pada Allah untuk bagi pahala kepada kita . Ingat status kita sebagai hamba..Itupon kalau Allah reconize kita ni hamba Dia...

Welcome to World....


Lupa lak aku nak hebah2kan berita gumbira ni kat kowang.. Sempena Aidil Fitri yang lalu, aku dikurniakan sepasang anak....yupp anak sedara..yippi..yippi. Sowang tuh anak kak aku & sowang lagi anak cousin aku.. Kira raya nih betambah lagi ar kaum kerabat aku... hehehehe.. Alhamdullillah, moga2 kalian menjadi insan yang patuh pada suruhanNya.. Amin....

Nah; ku tempekkan anak sedara aku; yang anak cousin aku tuh tak ada gambar lak...




Sunday, October 19, 2008

Surah AT-Tiin (Kayu Tiin)

Salam semua... Nampaknya dah berminggu aku tak menulis.. Syukur pada Allah, pagi ini diberikan aku kekuatan untuk berkongsi dengan korang semua sedikit sebanyak dari tazkirah yang lepas-lepas.

Ok lah, kali ini mari kite lihat kupasan dari surah AT-Tiin.
- Surah ini diturunkan di Mekah (sebelum nabi berhijrah ke Madinah)
-Ada 8 ayat
-Antara surah yang nabi s.a.w gemar baca.

Ayat 1,2,3:

Allah bersumpah atas buah tiin, zaitun dan bukit thur (gunung Sinair) dan negeri Mekah yang aman. Allah bersumpah pasti ada sebabnya & bersumpah itu hanya untuk perkara yang besar2 (penting). So tak boleh kita nak bermain2 sumpah dengan perkara yang remeh temeh.

Buah tiin ---> sejenis buah yang digemari oleh orang2 arab.Khasiat buah ini juga dapat menyembuhkan buasir, ruam, panau.

Zaitun----> Ambillah manfaat dari buah zaitun kerana pokok zaitun adalah yang sangat berkat.

Bukit Thur---> Tempat nabi Musa berkata2 dengan Allah.

Ayat 4:

Allah bersumpah yang Dia jadikan manusia dengan sebaik2 kejadian. (so haram buat ubah suai muka untuk mengubah ciptaan Allah).

Tersebutlah suatu kisah pada zaman dahulu;

- Ada seotrang laki2 bernama Isa bin Musa (bukan nabi Isa ya..), yang sangat kasih pada isterinya.
Ditakdirkan suatu hari, dia berkata kepada isterinya aku ceraikan kau talq 3 jika kau tak boleh buat lebih cantik dari bulan purnama.
_ Sang isteri sangat terperanjat, lalu mengasingkan diri dari suami. (kerana dia yakin tak bleh nak adjust dah muka cantik cam bulan purnama).
Lalu isteri kata padanya , engkau telah menceraikan aku (cerai taklik).
-Pada keesokkan malam; si suami gelisah dan tidak dapat tidur & menyesal atas tindakkannya. Yelah biasa berdua, kini keseorangan..
-Lalu, keesokkan pagi, dia berjumpa khalifah Al -Mansur dan ceritakan permasaalahannya.
-Khalifah pon minta pandangan alim-ulama'.
-Lalu ulama' semua setuju bahawa isteri laki2 itu telah jatuh talaq.(sah cerai)
-Dalam masa yang sama, ada seorang yang sangat alim (Sahabat Abu Hanifah), dia tak cakap apa2. Senyap je.
-Khalifah perasan lalu tanya, kenapa kamu diam.
-Orang alim itu menjawab(dia baca surah at-tiin ayat1-4). Sesungguhnya manusia itu lebih cantik dari segala kejadian (termasuklah bulan purnama). So tak jatuhlah talaq itu.

Nampak tak betapa bijaksana & cantiknya pendapat alim ulama yang berpandukan al-quran.. Kan bagus, kalu pemimpin la ni ambil ikhtibar dari kisah2 zaman dolo kala...


Ayat 5:

Allah jadikan manusia yang paling bawah (pada satu peringkat)---iaitu apabila sampai usia hina (tua). kecantikkan tak kekal---tua, berkedut, kecut, hodoh, dan tiada gigi, lagi tuli, rabun dan bodoh , keras lidah, kotor kain baju, amalan kurang.. (semua nikmat ini ditarik oleh Allah).
So nak beramal jangan tunggu hari tua..

Ayat 6:

Allah pujuk balik orang2 tua..(yealah tadi dan allah hina mereka macam2 ).. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh.(tua mana pon tak apa). Bagi mereka itu, pahala yang tak putus2. (walau amalan kurang, asal dia beriman & beramal soleh). Contohnya begini: Sewaktu muda rajin buat ibadat, bila dia tua (nyanyuk)- Allah tetap bagi dia pahala cam dia buat ketika dia sihat (muda). Kita dinilai waktu kita sihat, apa amalan yang kita buat, so jika dah jatuh sakit.. namun ketika sihat tak pernah buat amalan, camner ? So hidup kena berhati-hati. Jangan tunggu kemudian hari (takot2 sakit dan terus matii) tanpa sempat buat amalan baik...

Ayat 7:

Allah tanya; apa yang menyebabkan engkau (kafir) tidak beriman pada Allah? Tentang bangkit kubur, hisab, hari Qiamat...?

Ayat 8:

Yang berdosa--------> neraka
Yang beriman--------> Syurga

Allah adalah Hakim Yang Maha Adil...

So, diharap bila kita baca surah at--tiin ini, kita dapat bayangkan kisah yang Allah ceritakan. Allahkah beruntungnya bagi yang mahir bahasa Al-Quran kerana dapat mengetahui pelbagai kisah & peringatan dari Allah.. walaupon kite tak mahir, tapi sekurang2nya kita dapat tau surah ini mengisahkan tentang apa..

Semoga mendapat manfaat.. Renung2 kan diri ini...

Sunday, October 12, 2008

Syawal Menjelma lagi....

Salam idulfitri buat semua...Nampaknya aku terlalu sibuk untuk hapdet blog. Ntah apa yang aku sibuk pon tak tau lah... Banyak menyibukkkk jek rasa. So, aku nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya & memohon maaf atas segala kesilapan yang sengaja & tak sengaja pada korang semua. Harap jangan simpan di hati ye.. Pada kengkawan/ sedara yang ngajak p rumah tu, minta maaf ye..tak kesempatan nak poie..yalah kali ni aku beraya dua2 kampung (cheh... ngalah owang balik rmh mentua yea...).Anyway, bila ada kesempatan harap kita dapat jumpa ye..

Sempena bulan yang mulia ini, aku nak ingat kan diri ini & korang semua tuk buat puasa 6 syawal. Banyak kelebihannya weii.. Masih lom terlambat kita mulakan..Ada kot dalam 2 minggu. Marilah kita bersama2 semarakkan bulan syawal ini dengan amalan kita sewaktu Ramadhan. (cheewah,,, aku cakap jek,, aku sendiri pon lom buat lagi..)Inshaallah..ya..

Chewah... aku pon nak gembar gemburkan gak... hari raya ari tue cousin aku masuk TB1 pasal bloggers.. Wah..wah..wah.. cam aku lak yg glamernye...

Friday, September 12, 2008

Salam Ramadhan...

Salam Ramadhan buat semua..Moga di bulan yang mulia ini, kita perbanyakkan amalan kerana setiap amal baik yang kita buat, Allah lipatgandakan pahalanya jika dibanding dengan bulan2 yang lain. Kenapa bulan Ramadhan ini dikatakan bulan yang mulia? Al Quran diturunkan pada bulan Ramdhan iaitu pada 17 Ramadhan. Sebab itulah, kita kena beri perhatian lebih pada bulan Ramadhan ni..& perbanyakkan baca Al-quran. Tapi..kebanyankkan kita lebih nantikan bulan Syawal berbanding Ramadhan...Walhal dalam bulan Ramadhan lah kita boleh kumpul banyak pahala, bayangkan buat sikit amal, tapi Allah bagi lipatganda pahala... Sayangnya Allah pada hamba..Tapi adakah kita berfikir...Renung-renungkan!!!

"Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas; & semoga kita akan ketemu dengan Ramadhan yang akan datang"..inshaallah..

Monday, July 28, 2008

Sambungan Surah Al-Balad....

Salam semua... Ini adalah sambungan surah Al-Balad. Mudah-mudahan kita mengambil iktibar..

Ayat8:

Allah berfirman "Tidakkah kami jadikan 2 mata untuk melihat?"
Kalau bukan Allah yang bagi, sila cari siapa yang buat. Allah boleh mengungkit segala nikmat yang Dia bagi kepada kita (untuk menyedarkan kita). Manusia tidak boleh dan tidak layak untuk mengungkit(akan hilang pahala & mendapat dosa) kecuali 2 golongan ini:

1-Ibubapa boleh mengungkit pasal anak-anak.
Contoh: Kita sering dengar ibu/ bapa yang mengungkit pasal anak-anak, misalnya "susah payah mak ayah besarkan engkau, bergolok gadai demi nak menyekolahkan kamu..etc dah besar & berkerja ni patut la kau tolong ringankan beban kami..etc".kadang-kadang kita rasa ibubapa kita mengungkit & tak ikhlas & memang tanggungjawab mereka terhadap kebajikan kita. Memang tak salah mereka mengungkit demi untuk menyedarkan kita.

2- Guru yang mengungkit pada anak murid (jika anak murid itu tidak mengenang jasa..etc)

Ungkit akan membuatkan kita berasa malu. Adakah kita berasa malu apabila Allah mengungkit segala nikmat yang Dia beri pada kita?Jika kita pernah pinjam barang orang, lalu dia mengungkit akan hal itu, kita akan berasa malu..bagaimana pula halnya kita dengan Allah?Segala macam nikmat yang Allah beri..mata..hidung..telinga..udara..etc...namun kita masih sombong dari mengingati Allah...??

Ayat 9:

Allah jadikan lidah dan bibir untuk menterjemah apa yang ada di dalam hati. Kalau kita hati tak bersih lama-lama ia akan terkeluar juga dengan perkataan. So, tutur kata mencerminkan apa yang ada di dalam hati..So berhati-hati bila bercakap.Kita juga dilarang untuk menambah/ mengurangkan apa jua kejadian yang Allah buat untuk kita.Bibir juga dapat menutup mulut kita dari serangga.etc..

2 benda yang jadikan kita riak & takabur:

1- Bila kita lupa benda yang ada pada diri kita adalah pemberian allah. (cth: Jangan kita rasa kejayaan yang kita kecapi adalah 100% atas usaha kita)

2- Bila kita lupa benda yang Allah bagi ini, boleh Allah tarik bila2 masa..


Ayat 10 & 11:

Allah tunjukkan 2 jalan di dunia ini iaitu: jalan menuju kebaikkan & jalan menuju kejahatan. Oleh itu dalam solat kita baca al-fatehah dan kita mohon pada Allah agar tunjukkan kita jalan yang lurus (jalan baik). Nabi & rasul diutuskan allah.Rasul2 ini telah tunjukkan kita jalan yang baik & jahat agar kita dapat membezakan & menilai. Kedua2 jalan ini adalah sukar untuk di lalui (bagai berjalan di semak)

Ayat 12:

Mahu tak mahu kita kena tempuhi jua jalan2 itu. teruskan susah tapi di penghujungnya nanti syurga(jika kita ikut jalan yang baik). allah benci orang yang berputus asa. ada juga orang yang memilih jalan susah(jalan jahat) untuk buat maksiat..Kelak mereka akan dimasukkan ke dalam neraka.


Ayat 13-18:

Allah tanya apakah jalan yang susah(aqabah) itu? Kemudian Allah menjawab:
-merdekakan hamba
-beri sedekah pada orang lapar/miskin
-beri perhatian pada anak yatim, lebih2 lagi yang ada hubung kerabat dengan kita. Contoh: Kita bercuti bersama keluarga, then teringat akan anak saudara kita yang yatim..Lalu kita bawa dia sekali untuk berjalan dengan keluarga kita.. Yelah..tentu bersempit sikit..budget mungkin kari sikit,,kita mungkin tak selesa yelah tak leh nak cakap sembarangan (marah-marah) sebab bukan anak sendiri... Susah kan? Tapi susah inilah yang akan membawa kita menuju syurga andai kita sabar...
-Kita semua mestilah ada sifat kasih sayang sesama makhluk.
Allah tunjukkan pada kita cara-cara untuk kita menerima buku amalan di tangan kanan & lepas aqabah yang 6 perkara iaitu:

1-Iman pada Allah, rasul, qiamat & al-quran
2-Sabar-dalam membuat taat & sabar untuk tidak melakukan maksiat
3-Amar makruf nahi mungkar
4-Beri makan anak yatim & orang miskin (zakat)
5-Merdekakan hamba
6-Kasih sayang sesama makhluk

Ayat 19 & 20:

Orang2 yang menerima buku amalan di tangan kiri adalah mereka yang rugi. Mereka akan diazab di dalam neraka yang berlapis2 untuk selama-lamanya.


Teringat saya satu cerita. Pada zaman dahulu.. adalah seorang raja. Dia minta semua menterinya untuk menulis akan perihal dunia. Lalu datanglah 10 ekor unta yang padat dengan buku2 yang ditulis tentang dunia. Lalu para menteri menghadap raja & mempersembahkan ribuan buku kepada raja. Alangkah terkejutnya raja melihat timbunan buku. Lalu baginda menyuruk para menterinya untuk meringkaskan buku tersebut. Lalu buku diringkaskan hinggalah kepada muatan 1 ekor unta. Si raja masih tidak sanggup membaca buku yang banyak itu, lalu meminta menteri meringkaskan menjadi sebuah buku..Lalu apabila buku siap dikarang perihal dunia, raja itu jatuh sakit & semestinya tidak terdaya untuk membaca. Lalu dia menyuruh para menterinya berbincang dan memberitahu dia apakah duni dalam 1 perkataan saja. Para menteri pun bincang punya bincang. mereka pun dapat lah satu perkataan ini.. raja tanya apakah dunia? Menteri pun menjawab dunia itu "SUSAH". Cuba kita fikir sejenak, apakah benar dunia itu susah? Kawin susah..tak kawin susah (orang mengata lah). Ada anak susah, tak ada anak susah .Senang susah, miskin pun susah..Pendek kata semuanya susah lah. So kalau kita ikut nafsu di dunia yang susah ini..bermakna kita tak kan jumpa senang lah..sebab neraka lagi SUSAH. Oleh itu, lebih baik kita sabar susah di dunia..moga2 kita mendapat senang di akhirat. Siapa yang kata dunia ini syurga..dia telah ditipu oleh syaitan.. Wallahualam...

Renung2kan dan selamat beramal.....

Saturday, July 19, 2008

Surah Al Balad

salam semua.. Mudah-mudahan anda semua dirahmati oleh Allah.....Amin-
Ok lah nak kongsi dengan korang semua serba sedikit mengenai surah Al-Balad. Ringkasan dari ayat 1 hingga ayat 7.

-Al Balad membawa maksud negeri. Dalam surah ini, negeri yang dimaksudkan itu adalah negeri Mekah.
-surah ini diturunkan di Mekah (iaitu sebelum nabi berhijrah ke Madinah)
-Ia mengandungi 20 ayat

Tanah haram bagi umat Islam ada 3 tempat iaitu:
-Mekah
-Madinah
-Baitul Maqdis--------->telah dirampas Yahudi.

Kita semua hendaklah berpegang pada tali Allah (al-Quran) agar kita menjadi suatu ummah yang kuat dan digeruni oleh musuh Islam.

Nabi s.a.w bersabda:

"Manusia di akhir zaman berpecah kepada 73 puak..kesemua 72 puak masuk neraka hanya 1 puak yang masuk syurga"..

moga-moga kita tergolong dalam puak yang sedikit itu....Amin..

1. Negeri Mekah merupakan negeri yang aman tenteram, negeri yang penuh barakah. Cuba tanya orang yang pernah ke tanah suci Mekah..suasana di sana cukup tenang & aman..tiada hiruk pikuk & riuh rendah pasar malam..cukup waktu semuanya pergi solat & meninggalkan perniagaan mereka..Tiada risau dengan pencuri & penyamun..tenang.. yang tak dapat dicari di tempat lain.. Kenapa ia dipanggil tanah haram? Di Mekah, kita tidak boleh berburu, membunuh binatang, merosakkan pokok2 hatta memetik bunga etc...Orang kafir juga diharamkan untuk memasuki kota Mekah ini..Ini menunjukkan Mekah sebuah negeri yang dijanjikan Allah keamanan...di sana lah terletaknya Baitullah ...(rumah Allah)-Kaabah. Setiap hari puluhan ribu malaikat akan masuk ke dalam baitul makmur (terletak di arasy-- bertentangan dengan langit di atas kaabah). Maksudnya, kita tawaf di baitullah..malaikat pula tawaf di baitul makmur..


2. Negeri Mekah ini, adalah sebuah padang pasir yang kering kontang. Tapi disebabkan barakah, air zam-zam tidak pernah kering dari mula ia keluar hinggalah ke hari ini...(bayangkan dari zaman nabi Ibrahim hingga kini, puluhan ribu orang datang hampir setiap hari?? ... cuba perhatikan di sekeliling kita..berapa banyak sungai yang telah kering?? )


3. Nabi s.a.w lahir di Mekah. Beliau membesar di Mekah. Keluarga baginda s.a.w juga berasal dari kota Mekah. Pendek kata, Mekah adalah kampung halaman nabi. sewaktu nabi dihalau oleh penduduk Mekah, kerana nak menyebarkan ajaran Islam, Nabi berasa sangat sedih. Baginda s.a.w berkata kepada bumi Mekah, beliau amat menyanyangi bumi Mekah ini. Andai nabi tidak dihalau keluar dari kota Mekah, beliau tidak ingin meninggalkan kota Mekah. Tetapi demi meyebarkan ajaran Islam, nabi rela. Oleh kerana nabi amant mencintai bumi Mekah, kita sebagai umat nabi Muhammad s.a.w pun patut mencintai bumi Mekah. Perlu ada dalam diri kita untuk bercita-cita pergi ke Mekah ..

4. Kerana menyebarkan ajaran Islam, nabi telah dihalau oleh penduduk Mekah. lalu nabi berhijrah ke Madinah. Penduduk Madinah menyambut baik kedatangan nabi dan para sahabat.

5. Nabi telah duduk di Madinah selama 10 tahun. banyak kemajuan yang diperkenalkan di Madinah. Selepas itu, nabi berjaya menawan balik kota Mekah. Tetapi nabi akhirnya kembali ke Madinah lalu wafat di sana. (ini menunjukkan nabi s.a.w searang yang sangat mengenag budi..Yelah, sewaktu nabi susah..dihalau keluar dari Mekah, penduduk Madinah menerima nabi dengan tangan terbuka. Kalau ikutkan, adalah lebih baik nabi s.a.w balik kekampung halamannya di Mekah..tapi baginda memilih untuk terus tinggal di Madinah).

Berlaku sedikit salah faham antara penduduk Madinah dan nabi s.a.w. Kisahnya begini:

-Kisah berlaku sewaktu nabi masuk perang yang terakhir sebelum kewafatannya. Menjadi kebiasaan, harta rampasan perang akan dibahagikan sama rata antara penduduk. Dalam perang tersebut, nabi telah memberi banyak harta rampasan perang kepada penduduk Mekah.

-Hal ini menyebabkan penduduk Madinah tidak berpuas hati. Ada kata-kata yang kurang enak, kononnya nabi melebihkan penduduk Mekah (ye lah kampung halaman ,berat sebelah lah pada pandangan mereka)-pilih bulu kata orang sekarang..

-Adalah seorang sahabattelah menyampaikan pada nabi, ketidakpuasan penduduk Madinah ini. Mendengar sahaja berita itu, muka nabi berubah menjadi sangat sedih. (Menyesallah si sahabat itu, kerana telah menyampaikan hal demikian kepada nabi.. tidak disangka nabi begitu sedih sekali..)

-Lalu nabi s.a.w memanggil semua penduduk Madinah berkumpul di suatu tempat. beliau ingin memberitahu mengenai harta rampasan perang tersebut.

-lalu nabi berkata " wahai penduduk Madinah, engkau mendapat lebih daripada penduduk di Mekah dapat.Mereka mendapat harta,, tetapi engkau mendapat aku..Adakah harta lebih penting.. dari diri ku?" (nabi wafat di Madinah)

-Cuba renungkan... andai nabi s.a.w tidak wafat di Madinah,tiada siapa yang akan ke Madinah.. sebab rukun2 haji semuanya diadakan di Mekah. kita ke Madinah..kerana ingin menziarahi makam nabi...bukan untuk melakukan rukun haji...

-maka menangislah penduduk Madinah, kerana besangka buruk pada nabi... Ini jelas menunjukkan pada kita, bahawa nabi seorang yang berfikiran panjang & amat mengenang budi. Walaupun baginda amat menyanngi Mekah..tapi beliau tetap menghargai budi baik penduduk Madinah.. sehinnga mengambil keputusan untuk menetap di Madinah..hinggalah wafat..

wallahualam..

Monday, July 14, 2008

Coti-Coti Malaysia...

Actually this vacation was a few weeks ago. Gambar diambil di hadapan rumah kelahiran P Ramlee di Penang. Ini first time ako p rumah p ramlee, walaupon dah bertahum dok kat Penang. Best jugak p sana, boleh la tau serba sedikit latar belakang P Ramlee nie. Actually, ako bawa anak sedara ako dari London jalan2 lar kat area Penang. So, depa teringin lar nak nengok rumah P Ramlee. So ako pon tumpang sekaki la, & jadi tourist guide arr kononn.. Besfrend ako si janip ni pon tak ketinggalan nak ikot serta..At firtst, nak tidor Jerejak...tapi fully booked, biasalah weekend..so kami pon stay ar kat Batu Feringgi..Much2 cheaper than jerejak...Sewa apartment.. Really packed with activities.. berkuda..rehat2 kat tepi pantai nengok matahari terbenam.., p night market..cari barang murah..& p butterfly farm..Tak sempat nak singgah ke Herba/Tropica Farm.. Orang cakap best.. Next time kot ...kite p..

Saturday, July 12, 2008

Kampung ku..


Last weekend, aku balik kampung dengan cousin.. lawat wan yang tak berapa sihat. Yealah dia baru kuar spital.Sempat ar aku bermalam di sana..tapi tak banyak mende yang aku buat.yealah nak berburak pon.. wan kadang2 tak cam aku (nampak sangat lar aku ni jarang balik kg!!! ish..ish..ish..).So..sempat lar berurut2 manjeee dengan wan.Mudah2an wan cepat sihat & mendapat redhaNya.. Amin..
So..actually gambar ni cousin aku yang tangkap.So aku "songlap" gambo2 ni dari blog dia ar... hehehe.sowii na.. aku takde cam.. henpon ako pun cikaiii nyerr.. so ako amik arr dari blog engkau... tak pe yea.. kampungmu.. kampungku jua.. hehehe...
Kadang2 rasa sedih bila terkenangkan zaman kanak-kanak dulu..riuh-rendah satu kampung bila semua balik berkumpul.berkelah kat bawah pokok jambu...sambil makan nasi & minum air kelapa... fuyyooo... tu belom lagi kes kejar yam..nak sembelih buat gulai...masih lagi teringat kami curi-curi mandi kat sungai tepi sawah.. bila nampak ular lidi...kelam-kabut larii...cousin2 laki pulak.. p berenang dalam peringi... uish..uish.. ganasss depa..So..yang pompuan lak p lah mengadu kat mak masing2.So apa lagi.. kena belasah lah depa..waah.. kecoh jadinya..tu belom lagi bab membakar lemang...masak rendang..kacau dodol.. wahhh.. tensenn gilerr waktu tue.. sebab kena tolong mak-mak kat dapor... padahal time tu lah banyak citer best2 kat tv(yealah time nak raya)..tapi sekarang ni bila fikir balik.... winduuuuuu sesangat suasana raya jaman budak2..(yealah.... mainnn je banyakkk)...dah tuo2 ..kenalah berubah ye dak?

