Saturday, July 12, 2008

Surah Al-Fajr

Sedikit catatan yang sempat aku tulih sewaktu kuliah pagi tadi.inilah serba sedikit rumusan. Moga-moga kita mendapat manfaat darinya.. Inshaallah..

1. Surah al-fajr ini juga bermaksud waktu pagi/ Subuh hari.Surah ini diturunkan di Mekah. Kata ustaz, surah2 yang diturunkan di Mekah banyak menceritakan perihal akidah. nabi S.A.w tinggal di Mekah selama lebih kurang 13 tahun, dan begitu giat memperbetulkan akidah penduduk Mekah.

2. Mengapa solat Subuh 2 rakaat? menurut kisah, nabi adam a.s telah di keluarkan dari syurga kerana melanggar perintah Allah. Maka Allah telah membuang nabi adam dan Siti hawa ke bumi di malam yang amat gelap. Kala itu.. tiada manusia pun yang menghuni bumi..Yealah, nabi adam kan manusia pertama yang di cipta Allah..So, nabi adam sangat ketakutan, kerana keseorangan.. dan Hawa telah dicampakkan di tempat yang jauh dengan adam.So, apabila terbit sinar Fajar, amat bersyukorlah nabi Adam a.s lalu bersujud kepada Allah, kerana malam sudah pergi. Lantas nabi adam a.s bersujud kali kedua kerana siang telah datang (cahaya).bayangkan kala kita memandu keseorangan di malam hari, melalui jalan yang sunyi dikelilingi hutan tebal.. tiba2 ada satu cahaya yang menyuluh kita..(mayb cahaya keta ka, lampu jalan ka..) tentu dalam hati kita berasa lega kan? Itulah fitrah manusia..sebab itu allah jadikan malam bersama sinar bulan(samar-samar) agar kita tak ketakutan.. Cuba kalo malam itu tanpa bulan... mau haru biru dibuatnya. (Ini menunjukkan bukti kasih allah pada kita)

3. Dalam surah ini juga Allah telah menceritakan perihal kaum Aad (Umat nabi Nuh).

- Rata-rata umur kaum aad adalah 1200 tahun
-Mereka mempunyai anak purata 400 orang
-Mereka berkahwin purata 1000 perempuan seorang
-Tubuh badan mereka sangat tinggi ( kira-kira 12 hasta)
-Mereka mempunyai pembangunan dunia yang sangat hebat
-Kerana melawan allah, mereka mati disambar kilat.

alkisahnya begini...

adalah seorang raja dari kaum aad. Beliau mempunyai 2 orang anak. seorang bernama shadat & seorang lagi bernama Shadit. Shadat ini hidup sampai umur 900 tahun, manakala Shadit ini mati awal.. (bila tu tak pasti arr pulak ako??)

Shadat ini telah menjadi raja. Dia sangat rajin membaca kitab2 dahulu kala, sehinggalah suatu hari dia terbaca bab syurga.Dia telah mengikut nafsu untuk membina syurga di atas dunia macam yang allah cerita dalam kitab.

dia bina istana dari emas, marmar dari batu permata, wangian dari kasturi (memakan masa selama 300 tahun untuk bina istana ini). Dia bina di suatu penempatan untuk para menterinya juga.semuanya bagaikan bangunan yang berkilauan.

Maka diarahkan semua menteri semua untuk berpindah.dan memakan masa selama 10 tahun untuk persiapan pindah.. (dahsattt tue.. kemas barang punye lama)..

kala nak berpindah (kira unta dok angkut barang & orang2), Allah turunkan halilintar, mati semuanya..tak dan nak duduk kat istana tu pun.. Hancur lebur semuanya.akhirnya, kalau tak silap.. adalah seorang pengembala yang kehilangan haiwan ternakannya.. mencari2 lalu telah memasuki kawasan istana yang tak berpenghuni itu..Begitulah kesudahan, shadat dan pengikutnya tak dan duduk kat istana rekaan mereka itu, sebaliknya pegembala pulak yang pernah merasa. so.. janganlah kita rasa kita ini lebih hebat..Putrajaya itu hebat.. KLCC hebat.. KLIA canggih.. sebab pembangunan yang orang dulu buat lagi hebat dari yang kita ada.. Itu pun allah telah musnahkan dalam sekelip mata andai kita.. takbur & melanggar perintah Allah.. waalahualam...

No comments: