Saturday, June 27, 2009

Antara nikmat yang Allah bagi pada kaum Bani Israel

Macam-macam dah nikmat yang Allah bagi kat kaum Bani Israel ini. Tapi mereka tetap sombong & tidak mahu beriman kepada Allah. Kelak, mereka akan dicampakkan ke dalam api neraka jahannamm..Jom kita lihat antara nikmat yang Allah dah bagi mereka, supaya menjadi pengajaran buat kita semua,. Lagi sambungan dari Surah Al-Baqarah.....



1. Kami (Allah) telah buka laut untuk kamu (Kaum Bani Israel) daripada cengkaman Firaun. Di depan kamu laut--> mati..undur Firaun---> mati. Lalu nabi musa pukul laut itu, lalu membeku, dapatlah mereka lalu menyelamatkan diri. Apabila Firaun & tenteranya lalu, maka karamlah Firaun dan bala tenteranya.



Pada zaman itu, bani Israel menjadi hamba/kuli pada Firaun. Suatu malam, Firaun bermimpi api memasuki rumah orang2 Hibsi (orang kenamaan Firaun), tetapi tak masuk ke rumah kaum bani Israel.Lalu, Firaun tanya pak nujum..apakah maksud mimpinya itu? Ahli nujum tu bagi tau Firaun, akan lahirlah seorang bayi lelaki di kalangan Bani israel yang akan menghancurkan Firaun. Maka pada ketika itu, Firaun arahkan tenteranya untuk bunuh semua bayi lelaki yang lahir. Namun, allah selamatkan nabi Musa a.s. Ibu nabi Musa mengandungkan nabi Musa, melahirkannya dalam hutan, lalu menghanyutkan Musa dalam sungai. Lalu kayu yang didiami nabi Musa itu, hanyut di hadapan istana Firaun.Asiah, isteri Firaun, pujuk Firaun agar jangan dibunuh bayi ini & belalah dia. Akhirnya lembut hati Firaun, maka besarlah nabi Musa a.s di istana Firaun. Ketika umur Musa 7,8 tahun, Musa berlari/ bermain2 di dalam istana Firaun, lalu tertampar Firaun. Berderau darahnya, geram & marah pada Musa. Lalu Asiah pujuk, takkan dengan budak pon nak berkira. Tapi Firaun tak sedap hati, dia beri ujian pada Musa. Katanya kalu Musa pilih emas (cerdik) dia akan kubunuh.Lalu, pada mulanya Musa nak ambil emas (cerdik-antara sifat2 nabi),, tetapi malaikat tampar tangannya sehingga musa memilih bara api lalu nak dimasukan ke dalam mulut. Baru Firaun, sedap hati. Yang budak ini, tidaklah bahaya buatnya. hanya kanak2 biasa.



So, nikmat Allah bagi mereka untuk selamatkan diri. Kalau tak..habis mati semua kaum Bani Israel & takdelah mereka pada hari ini. mereka dah tengok terang2an, namum masih tidak mahu beriman..




2 . Ayat 52:

Allah payung akan awan yang nipis (redup) pada ladang Teh itu... (ingat lagi..padang Teh yang kering kontang, tanpa air maupun pokok..gersang)Lebar padang Teh itu antara Syam dan Mesir. (tempat yang mereka sesat itu). Mereka sesat selama 40 tahun.600 000 orang mati ketika itu, melainkan yang belum sampai usia 20 tahun, hidup.. Nabi Harun dan Musa mati juga ketika itu. (Untuk makluman, pada zaman itu allah turunkan 2 orang nabi iaitu nabi Musa & nabi Harun. Nabi Musa itu, bersikap agak garang & tegas, Nabi Harun agak lembut hatinya sedikit.)

Ketika itu, man (sejenis makanan syurga turun macam hujan , masanya dari terbit fajar hinggalah naik matahari. seorang segantang setiap hari.Dan bagi salwa (sejenis lauk burung yang enak dari syurga, sedap lagi nikmat).Tiap2 hari Allah bagi, Allah soh depa makan habis, jangan simpan.Tapi mereka degil, simpan juga makanan itu. Lalu Allah tak bawa makanan lagi sebbab mereka ingkar suruhan Allah. (degil.dok simpan makanna lagi..Macam tak percaya yang Allah akan bagi lagi rezeki esok hari).