Anakku..bukan anakku..


hehehe ..Ini gambar anak sedara aku..Puas dok mengeladah mail2 lama..akhirnya aku nampak lah gambar budak berdua nie... Nah.. aku tempekkan buat tontonan umum..Rindu ar.. mak cik jayah kat korang...Walaupun depa tak lah suker nar kat ako nih.. (pasal ako ni garang, bukanya garang tapi tegasss & berdisiplin... yeeehaaaa... poyosss sekejap..)

sambungan lagi..

Ayat 20

sifat manusia bila diberi kesenangan---- rasa diri dimuliakan Allah
Bila ditimpa kesusahan/kesedihan------rasa diri dihina Allah
Jangan begitu.. kesengan & kesusahan itu adalah ujian dari Allah. Harta tidak dapat memberi manfaat kita di akhirat. Yang penting hati yang bersih lagi beriman kepada Allah.

Ayat 23

manusia dikumpulkan di padang mahsyar. Lalu allah perintahkan malaikat untuk menarik neraka ke padang mahsyar. Sebanyak 70 ribu rantai & setianp rantai ditarik 70 ribu malaikat untuk menarik neraka menghadap allah.

Ngauman bunyi neraka sungguh menggerunkan manusia. Manusia sudah tidak mampu berdiri.. menggeletar ketakutan..lalu semuanya hanya mampu melutut. kala itu, ingatlah manusia pada kesalahan & timbul penyesalan yang amat sangat kerana sewaktu di dunia tidak mau beriman dan buat ibadat.

Sebenarnya, setiap manusia yang hidup ini telah berjanji pada Allah sewaktu di alam roh lagi.. (waktu itu.. kita tiada apa2 hanya roh semata.. lebih ringan dari sehelai sayap nyamuk..) allah tanya setiap pada kita ,"Bukankah Aku Allah, Tuhanmu?"Ya .. kita semua jawab dan janji dengan Allah (nak bertuhankan Allah, termasuklah orang2 kafir).Kemudian setelah allah mendengar janji kita, maka kita pun (roh2 ni) disimpan dan akan dikeluarkan mengikut giliran dan masa yang sesuai, untuk kita lahir ke dunia.So bila sampai ke dunia.. kita pun ulangkan kalimah shahadah itu (tidak berlaku pada orang kafir..langgar janji yang dibuat pada Allah).

Begitu juga, setelah nabi Ibrahim membina kaabah..nabi a.s telah berdiri di setiap penjuru kaabah dan menyeru semua roh dengan ucapan "Labbaikallahumalabbaik..!!".. kalimah yang kita semua pernah kata sewaktu di alam roh.."Kami datang Ya Allah, Kami pergi Ya Allah.. Menuju ke arahMu"


Oleh itu, sebagai umat Islam kita semua hendaklah berusaha untuk menepati janji kita pada Allah sewaktu di alam roh lagi..kalu kita tak berjanji pada Allah, kita tak menjadi manusia..mungkinkawan2 kita di alam roh.. ada yang jadi ayam..itik..bukit.. pokok..sungai..etc..

so, ingatlah kita kena tunaikan janji yang kita buat sewaktu di alam roh lagi iaitu:

1. janji menyembah Allah yang Esa
2.Janji nak pergi ke baitullah..(Makmurkan rumah allah).. Kalau dah berusaha tapi, tak dapat pergi tu, mudah2an Allah mengampuni kita..

Waallahualam...

Surah Al-Fajr

Sedikit catatan yang sempat aku tulih sewaktu kuliah pagi tadi.inilah serba sedikit rumusan. Moga-moga kita mendapat manfaat darinya.. Inshaallah..

1. Surah al-fajr ini juga bermaksud waktu pagi/ Subuh hari.Surah ini diturunkan di Mekah. Kata ustaz, surah2 yang diturunkan di Mekah banyak menceritakan perihal akidah. nabi S.A.w tinggal di Mekah selama lebih kurang 13 tahun, dan begitu giat memperbetulkan akidah penduduk Mekah.

2. Mengapa solat Subuh 2 rakaat? menurut kisah, nabi adam a.s telah di keluarkan dari syurga kerana melanggar perintah Allah. Maka Allah telah membuang nabi adam dan Siti hawa ke bumi di malam yang amat gelap. Kala itu.. tiada manusia pun yang menghuni bumi..Yealah, nabi adam kan manusia pertama yang di cipta Allah..So, nabi adam sangat ketakutan, kerana keseorangan.. dan Hawa telah dicampakkan di tempat yang jauh dengan adam.So, apabila terbit sinar Fajar, amat bersyukorlah nabi Adam a.s lalu bersujud kepada Allah, kerana malam sudah pergi. Lantas nabi adam a.s bersujud kali kedua kerana siang telah datang (cahaya).bayangkan kala kita memandu keseorangan di malam hari, melalui jalan yang sunyi dikelilingi hutan tebal.. tiba2 ada satu cahaya yang menyuluh kita..(mayb cahaya keta ka, lampu jalan ka..) tentu dalam hati kita berasa lega kan? Itulah fitrah manusia..sebab itu allah jadikan malam bersama sinar bulan(samar-samar) agar kita tak ketakutan.. Cuba kalo malam itu tanpa bulan... mau haru biru dibuatnya. (Ini menunjukkan bukti kasih allah pada kita)

3. Dalam surah ini juga Allah telah menceritakan perihal kaum Aad (Umat nabi Nuh).

- Rata-rata umur kaum aad adalah 1200 tahun
-Mereka mempunyai anak purata 400 orang
-Mereka berkahwin purata 1000 perempuan seorang
-Tubuh badan mereka sangat tinggi ( kira-kira 12 hasta)
-Mereka mempunyai pembangunan dunia yang sangat hebat
-Kerana melawan allah, mereka mati disambar kilat.

alkisahnya begini...

adalah seorang raja dari kaum aad. Beliau mempunyai 2 orang anak. seorang bernama shadat & seorang lagi bernama Shadit. Shadat ini hidup sampai umur 900 tahun, manakala Shadit ini mati awal.. (bila tu tak pasti arr pulak ako??)

Shadat ini telah menjadi raja. Dia sangat rajin membaca kitab2 dahulu kala, sehinggalah suatu hari dia terbaca bab syurga.Dia telah mengikut nafsu untuk membina syurga di atas dunia macam yang allah cerita dalam kitab.

dia bina istana dari emas, marmar dari batu permata, wangian dari kasturi (memakan masa selama 300 tahun untuk bina istana ini). Dia bina di suatu penempatan untuk para menterinya juga.semuanya bagaikan bangunan yang berkilauan.

Maka diarahkan semua menteri semua untuk berpindah.dan memakan masa selama 10 tahun untuk persiapan pindah.. (dahsattt tue.. kemas barang punye lama)..

kala nak berpindah (kira unta dok angkut barang & orang2), Allah turunkan halilintar, mati semuanya..tak dan nak duduk kat istana tu pun.. Hancur lebur semuanya.akhirnya, kalau tak silap.. adalah seorang pengembala yang kehilangan haiwan ternakannya.. mencari2 lalu telah memasuki kawasan istana yang tak berpenghuni itu..Begitulah kesudahan, shadat dan pengikutnya tak dan duduk kat istana rekaan mereka itu, sebaliknya pegembala pulak yang pernah merasa. so.. janganlah kita rasa kita ini lebih hebat..Putrajaya itu hebat.. KLCC hebat.. KLIA canggih.. sebab pembangunan yang orang dulu buat lagi hebat dari yang kita ada.. Itu pun allah telah musnahkan dalam sekelip mata andai kita.. takbur & melanggar perintah Allah.. waalahualam...

Monday, July 7, 2008

Renung-renungkan...


