Saturday, November 27, 2010

Knowledge is Power...

Salam semua...
sekadar berkongsi untuk direnungi bersama....

3 perkara yang tidak putus pahalanya pada si mati ialah:

i- Doa anak yang soleh
ii-Sedekah jariah
iii-Ilmu yang disampaikan & diamalkan..

Islam amat menuntut umatnya mencari ilmu., tidak kira lelaki mahupun wanita. Tuntutlah ilmu biar sampai ke liang lahad..

1- Al-Quran- sumber ilmu yang paling utama.
2-Rasulullah s.a.w- Tokoh ilmu yang paling utama
3- Menghadiri majlis ilmu umpama berada di taman syurga
4- Ilmu didapati dengan cara belajar. Tak ada pon yang lahir2 terus pandai. Nabi Adam a.s pon mendapat ilmu dari Allah yang diajar oleh Malaikat.
5- Seseorang dipandang mulia oleh masyarakat kerana kehebatan ilmu yang dimilikinya.

teringat suatu cerita pada zaman dahulu;

seorang lelaki pernah bercakap pada isterinya. Andai engkau x bleh cantik cam bulan purnama, maka aku ceraikan engkau. Maka si isteri itu pon, tempek lah segala macam benda ke mukanya..agar jadi cantik bak bulan purnama.. Namun usahanya itu gagal. tak dapat diubah menjadi cantik bak bulan purnama.. Lalu dengan sedih hati keluarlah si isteri itu dari rumah, kerana telah jatuhlah talak ke atasnya. Maka si suami berasa resah & bersalah sepnjang ketiadaan isterinya. Maka amatlah menyesal. Lalu dia pon berjumpa Amirul mukminin lalu menyatakan permasaalahannya. Lalu pemimpin itu pon bermusyuarahlah dengan alim ulamak akan status si suami ini. Setelah berbincang, maka sepakatlah para ulama' telah jatuh talak ke atas isteri yang malang itu. Namun, pemimpin yang adil itu perasan seorang ulama yang hanya berdiam sejak tadi. Lalu ditanyakan kepada pendapat ulama' tersebut. Lalu dibacakan surah At-Tiin, ayat 1-4, yang antara maksudnya "sesungguhnya manusia itu Allah jadikan sebaik-baik kejadian ". Maka beliau berpendapat bahawa, tidak jatuh talak, kerana rupa paras manusia adalah lebih baik berbanding bulan purnama. Lalu , pemimpin & ulama' yang lain bersetuju, & si suami itu bersama balik dengan isterinya. Di sini jelas, ditunjukkan pada kita bahawa, tanpa ilmu yang sahih, kita tidak dapat membuat keputusan yang bijak..

haaa.... jadi.. untuk menjadi orang yang dihormati hendaklah kita rajin menuntut ilmu. Ilmu yang dituntut, tapi tidak diamalkan umpama pokok yang lebat tetapi tiada buahnya. Jadi, Ilmu yang kite pelajari, hendaklah kita amalkan. Biar sedikit, asalkan berterusan..i'allah ia akan menjadi teman di kubur kelak..


wallahua'lam...

Saturday, October 16, 2010

Kau pergi jua....


Salam...

Kelmarin aku mendapat berita tentang pemergian seorang insan yang berhati murni. "Mama" panggilan diberi. Kenal baru 2 kali bertemu. Namun dapat dirasakan keakraban silaturrahim yang dibina. Hampir setahun, jarak pertemuan kami.. ya, setahun yang lepas, kami bergembira dan bercerita itu dan ini. Namun, apakan daya, bila perpisahan mengundang, masing-masing membawa haluan. Di waktu perpisahan, aku ada berjanji untuk datang sekali lagi.. Tapi bila..aku pun tak pasti..Dan akhirnya, berita permergian insan tersayang itu..benar2 menyentap hati.. Sedih melihat gambar kenangan yang minta dikirimkan.Disebabkan kesibukkan yang ntah apa2, aku terlupa lagi. Baru2 ini, aku dah sahabat, ingin menjenguk mereka, tetapi itu hanya tinggal perancangan. "Mama", umpama warden atau ibu di rumah Abu Nur, Pengkalan Hulu. Tiada siapa lantik, tapi beliau memikul tanggungjawab itu dengan penuh dedikasi. Anak2 yang dididiknya penuh disiplin. Mana tidaknya, seawal 5 pagi, anak2 itu sudah siap mandi & berpakaian untuk bersahur dan solat Subuh. Mereka juga manja dan menumpang kasih pada beliau.