3. Ayat 58:

Allah tunjukkan jalan keluar dari padang Teh itu (nikmat lagi..dapat keluar setelah sesat berpuluh tahun..).Kata Allah, masuk olehmu akan ini kampung (Baitul Maqdis), atau dikenali juga sebagai Reehaa. Maka, makan dan minumlah olehmu apa yang kamu inginkan. Dan masuklah oleh kamu akan pintu Baitul Maqdis (pintu gerbang), dengan sujud (tunduk pada Allah)..sebagai tanda syukur kamu dapat keluar dari padang pasir, sambil kata Hittatun (Tuhan, ampunilah dosa kami). Kata Allah, kalau kamu masuk dalam keadaan sujud dengan berkata "Hittathun" (minta ampun pada Allah), nescaya Allah ampuni kamu. Lagi Allah tambah pahala dalam syurga yang sangat hebat. Tapi kejamnya mereka, mereka tak buat seperti yang disuruh Allah. Mereka tukar kalimah yang Allah bagi, lalu mereka kata " Habbathun" (sebiji gandum..sebiji gandum). Mereka olok2 kan perintah Allah, persende akan suruhan Allah. Bukan mereka tak tahu, tapi sengja nak lawan Allah. Suruh masuk dengan bersujud, mereka masuk ikut punggung, sengetkan punggung masuk ke Baitul Maqdis, sambil kata "Habbathun". Maka Allah turun azab buat mereka, azab thoun..dari langit..(contoh la ni..wabak lah..selsema babi ..etc..namanya berbeza..tapi konsepnya sama wabak..).Penyakit yang berjangkit, melanda mereka semua, pasal pinda hukum Allah. Allah bagi wabak, then,, allah tarik balik..bagi ..tarik..nak tengok sejauh manan merek asyukur. Maka mereka itu mati setiap saat seramai 70 000 orang sebab lawan perintah Allah. Kita la ni pon sama..sebab lawan Allah, maka Allah turunkan wabak..So, nak hilangkan segla kekalutan ini..maka kembalilah pada Allah..

Wallahualam....

Sunday, June 14, 2009

lunch for today....


Tadaaaaa...nah lunch aku 4 tday.. Actually rasa cam nak gi keje pagi tadi..tapi macam malas pulak. Tapi fikir2 balik, keje masih tak siap lagi.Grrrr...tengok mood boss cam tak elok aje last week..abih aku..adoiiii!! Harap2 lpas makan nanti ok lah kot. hehhehe...Moh makan...

Lagi cerita pasal kaum Bani Israel ini....

Bila kita tengok balik apa yang allah ceritakan secara terperinci tentang Bani Israel ini, maka tidak hairanlah mengapa orang2 Israel yang berperang di Gaza ini amat ganas dan bersikap binatang. Ini kerana , mereka ini adalah terdiri dari keturunan yang melampaui batas. Lihat saja tingkah laku tok nenek mereka, seperti yang Allah ceritakan dalam surah Al-Baqarah....


Ayat 60:

Ketika nabi Musa a.s meminta huja untuyk kaumnya (bani Israil). Sabar yang tinggi nabi Musa berhadapan dengan karenah kaumnya itu. Ketika mereka sesat di padang Teh (ni bukan ladang teh cam Cameron Highland tuh tau...ia adalah padang pasir yang kering kontang, tanpa pokok, atau mata air...gersang!!).Lalu Allah turunkan makanan dari syurga bagi depa makan. (mereka sesat kat padang pasir tuh selama 40 tahun...bayangkan!!). Kemudian mereka minta agar Musa berdoa pada Allah untuk bagi mereka air. Lalu allah menyuruh Musa memukul tongkatnya ke satu batu. (Ingat..mukjizata nabi Musa a.s ialah pada tongkatnya..mukjizat nabi kita Muhammad S.A.W ialah al-quran). Lalu nabi Musa memukul tongkatnya pada batu itu, lalu terpancarlah 12 mata air keluar melalui batu itu. (Mereka ada 12 puak..Allah maha mengetahui & maha berkuasa). Lalu kata Allah, makan dan minumlah dari rezeki Allah. jangan kamu berbuat fasiq (jahat) di atas muka bumi ini..

p/s: setiap apa yang allah cakap dulu di dalam al-quran kita kena ikot. contoh makan dulu, baru minum..dari segi kesihatan pon dah terbukti. (selingan ni..)