"Ya Allah.. jika dia jodohku Kau permudahkanlah .. dan jika bukan, Kau jauhkan lah dia dariku..
Dan jika perasaan ini menyanyanginya kerana Mu,Kau bantulah kami..
Dan jika ianya kerana nafsu semata-mata, Kau jauhlah ia dari kami.." -Amin_

Kadang-kadang kita rasa "dia" lah yang terbaik untuk kita, walau dalam hati kita sendiri tidak pasti. Kita sering takut menghadapi kenyataan.. dan biarkan diri kita terus hanyut dalam fantasia..itu lah insan yang bernama manusia.. kerdil lagi dangkal akalnya.. Bangun dan perbaiki kesilapan.. Jangan takut dengan kesedihan.. kerana yang pahit itu pengubat yang paling mujarab..Kadang-kadang, jika kita leka dengan kemanisan yang kita cipta.. takut kelak akan mendtangkan mudarat pulak...Iyalah.. dah banyak makan gula.. risiko untuk kencing manis.. *&%$#!!... blurrr.....

Tuesday, July 1, 2008

Chapter 1

Salam..


Today is my 1st day at a new department..Normally I'll be at work arnd 7.30 am, but today a bit late, arnd 8.00 am because need to report to a new boss at 8.30, then go for class training on IC process. Seems that I've forgotten a lot, some more I'm weak in that subject during study time.. so nampak eh.. lopeh ni kono ulangkaji ar.. silap ari bulan, kena amik tuition ngan hsemate lak.. So far, so good, boss ok jek.. & she assigned me 1 job, {berdoa aku banyak2 agar, orang tak tensen ajor ako nih!!}. so , mohon kemaafan sebab lamo tak nyinggah cni .. Doakan agar segalanya lancar buat diri ini ekk...

Oh yea, this week as planned will visit my granny .. actually last week balik Gumbakkk jek.. So mgu ni lah kot balik nogori...

So aku harap 2 sangat agar dapat buat yang terbaik, dengan izin Mu , ya Allah. Aku insan yang lemah, tanpa pertolongan dan hidayah dariMu, ya Allah..


Amin-----

Tuesday, June 24, 2008

Tahun 2008... penentuan..

Eh.... apa maknanya kalo kite dok teringat kat owang tue sepanjang masa.... esp bila nak zzzzzzzzz.. hahahaha gila bayang ker apo ek? tapi itulah penyakit kronik yang aku hadapi semenjak 2 menjak nie... aduisssss seksa oii!! kerja semua berterabur..hati dok tak tenteram jek..nasib ar mingu nie aku last kat department tue..But still have to passdown all my jobs to my colleague.Less pressure.. hopefully..

and because of my last day, so tommorrow boss has arranged a farewell lunch for me!! (actually... tukar department jek).. ok lah dah orang nak belanja... !!

oh ye.. Khamis mlm plan to go back to KL & will be back on sunday. Next week inshallah plan dgn cousin nak balik kg, visit granny tak berapa sihat. Cian plak kat nenek aku... lama dah aku tak jenguk... sob..sob..sob..


lain2 hapdett... tunggu next week ok.. minggu ni aku miss lagi kelas ngaji lar.. So nanti kalo aku p, aku sambong tazkirah ok..

salammmmm.....

Saturday, June 7, 2008

Tazkirah lagi...

Tahukan anda??

1. Kita hanya boleh berkongsi dengan orang kafir dalam bab muamalat (urusan jual beli- bleh berkerja dgn mereka, berkongsi niaga). Tapi ingat TIDAK dalam hal-hal seperti:

a) Munakahat- perkahwinan (kedua2nya mesti Islam, baru sah nikah)

b)Ibadat-Hukum Hudud hanya dikenakan ke atas orang ISLAM sahaja. Jadi, tiada sebab mengapa non-MUSLIM mesti takut bila hudud di jalankan, melainkan depa mendapat maklumat yang salah mengenai HUDUD itu.

c)Upacara keagamaan & perayaan- Jadi dalam Islam tiada istilah "Kongsi Raya" ok..

Ingatlah;
" Bagimu agamamu, & bagiku agamaku".. Inshaallah.. yang sedikit itu adalah yang terselamat

2. Khilaf dalam Islam membawa banyak faedah. Contohnye, bila kita p Mekah.. Kita boleh guna pendapat Imam Malik, di mana kalau tesentuh kulit laki2 + perempuan tak batal wuduk. begitu juga, ada khilaf yang mengatakan bacaan tahlil itu tak sampai pada si mati. Ada juga yang berpendapat sebaliknya. So yang penting.. terpulang pada masing2. jgn berdebat pasal khilaf sudah lah.Sebab dalam ilmu fekah memang banyak khilaf. aku pon baru tau khilaf tu apa? jahil betul lah aku!! (Malu..malu..)

3. Amalkan Surah al-waqiah setiap pagi sebelum p kerja. inshallah.. dengan izinNya, akan murah rezeki.. Berdoalah pada yang ESA.

4. Allah jadikan langit & segala isi bumi ini selama 6 hari. kenapa makan masa yang lama, padahal Allah boleh buat dalam sekelip mata.. Kun fayakuunn.. sebabnya, allah nak ajar kita buat sesuatu benda jgn kelam kabut, mesti cermat .Namun ada beberapa benda yang boleh dibuat secara kelam-kabut (bersegera) iaitu:

a)Urusan pengebumian jenazah
b)bayar hutang
c)Khatan anak2 lelaki-se awal mungkin
d) Kahwin anak2 gadis cepat2

FRIENDs

Hi.. It's me again. Too tired of doing nothing.. Tidor.. tgk TB..makan.. & it's repeating.. Sampai sembab lar badan aku!! haaah.. bosanya idup kalo tak de koje!! Aku tipon besfren aku tak dijawab plak.. boring2 nie bleh gak aku kacau anak dia sampai nangis..lawan gadoh dgn si janip tue. Best wo.. last2 gadoh dgn mak dia plak.. sakit ati punye pasal sebab aku kacau anak dia.. Alah.. budak laki.. tak kan tak leh kena kacau.. kang jadi manjeeeeee plak.. eiiii.. tak sesuweiiii gitu! Dia selalu ckp.. "esok kau dah jadi mak baru tau".. Alaah..rilek arrr.. gurau2 gitu... Sowiiiii!!!!!

So.. sebab dah tak de sape yg nak "kawan" aku ptg nie..aku pon check blog!really surprises to get a "hellooo" dari kengkawan2 lama.. budak2 kenanga 2. Still fresh in my heart.Cuma tak tau camner nak contact kowang lar.. Thanks.. kengkawan sudi gak mencari2 aku yg kerdil ini..

Kawan... satu istilah yang suci dan murni. Mudah dicari.. tapi susah melekat di hati.. kecuali kawan yang sejati..hidup susah senang sekali.. arwah mak aku pernah cakap.. kawan yang serasi dgn kita, adalah yang pertama kita jumpa & kenal. Aku setuju.. kawan2 aku yg pertama waktu kat ITM , adalah kowang... budak2 Kenanga2.. Memang kita serasi..

Aku winduuu sesangat saat2 manis kite bersama.. picnic belakang blok.. alahai.. bile tgk gambar tue.. tersenyum aku.. Ingat lagi.. time exam aku kena chicken -pox & dikuarantinkan kat satu bilik.. hang pa semua lah dok tgk aku hari2.. Siap bawak buah lagi dari dewan makan.. Teman kan aku yg dok sowang2 kat bilik tue.. Sedis bila terkenang balik kenangan dolu wei..

So... kalo ada sesiapa lagi yg diluar tue.. kawan2 aku yg dah lost contact tue..call lah aku yea. Jangan kita puuskan silaturrahim okay..pada yang nak berkenalan tue.. no hal.. silakan... silakan..hehehehe

Tuesday, May 20, 2008

Pengumuman..

Buat sesiapa yang berminat, mai lah pakat ramai-ramai kita p mengaji. kat area kubang semang.. berhampiran highway BKE (Butterworth-kulim expressway). Tiada yuran di kenakan.. Cuma bawa tafsir & RM2 untuk beli kitab Ayatul Mursali (err... betul ker eja?*&#). Ustaz kata, di akhir jaman ini.. Islam akan berkembang.. siapa yang tak tau Islam dia kan ketinggalan.. So mari pakat ramai-ramai agar kita tak termasuk golongan yang ketinggalan..