Begitulah rentak kehidupan ini. Ajal dan maut telah ditetapkan tanpa silap sesaat. Kita kena pasrah dengan ketentuan Ilahi. Semoga roh "Mama" ditempatkan di kalangan orang2 yang solehah..Amin..

Sunday, October 10, 2010

Teruskan berjalan... Di sana sudah PASTI !!

Hidup ini umpama roda..kadang2 kita di atas, kadang2 kita di bawah...atau kadang2 terkeluar dari landasan lalu tersungkur jatuh ke tanah...bedebap.... ;(
Bila di renung2..pengalaman yang lepas..menjadi kita lebih tabah..walau dulu, kita begitu sedih dengan apa yang terjadi..Namun, lama kelamaan, perasaan sedih itu hilang..entah ke mana... jauh..

Kemudian Allah bagi kita kecapi sedikit kegembiraan.. Wah!! Seronoknya bukan kepalang.. Senyum memanjang...bagai tidur bermimpi yang indah...kalau boleh tidak mahu diganggu tidur..kerana keasyikan mimpi indah itu....

Lalu, kita dicuit...sedikit..diuji sekali lagi.. Duh... sedih bukan kepalang..Menangis? Untuk apa? Air mata yang takutkan Allah lebih berharga..dari menagis pada yang tidak perlu.. Yep.. kata orang..cakap memang mudah, tapi bila terkena batang hidung sendiri..haaa..baru tersentap..! Tapi..kita kena ingat, tujuan kita hidup..untuk mencari keredhaan Allah. Bumi hanya tempat persinggahan...akhirat yang kekal abadi.. Cuba bayangkan.. naik kereta perjalanan dari Penang ke KL contohnya..berapa byk R&R yang kita stop..pi makan lah..rehat or solat..tiba2 kita jumpa seseorang..berbual kosong..kemudian, kita teruskan perjalanan kita ke KL. 2,3 bulan lepas tu adakah kita boleh ingat exactly pasal org itu? silap2 kalau kita terjumpa orang tu kat tepi jalan pun, mungkin kita tak perasan. Gitulah juga hidup ini..di dunia hanya persinggahan..kita jumpa orang itu & ini..kemudian sesuatu terjadi...janganlah sedih sangat..sebab itu hanya sampingan..sebab destinasi kita ialah akhirat.. So.. kenapa nak difiki2 benda yang remeh...walhal tujuan utama kita untuk kembali kepadaNya..

Biarlah..Allah bagi kita sedih..sebab..Dia tau, kalau kita gembira sentiasa..kita banyak lalai..lupa.. lalu mati...terus penuh dengan dosa..Jadi..Dia bg kita sedih....supaya kita muhasabah diri..perbanyak amal..& inilah nama nya ujian Allah.. Adakah kita benar2 beriman.,jika kita tak sanggup diuji Allah??

Jadi..kesimpulannya..hidup ini hanya sementara...di sana menanti...tempat yang kekal abadi.. So; tekadkan di hati bahawa Allah bagi kita sedih kat dunia..sebab dia nak bagi kita bahagia di sana..Itupun jika kita redha & lebih mendekatkan diri kepadaNya..Selagi kita diuji..lebih dekat diri kita padaNya..Inshallah.. Semoga Allah mengampunkan dosa2 aku yang lepas..sekarang & yang akan datang..yang zahir mahupun yang tersembunyi...

Semoga Allah menjauhkan aku dari maksiat & dosa.... Amin-

Saturday, August 14, 2010

Ramadan -bulan penuh keberkatan....

Syukur ke hadrat Allah kerana kite masih lagi terpilih olehNya untuk bertemu Ramadhan kali ini.. Alhamdulillah...Semoga kita mengambil kesempatan yang diberikan dgn melakukan amal ibadah sebanyak mungkin, kerana takot2 jika ini Ramadhan kita yang terakhir.... Bila sebut Ramadhan, org akan terbayangkan kemeriahan hari raya, atau jualan murah sini sana, berpusu2 ke jalan TAR cari persiapan raya, paling tidak baju sepasang dua, itu ini habislah juga seratus dua..Itulah ragam manusia ...termasuklah diri ini.. ;(

Cuba kita renung balik, apa tujuan Allah jadikan Ramadhan itu bulan yang mulia..penuh kerberkatan..Mengapa tidak dipilih bulan2 lain?? Sebabnya mudah..kerana allah turunkan al-Quran di bulan Ramadhan..Disebabkan mulianya Al-quran yang diturunkan oleh malaikat jibril kepada junjungan besar Muhammad s.a.w., maka segala amalan kebaikan yang kita lakukan mendapat lipat kali ganda pahala oleh Allah. Teringat kata seorang ustaz, nak buat amal ini biarlah bijak, maksud gini, kalau kita rajin baca Quran di bulan2 lain, bila kita teruskan di bulan Ramadhan, maka pahala setiap ayat itu akan berkali ganda. Begitu lah caranya kita bijak mengumpul pahala. Buat sikit, tapi pahalanya berlipat ganda. Tapi perlu diingat, buat biarlah ikhlas kerana Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Penyanyang...