Ayat 61:

Lalu kaum nabi Musa itu tanya kat nabi Musa. Ya Musa.. kami dah bosan lah dengan makanan itu hari2, tak de makanan lain ker. Tolong doa sat kat Tuhan engkau supaya mengeluarkan makanan dari bumi lak. Contoh jenis tumbuhan..seperti sayuran, mentimun, kacang adas, bawang. (Nah!! tengok jenis manusia yang melampau! Dah allah datangkan khas makanan dari syurga setiap hari buat mereka, nak pulak minta yang lain..khusus pulak tu!!) Lalu nabi Musa marah kaumnya "Adakah patut kamu minta tukar benda yang terbaik? (Makanan dari syurga itu) kepada yang kurang baik (makanan dunia itu)? Mereka degil tatap..nak makanan dunia tu jugak.Llau nabi mUsa berdoa pada Allah akan permintaan mereka itu.Lalu Allah kata, turun akan kamu ke negeri Mesir (di sana banyak sayur2an lagi segar..sampai sekarang pon Mesir terkenal dgn pelbagai sayuran segar). Lihat, betapa penyanyangnya Allah pada hambaNya (walaupon mereka berpaling tadah). Dan jadilah mereka itu dalam kehinaan dan miskin (yelah..elok2 dapat makanan dari syurga khas di hantar kat depa, bengong minta tukar..last2 kena cucuk tanam, siram, kutip sayuran, masak barulah boleh makan..miskin & hina lah tu) Dan mereka balik pada kemurkaan Allah.Bani Israil juga telah bunuh para nabi antaranya:
Nabi Zakaria- digergaji kepalanya terbelah 2
Nabi Yahya
Nabi Isa- tapi Allah angkat Nabi Isa ke langit dan diganti dgn pemuda lain. (mana bukti yan g orang Kristian patut bermusuh dgn orang Islam? Patutnya mereka pi lah bermusuh dgn puak bani Israil nih!!) . Ada pendapat mengtakan Yahudi bunuh 70 orang nabi pada satu pagi.

Mereka, kaum Yahudi orang yang sangat MELAMPAU!!!


Ayat 62:

Dan segala orang2 yang mukmin, orang2 Yahudi & nasrani, & sobihin (yang beriman pada Allah). Dan bagi mereka itu ada pahala dari Allah.

Di sini kita lihat, setelah Allah kutuk orang -orang Yahudi, nasrani & kafir ini. Allah pujuk balik..kepada orang2 yang beriman pada Allah. Tidak semua dari golongan itu orang2 yang dimurkai Allah. Allah bagi tau mereka , agar jangan risau & takut, sekiranya mereka dari golongan yang beriman.


wallahualam.....

Saturday, June 13, 2009

Excersice ur neck

Jom excersice !!!




Cerita orang munafik di dalam surah Al-Baqarah..

Info mengenai surah Al-Baqarah:
-Surah yang ke 2 di dalam al-quran
-Surah yang paling panjang
-Al-Baqarah- sempena nama anak lembu
-Diturunkan di Madinah
-Ada 286/287 ayat

Kelebihan surah ini:
Sabda nabi;
" Jangan jadikan rumah kamu itu seperti kubur, sesungguhnya syaitan akan larikan diri di rumah yang ada baca surah al-Baqarah"

Sesiapa yang rajin beramal dengan surah ini------> dapat barakah
Yang meninggalkan amalan baca surah Al-Baqarah-----> kerigian yang amat.

Allah ceritakan pada kita tentang orang -orang munafiq ini, sebagai iktibar untuk kita .Jangan ikut perangai munafiq.