Nak tau dak..

1. Allah jadikan setiap orang itu 2 tempat di akhrat.. iaitu syurga & neraka. Sekiranya kita beramal dengan suruhan Allah.,maka kita akan ditempatkan di syurga & nama kita akan di padam di neraka. Lalu akan tunjukkan tempat (bilik) kita di neraka. Tika itu, amat bersyukorlah kita kepada Allah. Begitu juga sebaliknya, jika kita ahli maksiat.. tempat kita di neraka. Kala itu kita akan di humban ke neraka jahanam. Kita juga akan di tunjukkan tempat kita di dalam syurag..namun telah di padam namanya. Kala itu.. kita lah orang yang paling rugi & menyesal sangat di atas kebodohan kita ditipu syaitan. (Ini adalah bukti bahawa Allah itu Maha adil)

2. Bila kita berwuduk, akan terhasilah malaikat beribu-ribu yang akan mendoakan keselamatan kita selagi mana kita masih dalam berwuduk.bayangkan jika kita senantiasa menjaga wuduk.Inshallah kita sentiasa dalam keadaan selamat & sejahtera. (tak yah guna khimat body guard... save budgett)

3.Antara mukjizat nabi junjungan kita, Muhammad S.A.W ialah baginda boleh membelah bulan dengan tangan. Selain itu.. pokok kurma berjalan lalu memberi salam kepada nabi. itu semua kita tak dapat lihat.. Mukjizat yang paling besar nabi wariskan untuk kita adalah Al-Quran..didalamnya terkandung pengajaran & nasihat untuk kita jalani kehidupan ini. tapi adakah kita bersyukor dengan warisan nabi ini...(berapa lama kita tinggal baca al-quran ini?.. suatu hari al-quran akan hilang dari bumi.. naik ke langit..sebab tiada siapa yang peduli..)

4. Tabiat kambing.. dia akan makan 40 jenis pokok kayu setiap hari..itu pasallah, bila kita makan kambing badan terasa panah..Kata orang, kambing ini daging berherba. So baik lah untuk kesihatan. Orang yang tak leh makan kambing tu, (sakit kepala..etc..disebabkan oleh darah tinggi..etc..).Maknaya badan dia lah koman.. bukan kambing tu dipersalahkan. sebab nabi kita suka makan kambing.. mungkin cara masakan kita yang salah. Lagi satu ustaz kata, kambing nie lebih cerdik dari manusia sebab sebelum maghrib dia kan balik ke kandang..Manusia... ??? (Alahaii terkena lar aku...) heheheh Senyum kambing.....

Saat ini

Tika dan saat ini.. aku kesedihan. Rasa kosong. Badan terasa sakit sangat.. especially kat bagian bahu..kata orang.. stress sangat tu. Yelah.. terlalu banyak mende yang aku fikir.. risau.. Aku teringat kata-kata seorang ustaz, kita ni terlalu risaukan kehidupan di dunia, sehingga memandang sepi kehidupan akhirat yang kekal abadi. Kita akui, akhirat itu tempat yang kekal abadi.. tapi adakah kita benar-benar bersedia untuk pergi ke sana? Cukop kah bekalan kita? Cuba lihat sekeliling... berapa ramaikah orang2 yang suatu ketika dulu ada di dunia.. tapi kini... telah menuju ke suatu alam baru, sebelum menuju ke kampung akhirat.. mungkin ibu..bapa.. nenek..datuk.saudara-mara..kawan-kawan..anak-anak kita yang lebih dahulu mendahului kita? adakah kita dengar khabar berita dari sana.. baik kah mereka.. amankah mereka.. atau sebaliknya? kita patut bersyukur kerana di berikan Allah.. peluang untuk kita bertaubat.. perbaiki kesilapan yang lalu.. Tapi masih ramai antara kita yang terpedaya dengan tipu daya syaitan.. kita lemas dengan keseronokkan dunia.. leka buat maksiat.. seolah2 tiada balasan untuk itu.. mati kita, hancurlah menjadi tanah... dimamah ulat..Sepi kuburan...


TIDAK.... setiap amalan yang kita buat pasti akan dihisap.. walau sebesar zarah.. Benarlah janji-janji Allah.Allah jadikan Adam daripada tanah..dan manusia daripada air mani hasil hubungan lelaki + perempuan.seterusnya menjadi segumpal darah lalu membentuk daging..dalam masa yang ditetapkan.. ditiupkan roh dan seterusnya keluar dari perut ibu untuk melihat kebesaran Allah.

setiap kita yang hidup di dunia ini.. PASTI.. akan melalui beberapa fasa sebelum kita kembali berjumpa Pencipta Yang Maha Agung. Allah azzawajlla..

kita akan melalui beberapa fasa selepas alam dunia ini..iaitu...:
Mati-----alam kubor-----bangkit dari kubor--------Hisap amalan-------------Titian sirat----Syurga/ neraka.

bayangkan berapa banyak lapisan yang kita akan lalui. Adakah kita benar-benar bersedia.. gerun..untuk meneruskan perjalanan seterusnya? Kadang-kadang kita rasa cam hidup ini 2 lapisan aje.. hidup-----mati. Tidak sama sekali..!! Allah dah peringat kita dalam ayat2 di dalam al-quran.Cerita-cerita syurga/neraka.. Titian sirat.. pahala dosa? Tapi adakah kita mengambil iktibar dari kisah2 Firaun..Qarun..etc..

Bagaimana lamanya kita hidup di dunia, begitulah kita kan hadapi sekali untuk di alam barzakh. Makan kita.. pakai kita.. tempat tinggal kita? Bagaimana rupanya. Kita pergi sehelai sepinggang. Kain putih menyelimuti tubuh yang kaku. Bayangkan kalu kita pergi jalan jauh..tanpa bawa bekalan.. pakaian. bagaimana rasanya? Duit tak de..makan tak de..Mana nak tidur..mana nak makan.. Susahkan..tapi itu di dunia masih boleh minta belas dari orang ramai.. Tapi di alam barzakh..hanya amalan baik saje yang dapat menyelamatkan kita... Masya Allah...

So.. aku nak mengingatkan diri ini..dan pembaca sekalian marilah kita muhasabah diri. Manusia memang tak lepas dari melakukan kesilapan. Aku pun gerun bila dengar ustaz citer. Nak dengar lagi.. kang aku sambong...

Friday, May 16, 2008

Petua meringankan bebanan kerja

Saidatina Fatimah merupakan puteri kesayangan rasullah S.A.W. Beliau pernah mengadu kepada nabi agar diberikan khadam untuknya dalam meringankan beban urusan rumahtangga. Nabi pun memberikannya 3 tips ini untuk diamalkan sebelum tidur. Amalkan zikir di bawah ini:

1. Subhanallah.............33x
2.alhamdulillah.............33x
3.allahu akbar................34x

inshallah, jika kita beramal dengan ikhlas dan yakin , pertolongan Allah akan tiba bagi meringankan beban kita.

Kadang-kadang, kita rasa 8 jam berkerja tu tak cukop tuk kita settlekan manyak mende.Tapi inshallah, lepas amalkan zikir di atas, keje dapat disiapkan tanpa banyak masalah. Kita takkan rasa tertekan sangat.Kita pun tak sedari dari mana datangnya, kekuatan & idea untuk siapkan kerje tu..



"Benarlah janji-janji Allah bagi orang yang beriman"

Allah berfirman yang bermaksud:

"Jika kamu menolong agamaku, maka Allah akan memberi pertolongan kepadamu"

Musim kawen..

pagi tadi dalam kol 7.30 am dapat call dari nadia.. besfrend aku time sekolah dolu. aku baru nak bersyiok2 sambong tido..tapi ok gak.. cerita dia pagi tu buat kan pagi aku ceria.Banyak mende yang kami bualkan.Dari masalah koje..akhirnya bertukar ke bab kawen.. eh..eh..
Yelah sekarang ni kan musim owang kawen..kat opis aku aje dah berapa banyak kad owang bagi..Ntahlah.. boleh ke idak aku penuhi undangan tu ! sebab semua pada tarikh yang sama.. tempat yang berbeza2.. Kelantan.. Johor,.. Sg Bakap.. Sg Petani!! poning..poning..

