Saturday, July 19, 2008

Surah Al Balad

salam semua.. Mudah-mudahan anda semua dirahmati oleh Allah.....Amin-
Ok lah nak kongsi dengan korang semua serba sedikit mengenai surah Al-Balad. Ringkasan dari ayat 1 hingga ayat 7.

-Al Balad membawa maksud negeri. Dalam surah ini, negeri yang dimaksudkan itu adalah negeri Mekah.
-surah ini diturunkan di Mekah (iaitu sebelum nabi berhijrah ke Madinah)
-Ia mengandungi 20 ayat

Tanah haram bagi umat Islam ada 3 tempat iaitu:
-Mekah
-Madinah
-Baitul Maqdis--------->telah dirampas Yahudi.

Kita semua hendaklah berpegang pada tali Allah (al-Quran) agar kita menjadi suatu ummah yang kuat dan digeruni oleh musuh Islam.

Nabi s.a.w bersabda:

"Manusia di akhir zaman berpecah kepada 73 puak..kesemua 72 puak masuk neraka hanya 1 puak yang masuk syurga"..

moga-moga kita tergolong dalam puak yang sedikit itu....Amin..

1. Negeri Mekah merupakan negeri yang aman tenteram, negeri yang penuh barakah. Cuba tanya orang yang pernah ke tanah suci Mekah..suasana di sana cukup tenang & aman..tiada hiruk pikuk & riuh rendah pasar malam..cukup waktu semuanya pergi solat & meninggalkan perniagaan mereka..Tiada risau dengan pencuri & penyamun..tenang.. yang tak dapat dicari di tempat lain.. Kenapa ia dipanggil tanah haram? Di Mekah, kita tidak boleh berburu, membunuh binatang, merosakkan pokok2 hatta memetik bunga etc...Orang kafir juga diharamkan untuk memasuki kota Mekah ini..Ini menunjukkan Mekah sebuah negeri yang dijanjikan Allah keamanan...di sana lah terletaknya Baitullah ...(rumah Allah)-Kaabah. Setiap hari puluhan ribu malaikat akan masuk ke dalam baitul makmur (terletak di arasy-- bertentangan dengan langit di atas kaabah). Maksudnya, kita tawaf di baitullah..malaikat pula tawaf di baitul makmur..


2. Negeri Mekah ini, adalah sebuah padang pasir yang kering kontang. Tapi disebabkan barakah, air zam-zam tidak pernah kering dari mula ia keluar hinggalah ke hari ini...(bayangkan dari zaman nabi Ibrahim hingga kini, puluhan ribu orang datang hampir setiap hari?? ... cuba perhatikan di sekeliling kita..berapa banyak sungai yang telah kering?? )


3. Nabi s.a.w lahir di Mekah. Beliau membesar di Mekah. Keluarga baginda s.a.w juga berasal dari kota Mekah. Pendek kata, Mekah adalah kampung halaman nabi. sewaktu nabi dihalau oleh penduduk Mekah, kerana nak menyebarkan ajaran Islam, Nabi berasa sangat sedih. Baginda s.a.w berkata kepada bumi Mekah, beliau amat menyanyangi bumi Mekah ini. Andai nabi tidak dihalau keluar dari kota Mekah, beliau tidak ingin meninggalkan kota Mekah. Tetapi demi meyebarkan ajaran Islam, nabi rela. Oleh kerana nabi amant mencintai bumi Mekah, kita sebagai umat nabi Muhammad s.a.w pun patut mencintai bumi Mekah. Perlu ada dalam diri kita untuk bercita-cita pergi ke Mekah ..

4. Kerana menyebarkan ajaran Islam, nabi telah dihalau oleh penduduk Mekah. lalu nabi berhijrah ke Madinah. Penduduk Madinah menyambut baik kedatangan nabi dan para sahabat.

5. Nabi telah duduk di Madinah selama 10 tahun. banyak kemajuan yang diperkenalkan di Madinah. Selepas itu, nabi berjaya menawan balik kota Mekah. Tetapi nabi akhirnya kembali ke Madinah lalu wafat di sana. (ini menunjukkan nabi s.a.w searang yang sangat mengenag budi..Yelah, sewaktu nabi susah..dihalau keluar dari Mekah, penduduk Madinah menerima nabi dengan tangan terbuka. Kalau ikutkan, adalah lebih baik nabi s.a.w balik kekampung halamannya di Mekah..tapi baginda memilih untuk terus tinggal di Madinah).

Berlaku sedikit salah faham antara penduduk Madinah dan nabi s.a.w. Kisahnya begini:

-Kisah berlaku sewaktu nabi masuk perang yang terakhir sebelum kewafatannya. Menjadi kebiasaan, harta rampasan perang akan dibahagikan sama rata antara penduduk. Dalam perang tersebut, nabi telah memberi banyak harta rampasan perang kepada penduduk Mekah.

-Hal ini menyebabkan penduduk Madinah tidak berpuas hati. Ada kata-kata yang kurang enak, kononnya nabi melebihkan penduduk Mekah (ye lah kampung halaman ,berat sebelah lah pada pandangan mereka)-pilih bulu kata orang sekarang..

-Adalah seorang sahabattelah menyampaikan pada nabi, ketidakpuasan penduduk Madinah ini. Mendengar sahaja berita itu, muka nabi berubah menjadi sangat sedih. (Menyesallah si sahabat itu, kerana telah menyampaikan hal demikian kepada nabi.. tidak disangka nabi begitu sedih sekali..)

-Lalu nabi s.a.w memanggil semua penduduk Madinah berkumpul di suatu tempat. beliau ingin memberitahu mengenai harta rampasan perang tersebut.

-lalu nabi berkata " wahai penduduk Madinah, engkau mendapat lebih daripada penduduk di Mekah dapat.Mereka mendapat harta,, tetapi engkau mendapat aku..Adakah harta lebih penting.. dari diri ku?" (nabi wafat di Madinah)

-Cuba renungkan... andai nabi s.a.w tidak wafat di Madinah,tiada siapa yang akan ke Madinah.. sebab rukun2 haji semuanya diadakan di Mekah. kita ke Madinah..kerana ingin menziarahi makam nabi...bukan untuk melakukan rukun haji...

-maka menangislah penduduk Madinah, kerana besangka buruk pada nabi... Ini jelas menunjukkan pada kita, bahawa nabi seorang yang berfikiran panjang & amat mengenang budi. Walaupun baginda amat menyanngi Mekah..tapi beliau tetap menghargai budi baik penduduk Madinah.. sehinnga mengambil keputusan untuk menetap di Madinah..hinggalah wafat..

wallahualam..

1 comment:

Irfan Haiqal & Dalili Safiyya said...

Bagus entry ni...Dapat entry bagus lagi....postkan yo jayah :-)

Aku dengar MATA fair kat Penang dah mula...ko x tahu?