Monday, July 28, 2008

Sambungan Surah Al-Balad....

Salam semua... Ini adalah sambungan surah Al-Balad. Mudah-mudahan kita mengambil iktibar..

Ayat8:

Allah berfirman "Tidakkah kami jadikan 2 mata untuk melihat?"
Kalau bukan Allah yang bagi, sila cari siapa yang buat. Allah boleh mengungkit segala nikmat yang Dia bagi kepada kita (untuk menyedarkan kita). Manusia tidak boleh dan tidak layak untuk mengungkit(akan hilang pahala & mendapat dosa) kecuali 2 golongan ini:

1-Ibubapa boleh mengungkit pasal anak-anak.
Contoh: Kita sering dengar ibu/ bapa yang mengungkit pasal anak-anak, misalnya "susah payah mak ayah besarkan engkau, bergolok gadai demi nak menyekolahkan kamu..etc dah besar & berkerja ni patut la kau tolong ringankan beban kami..etc".kadang-kadang kita rasa ibubapa kita mengungkit & tak ikhlas & memang tanggungjawab mereka terhadap kebajikan kita. Memang tak salah mereka mengungkit demi untuk menyedarkan kita.

2- Guru yang mengungkit pada anak murid (jika anak murid itu tidak mengenang jasa..etc)

Ungkit akan membuatkan kita berasa malu. Adakah kita berasa malu apabila Allah mengungkit segala nikmat yang Dia beri pada kita?Jika kita pernah pinjam barang orang, lalu dia mengungkit akan hal itu, kita akan berasa malu..bagaimana pula halnya kita dengan Allah?Segala macam nikmat yang Allah beri..mata..hidung..telinga..udara..etc...namun kita masih sombong dari mengingati Allah...??

Ayat 9:

Allah jadikan lidah dan bibir untuk menterjemah apa yang ada di dalam hati. Kalau kita hati tak bersih lama-lama ia akan terkeluar juga dengan perkataan. So, tutur kata mencerminkan apa yang ada di dalam hati..So berhati-hati bila bercakap.Kita juga dilarang untuk menambah/ mengurangkan apa jua kejadian yang Allah buat untuk kita.Bibir juga dapat menutup mulut kita dari serangga.etc..

2 benda yang jadikan kita riak & takabur:

1- Bila kita lupa benda yang ada pada diri kita adalah pemberian allah. (cth: Jangan kita rasa kejayaan yang kita kecapi adalah 100% atas usaha kita)

2- Bila kita lupa benda yang Allah bagi ini, boleh Allah tarik bila2 masa..


Ayat 10 & 11:

Allah tunjukkan 2 jalan di dunia ini iaitu: jalan menuju kebaikkan & jalan menuju kejahatan. Oleh itu dalam solat kita baca al-fatehah dan kita mohon pada Allah agar tunjukkan kita jalan yang lurus (jalan baik). Nabi & rasul diutuskan allah.Rasul2 ini telah tunjukkan kita jalan yang baik & jahat agar kita dapat membezakan & menilai. Kedua2 jalan ini adalah sukar untuk di lalui (bagai berjalan di semak)

Ayat 12:

Mahu tak mahu kita kena tempuhi jua jalan2 itu. teruskan susah tapi di penghujungnya nanti syurga(jika kita ikut jalan yang baik). allah benci orang yang berputus asa. ada juga orang yang memilih jalan susah(jalan jahat) untuk buat maksiat..Kelak mereka akan dimasukkan ke dalam neraka.


Ayat 13-18:

Allah tanya apakah jalan yang susah(aqabah) itu? Kemudian Allah menjawab:
-merdekakan hamba
-beri sedekah pada orang lapar/miskin
-beri perhatian pada anak yatim, lebih2 lagi yang ada hubung kerabat dengan kita. Contoh: Kita bercuti bersama keluarga, then teringat akan anak saudara kita yang yatim..Lalu kita bawa dia sekali untuk berjalan dengan keluarga kita.. Yelah..tentu bersempit sikit..budget mungkin kari sikit,,kita mungkin tak selesa yelah tak leh nak cakap sembarangan (marah-marah) sebab bukan anak sendiri... Susah kan? Tapi susah inilah yang akan membawa kita menuju syurga andai kita sabar...
-Kita semua mestilah ada sifat kasih sayang sesama makhluk.
Allah tunjukkan pada kita cara-cara untuk kita menerima buku amalan di tangan kanan & lepas aqabah yang 6 perkara iaitu:

1-Iman pada Allah, rasul, qiamat & al-quran
2-Sabar-dalam membuat taat & sabar untuk tidak melakukan maksiat
3-Amar makruf nahi mungkar
4-Beri makan anak yatim & orang miskin (zakat)
5-Merdekakan hamba
6-Kasih sayang sesama makhluk

Ayat 19 & 20:

Orang2 yang menerima buku amalan di tangan kiri adalah mereka yang rugi. Mereka akan diazab di dalam neraka yang berlapis2 untuk selama-lamanya.


Teringat saya satu cerita. Pada zaman dahulu.. adalah seorang raja. Dia minta semua menterinya untuk menulis akan perihal dunia. Lalu datanglah 10 ekor unta yang padat dengan buku2 yang ditulis tentang dunia. Lalu para menteri menghadap raja & mempersembahkan ribuan buku kepada raja. Alangkah terkejutnya raja melihat timbunan buku. Lalu baginda menyuruk para menterinya untuk meringkaskan buku tersebut. Lalu buku diringkaskan hinggalah kepada muatan 1 ekor unta. Si raja masih tidak sanggup membaca buku yang banyak itu, lalu meminta menteri meringkaskan menjadi sebuah buku..Lalu apabila buku siap dikarang perihal dunia, raja itu jatuh sakit & semestinya tidak terdaya untuk membaca. Lalu dia menyuruh para menterinya berbincang dan memberitahu dia apakah duni dalam 1 perkataan saja. Para menteri pun bincang punya bincang. mereka pun dapat lah satu perkataan ini.. raja tanya apakah dunia? Menteri pun menjawab dunia itu "SUSAH". Cuba kita fikir sejenak, apakah benar dunia itu susah? Kawin susah..tak kawin susah (orang mengata lah). Ada anak susah, tak ada anak susah .Senang susah, miskin pun susah..Pendek kata semuanya susah lah. So kalau kita ikut nafsu di dunia yang susah ini..bermakna kita tak kan jumpa senang lah..sebab neraka lagi SUSAH. Oleh itu, lebih baik kita sabar susah di dunia..moga2 kita mendapat senang di akhirat. Siapa yang kata dunia ini syurga..dia telah ditipu oleh syaitan.. Wallahualam...

Renung2kan dan selamat beramal.....

Saturday, July 19, 2008

Surah Al Balad

salam semua.. Mudah-mudahan anda semua dirahmati oleh Allah.....Amin-
Ok lah nak kongsi dengan korang semua serba sedikit mengenai surah Al-Balad. Ringkasan dari ayat 1 hingga ayat 7.

-Al Balad membawa maksud negeri. Dalam surah ini, negeri yang dimaksudkan itu adalah negeri Mekah.
-surah ini diturunkan di Mekah (iaitu sebelum nabi berhijrah ke Madinah)
-Ia mengandungi 20 ayat

Tanah haram bagi umat Islam ada 3 tempat iaitu:
-Mekah
-Madinah
-Baitul Maqdis--------->telah dirampas Yahudi.

Kita semua hendaklah berpegang pada tali Allah (al-Quran) agar kita menjadi suatu ummah yang kuat dan digeruni oleh musuh Islam.

Nabi s.a.w bersabda:

"Manusia di akhir zaman berpecah kepada 73 puak..kesemua 72 puak masuk neraka hanya 1 puak yang masuk syurga"..

moga-moga kita tergolong dalam puak yang sedikit itu....Amin..

1. Negeri Mekah merupakan negeri yang aman tenteram, negeri yang penuh barakah. Cuba tanya orang yang pernah ke tanah suci Mekah..suasana di sana cukup tenang & aman..tiada hiruk pikuk & riuh rendah pasar malam..cukup waktu semuanya pergi solat & meninggalkan perniagaan mereka..Tiada risau dengan pencuri & penyamun..tenang.. yang tak dapat dicari di tempat lain.. Kenapa ia dipanggil tanah haram? Di Mekah, kita tidak boleh berburu, membunuh binatang, merosakkan pokok2 hatta memetik bunga etc...Orang kafir juga diharamkan untuk memasuki kota Mekah ini..Ini menunjukkan Mekah sebuah negeri yang dijanjikan Allah keamanan...di sana lah terletaknya Baitullah ...(rumah Allah)-Kaabah. Setiap hari puluhan ribu malaikat akan masuk ke dalam baitul makmur (terletak di arasy-- bertentangan dengan langit di atas kaabah). Maksudnya, kita tawaf di baitullah..malaikat pula tawaf di baitul makmur..


