Wednesday, May 25, 2011

Motivasi diri...


lihat sekeliling kita
berapa ramai yang hidup dalam gelap gelita
walhal secara lahiriah nampak bercahaya
tapi hidup mereka penuh dengan kepura-puraan..
itulah manusia yang takut dgn bayang-bayangnya...

wahai manusia..
bangunlah dari hidup yang penuh hipokrit
hadapi lah cabaran dan halangan dengan keberanian
tidah perlu gagah perkasa baru di kira berani..
Cukup la sekadar berani berkata... " Ya aku tidak tahuuuuuuuuuuuuuu"

ya...

beranilah untuk berubah setelah kita di beri petunjuk..
Beranilah untuk berjuang .....dengan hawa nafsu kita
Beranilah untuk berhenti memperlekehkan orang lain...


haaaaaa..amacam ada brannnnn ka???? ;P

Sunday, January 2, 2011

Marhaban 2011.....


2010 telah pun melabuhkan tirainya... 2011 membuka tirainya sedikit demi sedikit. Dan setiap tahun, setiap orang saya percaya, pasti ada azam yang hendak dilakukan..Seperti tahun lepas, saya ada 9 azam ;D, tapi yang terlaksana hanya 4, inshallah akan dibawa ke tahun ini. Semoga Allah memudahkan semua urusan kita. Amin--

Sebenarnya, baru-baru ini, saya mengalami perkara yang agak menakutkan. Saya telah bermimpi sesuatu yang sangt sedih ( iye, mimpi itu mainan tidur), hausemate saya, kehilangan mak ciknya di malam tahun baru..& seorang artis juga meninggal di tanggal tahun baru, 1-1-11. Perkara2 tersebut membuatkan saya terfikir dan kadang2 rasa gerun pon ade...kerana adakah kita dapat guarantee dari Allah yang umur kita masih panjang? Kita tahu, kematian tidak mengenal usia, rupa, pangkat, darjat. Namun, kita tetap leka. buktinya, kita masih banyak melakukan maksiat. Malas buat ibadat. contohnya gini, kadang-kadang kita rasa sangat mengantuk atau penat, untuk solat Isyak, lalu kita cakap dalam hati..tak apalah, nanti pagi2 esok, sebelum Suboh, kita akan lakukan. Tapi..siapa yang guarantee kita masih hidup pagi esoknya. Bayangkan jika Malaikat ambil nyawa kita, ketika sedang tidur..Kita masih berhutang solat dengan Allah. Itu baru dosa tidak solat, belum lagi dosa2 yang lain !!

Kadang-kadang rasa sedih, bila orang menilai kita itu dan ini. Kita dipersalahkan atas sesuatu di luar kawalan kita. Tapi percayalah...segalanya pasti ada hikmah. Semoga kesedihan ini akan menjadikan kita seorang yang bersyukur & mendekatkan diri pada Allah. Tak usahlah, nak bertegang urat. mempertahankan itu dan ini. Jangan buang masa dengan perkara yang kecil. Mengadulah pada Allah, kerana Dialah yang Maha Mengetahui.

So, marilah kita muhasabah diri. Menjadi insan yang lebih baik. Mementingkan urusan akhirat lebih dari urusan dunia. Sesungguhnya percayalah, andai kita mendahulukan urusan Allah, inshallah, Dia akan membantu kita dalam urusan dunia..

Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik, dan dapat istiqamah dalam mencari keredhaan Allah...


Selamat datang ------1432H @ 2011