Bila dah citer bab kawen ni, tentulah citer pasal jantan... oppppssss jangan mare... lelaki. kami setuju tuk cari lelaki asing sebagai teman iduppp.... Ewahhh..dia pun cakap ramai gak member2 sekolah kita kawin dgn mat salih ar.. (aihh,, heran ako camner depa tackle??).. Yang nak tergelak tu.. siap tukaq imej & identiti.. teknik rebonding lagi...hahahhaha.

Bingung...bingung...

Tadi jam 5.30 ptg dapat call dari MARA soh datang interview Selasa nih. Masalahnya; aku kena standby on the weekend (kira Monday Public holiday tu aku keje).Comperm.. banyak menda yang nak update on tuesday . It's a long holiday, sure banyak issue. Takkan nak pass kat member aku lak.. nak amik coti lagi ker? Aiyaahh.. tak best cam nih. Aku selalu di uji sebegini. Dolu.. lepas balik bercuti.. dapat letter tuk amik test tuk jawatan pengajar Poli. Tapi test tu kat Melaka. aku baru jek balik bercoti.. so tak berani nak amik coti lagi. So .. terlepas lar aku.. so kali nih.. the same thing happen, turn aku jaga on weekend lak, tetiba nak kena balik KL . lagipun keliq aku pak mertua dia meninggal. kalu tak bleh soh dia tolong cover aku.. Aisshhh... penin.. penin..

Thursday, May 15, 2008

salam... semua;

Lega.... Not much job to do on this week.Tadi balik keje pun awal.dalam kul 6 dah cabut. Bos pon dah balik.. hehehe. Esok aku cuti2 yahooooo!!! yeeehaaa!! Rasa cam nak jogging jek besok.. tapi tak tau lah ...dah lama tul tak lari.. takut pamcet lar!! dapat jogging kat mengkuang damp pun ok.. Suasananye camtekk..

Actually aku dah tender resign few weeks ago. but last Monday, ada bos from other department jumpa aku. Dia persuade me to join his team.Product enginnering. Aku pun heran lar, mana dia tau aku nak resign? Dia pun cakap mgr aku yang bagi tau dia. Bos aku cakap ako nih.. rajin berkerja & focus... Focus ker ? hehehehe.. so dia interested lah nak soh aku nie join dia. Dia cakp try lah dolu.. kalu tak bleh p, then only u resign. At least you know whether you can do or not. Aku pon kata nak pikior dolu.. (ewaahhh... jual mahal skitttt). Dia pun cakap bleh.. pikior dolu. aku pun mintak lah increment tuk gaji ako!! 10-20 % lar. Menurut advisor aku.. si aanasuhah tue? Chehhhh... HR kata kalo internal transfer mmg tak de increment gaji.. Siap nak nengok offer letter com baru ako lagii (hahahaha... mana bleh bagi tau!!!!). So after thinks some times aku pun terima lah offer depa. Give face to boss lar.. Dah lah dia rekomen aku.. takkan lak ngada2 tak mau.(rasa cam aku ni worth to the company lar.. hehehehe). So aku pun akan p department baru sooon.. Yealah setiap menda pasti ada plem. So aku kena bersedia dari segi mental & fizikal. Aku pun tak tau apa akan terjadi seterusnya. hanya berserah Pada Allah Yang Esa..

so lain2 update.. tak de apa yang menarik.. Kira minggu ni aku buat havoc ar.. Heboh nak resign.. alih2 tukar department jek.. Tapi bukan aku yang minta ok.. BOS yang offer.. Hehehe I Lap U bosss...


"Botak itu syeksisssss"

Saturday, May 3, 2008

Tazkirah lagi..

Hikmah baa dalam ayat bismillah..



Kenapa kita di suruh baca bismillah untuk setiap menda baik yg kita buat? Kerana ayat al-Quran pun dimulakan dgn Bismillah...Kita akan mendapat rahmat dari Allah.



Cuba perhatikan.. Bismillahirr rahmaanirr rahiimm yang bermaksud " Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Kasih Sayang"...

Kebiasaanya, perkataan "dengan" mesti terletak di tengah-tengah ayat.betul tak? Tak lengkap suatu ayat itu jika dimulakan di awal ayat perkataan "dengan"



Contoh:

1. Dengan kereta

2. Dengan isteri

3. Dengan Ali

boleh paham dak, dengan ayat-ayat di atas? Tentu tidak kan.. Tapi.. lihat contoh nie plak;

1.Saya datang ke sekolah dengan kereta

2.Pak ali ke pekan dengan isteri

3.saya bermain badminton dengan Ali.



haa.. kalu cam nie.. baru boleh paham kan.. Jangan risau, bukan nak ajor Bahasa cuma nak jelas kan di sini. Apa-apa ayat tak buleh dimulakan dengan di depan. Sebab tak boleh di pahami.. Tapi kenapa ayat Al-Quran tu dimulakan dengan di depan? sebab di kepala ayat tu kite sendiri lar tambah.. kalu diletak.. Iqrak bismillah.. nanti orang akan paham bismillah hanya bila kita nak membaca sahaja. Padahal nak buat apa saje benda yang baik.. mulakan dengan bismillah. bermakna, sebelum nak buat sesuatu yang baik.. tune dalam otak kita cth: Aku masak ini dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah, Lagi kasih sayang.. Gitu juga nak mulakan menaip ker atau apa saje..Niat apa yg kita nak buat disusuli dgn bismillah..

Aku pun baru dapat ilmu nie. Selama ni buat tapi tak paham.. Harap2 dapat berkongsi dengan semua.. Inshaallah..

Buatlah sesuatu amalan, biar sedikit tapi istiqamah.. Renung2 kan!!

Bagi sesiapa yang tak tau.. wafer tu bukar ar menda yg tuk di makan (cam jual kat supermarket tu, tu pon wafer gak namanye). wafer yang dimaksudkan ni, adalah chip/ ICs or electrical devices yang dihasilkan daripada silikon ( bukan yg gitu plak).. silikon ni actually pasir lar.. tapi bukan yg kat belakang rumah kowang lak.. hehehe.. pasir ni diambil dari ober the sea kalu tak silap den.. kek australia lak.. pasir pantai mana.. tak sure plak yer.. So dia "uli" & jadilah induk nye kita panggil "ingot" (bentuk silinder tu).. Pas tu di "slice" jadilah sekeping cam di ateh tu. Pastu dia process dgn pelbabagi jenis chemical yang akhirnya 1 die (petak kecil dalam kepingan tu) bertindak sebagai R, C, & L.. Senang citer sebagai litar elektrik.So koje aku ni, adalah menganalisis & do investigate for any defects yang terdapat kat wafer tu.Pasal, bila ada defects, litar tak bleh berfungsi.. open circuit..Kadang2 yang boring tu keje aku ni kena pin point kat module.. saling tunding-menunding ar gitu.. Depa cakap not from their module.. So kena investigate..bla..bla..bla..Pendek kata,,, mesti mau pandai cakap..pandai bodek.. Baru bos sukerr.. EEiiiii! aku menci! menci ! pada dirimu!!!! Must step on the other people head to reach at top!! Oh.. No Way !!
Sorry, late published....

Pejam celik, pejam celik.. dah hampir 2 minggu aku tinggalkan blog..tu pasal tadi, time nak update blurr jap.. hehehe.. Refresh!!

Dah seminggu member aku resign..arhh boringnye.. tak de kawan nak nyembang, walaupun aku tak ler menyembang sgt dgn dia ni.. tapi at least, leh gak aku tanya perihal kerje especially bila nak scrap wafer. kalu ikut aku nie.. scrap je, kalu jumpa defects.. tapi bro ni selalu bagi idea actually bukan semua defects kita bleh scrap.. itu macam kalu,, bangkrup la kilang.. hehehe.. sebaikk.. kalu tidah jenuh den nak kena jawap dgn bos.. 1 wafer tu mau dalam USD 500- USD 1000. patut ar.. bos aku hanginn jek.. sikit2 aku scrap wafer.. hahaha sowii... boss..