2. Negeri Mekah ini, adalah sebuah padang pasir yang kering kontang. Tapi disebabkan barakah, air zam-zam tidak pernah kering dari mula ia keluar hinggalah ke hari ini...(bayangkan dari zaman nabi Ibrahim hingga kini, puluhan ribu orang datang hampir setiap hari?? ... cuba perhatikan di sekeliling kita..berapa banyak sungai yang telah kering?? )


3. Nabi s.a.w lahir di Mekah. Beliau membesar di Mekah. Keluarga baginda s.a.w juga berasal dari kota Mekah. Pendek kata, Mekah adalah kampung halaman nabi. sewaktu nabi dihalau oleh penduduk Mekah, kerana nak menyebarkan ajaran Islam, Nabi berasa sangat sedih. Baginda s.a.w berkata kepada bumi Mekah, beliau amat menyanyangi bumi Mekah ini. Andai nabi tidak dihalau keluar dari kota Mekah, beliau tidak ingin meninggalkan kota Mekah. Tetapi demi meyebarkan ajaran Islam, nabi rela. Oleh kerana nabi amant mencintai bumi Mekah, kita sebagai umat nabi Muhammad s.a.w pun patut mencintai bumi Mekah. Perlu ada dalam diri kita untuk bercita-cita pergi ke Mekah ..

4. Kerana menyebarkan ajaran Islam, nabi telah dihalau oleh penduduk Mekah. lalu nabi berhijrah ke Madinah. Penduduk Madinah menyambut baik kedatangan nabi dan para sahabat.

5. Nabi telah duduk di Madinah selama 10 tahun. banyak kemajuan yang diperkenalkan di Madinah. Selepas itu, nabi berjaya menawan balik kota Mekah. Tetapi nabi akhirnya kembali ke Madinah lalu wafat di sana. (ini menunjukkan nabi s.a.w searang yang sangat mengenag budi..Yelah, sewaktu nabi susah..dihalau keluar dari Mekah, penduduk Madinah menerima nabi dengan tangan terbuka. Kalau ikutkan, adalah lebih baik nabi s.a.w balik kekampung halamannya di Mekah..tapi baginda memilih untuk terus tinggal di Madinah).

Berlaku sedikit salah faham antara penduduk Madinah dan nabi s.a.w. Kisahnya begini:

-Kisah berlaku sewaktu nabi masuk perang yang terakhir sebelum kewafatannya. Menjadi kebiasaan, harta rampasan perang akan dibahagikan sama rata antara penduduk. Dalam perang tersebut, nabi telah memberi banyak harta rampasan perang kepada penduduk Mekah.

-Hal ini menyebabkan penduduk Madinah tidak berpuas hati. Ada kata-kata yang kurang enak, kononnya nabi melebihkan penduduk Mekah (ye lah kampung halaman ,berat sebelah lah pada pandangan mereka)-pilih bulu kata orang sekarang..

-Adalah seorang sahabattelah menyampaikan pada nabi, ketidakpuasan penduduk Madinah ini. Mendengar sahaja berita itu, muka nabi berubah menjadi sangat sedih. (Menyesallah si sahabat itu, kerana telah menyampaikan hal demikian kepada nabi.. tidak disangka nabi begitu sedih sekali..)

-Lalu nabi s.a.w memanggil semua penduduk Madinah berkumpul di suatu tempat. beliau ingin memberitahu mengenai harta rampasan perang tersebut.

-lalu nabi berkata " wahai penduduk Madinah, engkau mendapat lebih daripada penduduk di Mekah dapat.Mereka mendapat harta,, tetapi engkau mendapat aku..Adakah harta lebih penting.. dari diri ku?" (nabi wafat di Madinah)

-Cuba renungkan... andai nabi s.a.w tidak wafat di Madinah,tiada siapa yang akan ke Madinah.. sebab rukun2 haji semuanya diadakan di Mekah. kita ke Madinah..kerana ingin menziarahi makam nabi...bukan untuk melakukan rukun haji...

-maka menangislah penduduk Madinah, kerana besangka buruk pada nabi... Ini jelas menunjukkan pada kita, bahawa nabi seorang yang berfikiran panjang & amat mengenang budi. Walaupun baginda amat menyanngi Mekah..tapi beliau tetap menghargai budi baik penduduk Madinah.. sehinnga mengambil keputusan untuk menetap di Madinah..hinggalah wafat..

wallahualam..