Ayat 17:

Umpama munafiq itu seumpama orang yang menyalakan api, setelah api itu menerangi keliling, Allah padamkan ia.

Maksud: Orang munafiq itu duduk di keliling nabi, para sahabat (cerah/ pasal dapat hidayah), tapi Allah padamkan cahaya itu (mereka tidak mendapat hidayah akibat sikap munafiq itu).


Kita sering takot di malam gelap (atau tempat yang gelap), tapi lega bila ada cahaya--->cerah. So, jangan jadikan hati kite gelap (dgn sifat munafiq, kelak hidup kite sentiasa dala ketakutan).

Ayat 18:

Contoh 1:

Mereka itu tuli daripada mendengar sesuatu yang hak (benda baik). Tidak kembali mereka itu kepada hidayah. Terus duduk dalam kesesatan. (sifat2 orang munafiq).

Ayat 19:

Contoh 2:

Atau sifat mereka itu (orang munafiq) seperti orang kena hujan dari langit, bersama gelap malam, guruh, kilat. Mereka sumbat jari dalam telinga-----> sebab takot mati.Demikianlah ornag munafiq, apabila turunnya al-quran (sbb tu mereka sumbat telinga, tak mau dgr ayat2 quran). Sesungguhnya Allah tahu akan apa yang kamu zahirkan atau sembunyikan.

Ayat 20:

Kata Allah lagi, hampir kilat menyambar pada mata mereka, mereka jalan sikit2, bila guruh berhenti, mereka diam, bila ada kilat mereka jalan balik (dalam keadaan takut-gelap, hujan lebat, malam). Itulah seumpama kafir, orang munafiq. Jika dikehendaki Allah,, Allah boleh terus pekak & butakan mereka ( Allah benci, bila Kristian kata Isa anak allah, Yahudi kata Uzair anak allah). Rasa macam nak amik langit hempas kat kepala mereka, tapi Allah tak buat. Sesungguhnya Allah amat berkuasa akan sesuatu.

Sama-samalah kita ambil pengajaran dari apa yang Allah telah ceritakan pasal golongan munafiq ini.

Sabda nabi:

"Iringilah kejahatan kamu, dengan kebaikkan hari ini."

-Bila kita buat baik, namun allah bagi bala' kena sabar, tenang,redha.
-Tak padan dengan bala' yang Allah turun , dengan kejahatan/maksiat yang kita buat dulu. Mudah2an kite terlepas dari azab Allah. Amin..

Friday, June 12, 2009

Boikot barangan LEGO !!!


Maaf semua..Sebenarnya, tak sanggup nak aku letakkan poster ini. Tapi, aku risau jika ada antara korang yang tak pernah dengar lagi pasal dakyah kafir laknatullah ini. Rasanya bende ni dah lama berlaku, cuma mungkin tak di sebarkan secara meluas. So, di kesempatan ini marilah kita sama2 memboikot barangan LEGO & seumpamanya yang jelas menghina Islam & junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Golongan ini mahu meracuni fikiran anak-anak kita tentang Islam & nabi junjungan, Rasulullah S.A.W. Jadi, selepas ini di harap kita sebarkan pada adik-beradik kite, kawan2 kite, sedara-mara & semua yang sayangkan Islam. Sama-samalah kita berdoa agar kite terselamat dari fitnah di akhir zaman ini. Moga Allah tetapkan iman kite hingga ke hujung nyawa. Amin...
P/s: trimas pada yang hantar email ini. Dan buat anda semua..jom boikot barangan LEGO, Denmark, & Yahudi.Menjadi tanggungjawab kite untuk menjaga maruah Islam agar tidak tercemar!!

Tuesday, June 2, 2009

Setiap pertemuan..pasti..berakhir dgn perpisahan...






Kini tiba masanya..bos kesayangan aku nak balik ke Taiwan..huhuhu.. the best boss i ever had..so far..Rasanya bukan aku sorang je yg sedih..boleh dikatakan semua sedih di atas perpisahan ini..Yelah..sikap dia yg lembut tapi tegas..hehhehe..So..aku tempekkan bos kesukaan aku ini..