Last week, time review aku tender resign letter.. Gurlpp.. 3 months notice. My bos a bit surprise! Before that, he asked me how's my job? still ok or at the bottleneck? I said ok.. everything going smooth.. last2 slum kuar bilik dia ,, aku bagi surat. dia hairan, & asked me why I doing like this. I said I got a better offer? Where? somewhere.. hehehe.. terkuzat dia. Sorang demi sorang kuar. Masuk aku dah 6 org resign & he keeping searching new engineers.. mostly fresh grads.. OK lah tue !!!

Sunday, April 13, 2008

Tahukah anda?

Hujan itu berkat. Allah turunkan hujan kerana:

a. Masih ada orang tua yg tekun beribadat
b. Masih ada orang muda yg tekun beribadat
c.Bayi yang minum susu atas ribaan ibunya
d.Binatang-binatang yang makan rumput.

Kita hanya tumpang berkat atas yg tersebut. Di mana kita? ahli ibadat? atau ahli maksiat?
So, kalau ada yang marah bila hari hujan tu, maknanya masih tak insaf la tue! Lagi satu, antara waktu yang mujarab kita berdoa adalah ketika hujan lebat. So lepas ni, ubah persepsi kita ok. Jangan kata, hujan tu suatu yg buruk.. Renung.. renungkan.. dan selamat beramal....
A week passed, here again I come !Actually, plan to relax this weekend, but boss call to settle 1 case.Aiiiyaaaahh need to monitor lots, means need to go to company to get the results. 7 am start doing housekeeping. Do laundry etc.. 9 am go to office. After get all the data, n bla,bla,bla, saved then going back to do at home. 12noon, lunch time, drive back n start cooking.. masak lomak cili padi ...eiiiaaahh. Dah konyang, baru mula buat report, sok nak hantaq kat boss. Mate plak tgh study.. 2 minggu lagi final.. Sobab2, tapi nampak eh.. manyak tidoqqqq dari study nye.. hehehehe Sobab2.. cobaaannnnn!!!

Ermm.. keliq aku nak resign.. berkurang lagi la team kami.. He got offer in Singapore.. Chatered. Aku.. bila nye??? Sabar.. inshallah, akan sampai masanye!!!

Oh yer, aku ada satu cerite ngeri nak bagitau korang! Kete aku nyaris2 ditarik bank, pasalnya tak berbayor berbulan2. Walhal aku dok byg guna maybank2u. Ditakdirkan, 1 day aku saje call bank, nak tanya bpa balance aku? Terkezuttz den, bila dia ckp, dah anytime orang bleh stop n tarik keta aku on de road. Mengelupp lar aku.. Bila check balik dgn maybank, sebenarnya derang dah refund balik duit aku, pasal acc no salah. tapi aku tak perasan.. Tu pasal lah heran apesal gaji tak penah kurang, ropenya duit keta aku ditendang masuk balik dalm acc. So p setel ngan pehak bank.,bla,bla,bla, kena setel bayar utk 3 bln..klu tak .. minta mahap.. Arggghh.. mana nak cekau duit!! last2 kuarkan lah saving.. Huhhhh.. nasib kau duit tak leh dok lama dalam bank. Alhamdulillah, syukur tak jadi masalah besor.. Dah setel. Eissshh ngeri dah aku guna internet nie.. Baik aku beratur bayaq lagi baik!!! Susah pun susah lah..

Saturday, April 5, 2008

Pagi tadi p amik test for SPA kat Sg Ara, penang. Dah la tak survey tempat, tersalah sekolah daa.. Sebaikk tanya bebudak kat bus stand..berebut2 nak habaq aku jalan.. Siap panggil cikguu lagii.. hehehe ada gaya ker??So aku apa lagi.. kecut perut lar.. Dok ingat skolah yg ctu ropenya skolah lain lar. itulah pasal , last minits prep..Sebaikk time aku sampai jek.. org tak ramai lagi.. Ingatkan akulah yg paling senior, rupanya ada lagi yg Super "S" . Exam start jam 9.30 am test sahsiah,10.10 minat,bla, bla,bla.. Sampai kul 12.30 baru stop for lunch.

Sambung balik kul 2.. paper Math. Aku terlambat masuk 15 minit.. aduis.. dah la test 40 minit.kesudahnya "menggelupp' lar aku aih.. pastu English & BM.Time's up.. 4.10 pm. Vrrrrooomm ... pecut terus balik Kulim.. Dok berkira2 nak p opis malam nie, siapkan kerja.sebab esok nak p chopping..Or pagi esok kul 5 kot p keje.. Ishhh tak tau den.. malam ni AF lak, Actually nak koje, bleh jer, sebab mate aku pun keje malam nie.. tak tau lar..

Masalah aku nie, tak suka kerje time opis hr, pasal time aku nak wat kerje je, ada jer bos aku soh buat tu la, ni lar.tu yg aku suka wat kerje time org tak de. hahahaha!!!! padam muka tak leh suruh den..

Sunday, March 30, 2008


"Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, buat ku. Lindunglah daku daripada kejahatan yang aku buat. (tak layak untukku terima rezeki, sihat badan dan pelbagai macam nikmatMu). Janganlah bala' aku. Aku mengakui Ya Allah, Engkau kurnia padaku nikmat yang cukup banyak. Aku mengaku juga Ya Allah, dosaku juga cukup banyak. Ya Allah, tolonglah ampunkan aku, kecuali Engkau saja Ya Allah".... Amin..

Yang jelik & Yang Pelik..

1- Kita rasa segan/malu bila p kenduri kawen dgn tangan kosong. Tuan rumah pula seperti ceti yang mengutip hutang- kerling angpow sewaktu bersalam. Walhal tujuan kenduri itu untuk berkongsi kegembiraan disamping menjamu tamu.Mudah2 an mendapat barakah & pahala dari Allah. Tapi yang jeliknya, majlis kenduri itu umpama bisnes dan tempat untuk bermegah2.Takut2 pahala tiada, dosa pula yang dapat. Disebabkan sikap masyarakat ini, orang miskin yang tak mampu,malu untuk menghadiri majlis kita. Tak best la macam nie. Ada yang bersedih di atas kegembiraan kita. So mai pakat ramai2 p kenduri tak yah bagi angpow. Kalu setakat hadiah tu ok, tapi tak yah lah dok harap..

2-Ada segelintir orang Islam yang sanggup mengatakan Al-Quran tidak lagi sesuei untuk zaman moden nie. Dah ketinggalan kononnya. Tapi yang peliknya, kenapa masih nak bernaung di bumi/ langit ciptaan Allah ni. Yang sememangnya diciptakan Allah sebelum wujudnya nabi Adam lagi. Padahal Al-Quran diturunkan di zaman nabi S.A.W. Kalau dah tolak hukum Al-Quran, silakan cari bumi/ langit lain yang tak ketinggalan jaman... (Fikir dulu sebelum cakap).. Pelik! Pelik!

Phewwwww.... baru den jumpa tang mana nak editnye... hehehe sowiii wa buta it da.. nampaknya dah seminggu masa berlalu. Tapi niat tuk resign tu still on...Ingat nak hantar resign letter by next week ...tapi mate advice me to send it by end of the month.. ada different skit katanya.Ntah aku pun compiuss. anyway it takes 3 months to process this. ok la kot, aku kena gerak2 khas la cari.com start dari hari nie..

Sunday, March 23, 2008

dah lama dok plan nak cari kerja lain.. so pagi ni b4 ke penang, p hantaq resume kat kolej komuniti kat area kulim.Rasa cam tak sesuei jer kerja kat S*.....dah lama dah.. hehe try tukaq angin nak mengajar plak.hopefully, not too late to start a new journey! anyway baru jek hantar resume (harap2 dapatlah.. inshallah kalu ada rezeki).Balik dari penang(3:30 pm), hujan lebat,lama tul tak dapat tidoq siang, so apa lagi tak lepaskan peluanglar till 6 pm..Ingat nak ke opis jap buat keje yg terbengkalai, tapi rasa cam malas jer.. So esok jer lah.
Ok lar... that's the beginning..