Monday, July 14, 2008

Coti-Coti Malaysia...

Actually this vacation was a few weeks ago. Gambar diambil di hadapan rumah kelahiran P Ramlee di Penang. Ini first time ako p rumah p ramlee, walaupon dah bertahum dok kat Penang. Best jugak p sana, boleh la tau serba sedikit latar belakang P Ramlee nie. Actually, ako bawa anak sedara ako dari London jalan2 lar kat area Penang. So, depa teringin lar nak nengok rumah P Ramlee. So ako pon tumpang sekaki la, & jadi tourist guide arr kononn.. Besfrend ako si janip ni pon tak ketinggalan nak ikot serta..At firtst, nak tidor Jerejak...tapi fully booked, biasalah weekend..so kami pon stay ar kat Batu Feringgi..Much2 cheaper than jerejak...Sewa apartment.. Really packed with activities.. berkuda..rehat2 kat tepi pantai nengok matahari terbenam.., p night market..cari barang murah..& p butterfly farm..Tak sempat nak singgah ke Herba/Tropica Farm.. Orang cakap best.. Next time kot ...kite p..

Saturday, July 12, 2008

Kampung ku..


Last weekend, aku balik kampung dengan cousin.. lawat wan yang tak berapa sihat. Yealah dia baru kuar spital.Sempat ar aku bermalam di sana..tapi tak banyak mende yang aku buat.yealah nak berburak pon.. wan kadang2 tak cam aku (nampak sangat lar aku ni jarang balik kg!!! ish..ish..ish..).So..sempat lar berurut2 manjeee dengan wan.Mudah2an wan cepat sihat & mendapat redhaNya.. Amin..
So..actually gambar ni cousin aku yang tangkap.So aku "songlap" gambo2 ni dari blog dia ar... hehehe.sowii na.. aku takde cam.. henpon ako pun cikaiii nyerr.. so ako amik arr dari blog engkau... tak pe yea.. kampungmu.. kampungku jua.. hehehe...
Kadang2 rasa sedih bila terkenangkan zaman kanak-kanak dulu..riuh-rendah satu kampung bila semua balik berkumpul.berkelah kat bawah pokok jambu...sambil makan nasi & minum air kelapa... fuyyooo... tu belom lagi kes kejar yam..nak sembelih buat gulai...masih lagi teringat kami curi-curi mandi kat sungai tepi sawah.. bila nampak ular lidi...kelam-kabut larii...cousin2 laki pulak.. p berenang dalam peringi... uish..uish.. ganasss depa..So..yang pompuan lak p lah mengadu kat mak masing2.So apa lagi.. kena belasah lah depa..waah.. kecoh jadinya..tu belom lagi bab membakar lemang...masak rendang..kacau dodol.. wahhh.. tensenn gilerr waktu tue.. sebab kena tolong mak-mak kat dapor... padahal time tu lah banyak citer best2 kat tv(yealah time nak raya)..tapi sekarang ni bila fikir balik.... winduuuuuu sesangat suasana raya jaman budak2..(yealah.... mainnn je banyakkk)...dah tuo2 ..kenalah berubah ye dak?

Anakku..bukan anakku..


hehehe ..Ini gambar anak sedara aku..Puas dok mengeladah mail2 lama..akhirnya aku nampak lah gambar budak berdua nie... Nah.. aku tempekkan buat tontonan umum..Rindu ar.. mak cik jayah kat korang...Walaupun depa tak lah suker nar kat ako nih.. (pasal ako ni garang, bukanya garang tapi tegasss & berdisiplin... yeeehaaaa... poyosss sekejap..)

sambungan lagi..

Ayat 20

sifat manusia bila diberi kesenangan---- rasa diri dimuliakan Allah
Bila ditimpa kesusahan/kesedihan------rasa diri dihina Allah
Jangan begitu.. kesengan & kesusahan itu adalah ujian dari Allah. Harta tidak dapat memberi manfaat kita di akhirat. Yang penting hati yang bersih lagi beriman kepada Allah.

Ayat 23

manusia dikumpulkan di padang mahsyar. Lalu allah perintahkan malaikat untuk menarik neraka ke padang mahsyar. Sebanyak 70 ribu rantai & setianp rantai ditarik 70 ribu malaikat untuk menarik neraka menghadap allah.

Ngauman bunyi neraka sungguh menggerunkan manusia. Manusia sudah tidak mampu berdiri.. menggeletar ketakutan..lalu semuanya hanya mampu melutut. kala itu, ingatlah manusia pada kesalahan & timbul penyesalan yang amat sangat kerana sewaktu di dunia tidak mau beriman dan buat ibadat.

Sebenarnya, setiap manusia yang hidup ini telah berjanji pada Allah sewaktu di alam roh lagi.. (waktu itu.. kita tiada apa2 hanya roh semata.. lebih ringan dari sehelai sayap nyamuk..) allah tanya setiap pada kita ,"Bukankah Aku Allah, Tuhanmu?"Ya .. kita semua jawab dan janji dengan Allah (nak bertuhankan Allah, termasuklah orang2 kafir).Kemudian setelah allah mendengar janji kita, maka kita pun (roh2 ni) disimpan dan akan dikeluarkan mengikut giliran dan masa yang sesuai, untuk kita lahir ke dunia.So bila sampai ke dunia.. kita pun ulangkan kalimah shahadah itu (tidak berlaku pada orang kafir..langgar janji yang dibuat pada Allah).

Begitu juga, setelah nabi Ibrahim membina kaabah..nabi a.s telah berdiri di setiap penjuru kaabah dan menyeru semua roh dengan ucapan "Labbaikallahumalabbaik..!!".. kalimah yang kita semua pernah kata sewaktu di alam roh.."Kami datang Ya Allah, Kami pergi Ya Allah.. Menuju ke arahMu"


Oleh itu, sebagai umat Islam kita semua hendaklah berusaha untuk menepati janji kita pada Allah sewaktu di alam roh lagi..kalu kita tak berjanji pada Allah, kita tak menjadi manusia..mungkinkawan2 kita di alam roh.. ada yang jadi ayam..itik..bukit.. pokok..sungai..etc..

so, ingatlah kita kena tunaikan janji yang kita buat sewaktu di alam roh lagi iaitu:

1. janji menyembah Allah yang Esa
2.Janji nak pergi ke baitullah..(Makmurkan rumah allah).. Kalau dah berusaha tapi, tak dapat pergi tu, mudah2an Allah mengampuni kita..

Waallahualam...

Surah Al-Fajr

Sedikit catatan yang sempat aku tulih sewaktu kuliah pagi tadi.inilah serba sedikit rumusan. Moga-moga kita mendapat manfaat darinya.. Inshaallah..

1. Surah al-fajr ini juga bermaksud waktu pagi/ Subuh hari.Surah ini diturunkan di Mekah. Kata ustaz, surah2 yang diturunkan di Mekah banyak menceritakan perihal akidah. nabi S.A.w tinggal di Mekah selama lebih kurang 13 tahun, dan begitu giat memperbetulkan akidah penduduk Mekah.

2. Mengapa solat Subuh 2 rakaat? menurut kisah, nabi adam a.s telah di keluarkan dari syurga kerana melanggar perintah Allah. Maka Allah telah membuang nabi adam dan Siti hawa ke bumi di malam yang amat gelap. Kala itu.. tiada manusia pun yang menghuni bumi..Yealah, nabi adam kan manusia pertama yang di cipta Allah..So, nabi adam sangat ketakutan, kerana keseorangan.. dan Hawa telah dicampakkan di tempat yang jauh dengan adam.So, apabila terbit sinar Fajar, amat bersyukorlah nabi Adam a.s lalu bersujud kepada Allah, kerana malam sudah pergi. Lantas nabi adam a.s bersujud kali kedua kerana siang telah datang (cahaya).bayangkan kala kita memandu keseorangan di malam hari, melalui jalan yang sunyi dikelilingi hutan tebal.. tiba2 ada satu cahaya yang menyuluh kita..(mayb cahaya keta ka, lampu jalan ka..) tentu dalam hati kita berasa lega kan? Itulah fitrah manusia..sebab itu allah jadikan malam bersama sinar bulan(samar-samar) agar kita tak ketakutan.. Cuba kalo malam itu tanpa bulan... mau haru biru dibuatnya. (Ini menunjukkan bukti kasih allah pada kita)

3. Dalam surah ini juga Allah telah menceritakan perihal kaum Aad (Umat nabi Nuh).

- Rata-rata umur kaum aad adalah 1200 tahun
-Mereka mempunyai anak purata 400 orang
-Mereka berkahwin purata 1000 perempuan seorang
-Tubuh badan mereka sangat tinggi ( kira-kira 12 hasta)
-Mereka mempunyai pembangunan dunia yang sangat hebat
-Kerana melawan allah, mereka mati disambar kilat.

alkisahnya begini...

adalah seorang raja dari kaum aad. Beliau mempunyai 2 orang anak. seorang bernama shadat & seorang lagi bernama Shadit. Shadat ini hidup sampai umur 900 tahun, manakala Shadit ini mati awal.. (bila tu tak pasti arr pulak ako??)

Shadat ini telah menjadi raja. Dia sangat rajin membaca kitab2 dahulu kala, sehinggalah suatu hari dia terbaca bab syurga.Dia telah mengikut nafsu untuk membina syurga di atas dunia macam yang allah cerita dalam kitab.

dia bina istana dari emas, marmar dari batu permata, wangian dari kasturi (memakan masa selama 300 tahun untuk bina istana ini). Dia bina di suatu penempatan untuk para menterinya juga.semuanya bagaikan bangunan yang berkilauan.

Maka diarahkan semua menteri semua untuk berpindah.dan memakan masa selama 10 tahun untuk persiapan pindah.. (dahsattt tue.. kemas barang punye lama)..

kala nak berpindah (kira unta dok angkut barang & orang2), Allah turunkan halilintar, mati semuanya..tak dan nak duduk kat istana tu pun.. Hancur lebur semuanya.akhirnya, kalau tak silap.. adalah seorang pengembala yang kehilangan haiwan ternakannya.. mencari2 lalu telah memasuki kawasan istana yang tak berpenghuni itu..Begitulah kesudahan, shadat dan pengikutnya tak dan duduk kat istana rekaan mereka itu, sebaliknya pegembala pulak yang pernah merasa. so.. janganlah kita rasa kita ini lebih hebat..Putrajaya itu hebat.. KLCC hebat.. KLIA canggih.. sebab pembangunan yang orang dulu buat lagi hebat dari yang kita ada.. Itu pun allah telah musnahkan dalam sekelip mata andai kita.. takbur & melanggar perintah Allah.. waalahualam...

Monday, July 7, 2008

Renung-renungkan...


"Ya Allah.. jika dia jodohku Kau permudahkanlah .. dan jika bukan, Kau jauhkan lah dia dariku..
Dan jika perasaan ini menyanyanginya kerana Mu,Kau bantulah kami..
Dan jika ianya kerana nafsu semata-mata, Kau jauhlah ia dari kami.." -Amin_

Kadang-kadang kita rasa "dia" lah yang terbaik untuk kita, walau dalam hati kita sendiri tidak pasti. Kita sering takut menghadapi kenyataan.. dan biarkan diri kita terus hanyut dalam fantasia..itu lah insan yang bernama manusia.. kerdil lagi dangkal akalnya.. Bangun dan perbaiki kesilapan.. Jangan takut dengan kesedihan.. kerana yang pahit itu pengubat yang paling mujarab..Kadang-kadang, jika kita leka dengan kemanisan yang kita cipta.. takut kelak akan mendtangkan mudarat pulak...Iyalah.. dah banyak makan gula.. risiko untuk kencing manis.. *&%$#!!... blurrr.....

Tuesday, July 1, 2008

Chapter 1

Salam..


Today is my 1st day at a new department..Normally I'll be at work arnd 7.30 am, but today a bit late, arnd 8.00 am because need to report to a new boss at 8.30, then go for class training on IC process. Seems that I've forgotten a lot, some more I'm weak in that subject during study time.. so nampak eh.. lopeh ni kono ulangkaji ar.. silap ari bulan, kena amik tuition ngan hsemate lak.. So far, so good, boss ok jek.. & she assigned me 1 job, {berdoa aku banyak2 agar, orang tak tensen ajor ako nih!!}. so , mohon kemaafan sebab lamo tak nyinggah cni .. Doakan agar segalanya lancar buat diri ini ekk...

Oh yea, this week as planned will visit my granny .. actually last week balik Gumbakkk jek.. So mgu ni lah kot balik nogori...

So aku harap 2 sangat agar dapat buat yang terbaik, dengan izin Mu , ya Allah. Aku insan yang lemah, tanpa pertolongan dan hidayah dariMu, ya Allah..


Amin-----