Terkedu sekejap dengar berita tentang..2 mangsa mati dihempap khemah sewaktu berniaga di bazaar Ramadhan, di Jasin (kalau tak silap lah..). Ni satu lagi fenomena org kita..Berpusu-pusu ke bazaar Ramadhan. Membeli itu ini..mengikut nafsu..haaa...tengok semua mmg sedap,tapi selepas berbuka..banyak nya yang membazir..rasa entah ke mana, duit banyak membazir..
Rasanya masak sendiri lebih jamin mutu, kerbersihan dan halalnya.. ;)
untuk para peniaga ,janganlah terlalu taksub meniaga hingga lupa tanggungjawab pada Yang Esa. Kaya mana sangat lah yang nak dicari, hakikatnya rezeki itu adalah pemberian Allah..

Errm..bila Ramdhan, tentulah berkait dengan solat tarawikh. Ini pon satu hal juga masyarakat kita ni.. Ada pulak yang dok tengok, pahala malam mana yang best baru nak buat.. aduuuiiyaii.. nampak nar tak ikhlas beribadat. Lagi satu, heboh pulak bilangan rakaat yang dibuat, kononnya lagi banyak lagi bagus. Alhamdulillah, di tempat saya, surau nya ada kesedaran, diselitkan tyazkirah antara solat tarawikh tu. Banyak juga teguran dan nasihat yang diberi. Antaranya, solat witir, kebyakkan kita hanya tau, witir itu sinonim dgn tarawikh. Walhal, solat witir adalah sunat muakad yang dianjurkan nabi s.a.w. sebelum tidor..Ada lagi, yang bagi alasan, kononnya nak bangun malam, sebab tu tak nak buat witir siap2. Padahal boleh aja, dilakukan sunat2 lain selepas witir..cuma tidak ada 2 witir dalam satu malam..

Ini sekadar renungan buat diri ini dan pembaca sekalian..Mudah2an kita merenung kembali amal kita sebelum kita menghadap Pencipta Yang Maha Agong.. Moga Ramadhan kali ni, kite perbaiki amalan & beramal sebanyak mungkin. Jadikan lah Ramadhan titik peribahan untuk kita mendekatkan diri kepada Allah..

Teringat kata seorg ustaz..diambil dari blog kawan...;)

"Bagaimana bermula, tidak penting..tetapi bagaimana berakhirnya hiudup ini..."


Renung2kan dan selamat beramal....

Selamat menjalani ibadah puasa...

Saturday, May 29, 2010

Masih ada yang sayang.....

Last week, aku dapat emel from my cousin pasal seorang ibu muda yang merayu bantuan untuk kos operation anaknya yang sakit jantung. Ini bukan kali pertama aku dapat emel seumpanya. Biasanya aku baca kisah2 tu, rasa sedih & berlalu. Aku hanya tolong forwardkan emel pada sahabat handai, mungkin ada yang ingin menghulur bantuan. Di takdirkan, kakak aku terbaca emel tu, dan lantas dia mengajak aku ke rumah adik kecil itu. Ok lah, memandangkan Jumaat public holiday (Wesak), dan aku pun tada apa2 plan yang penting, lagi pula rumah adik daniel berhampiran aje dgn rumahku. So, kami pon plan untuk ke rumah si kecil pagi Jumaat. So, memandangkan cuti, aku risau jika ramai org yang berpeluang untuk menziarahi adik tu, so aku soh lah minah ni siap & jumpa somewhre berdekatan tepat jam 8.00 pagi. Alkisahnya, si kakak aku nih pon, msg kata dia dah on the way. Aku pon bergegas siap. Tapi tak nampak2 btg hidungnya. Bila telepon, rupanya baru nak siap,bangunkan anak2 dia.. So just imagine... berasaplah kepala aku dgn minah..ni, Dia cakap tersalah msg..adusssss..hanginn satu badan..Errmm...sempatlah berperang mulut pagi tuh..dush..dush.. At last, dia cakap..dia datang ramai dgn anak2 dia, aku sorang mestilah cepat..bla..bla..bla.. Ye lah kau menang!! ;-P

Ok..back to adik daniel..Ketika kami sampai, setelah sesat-birat..(hihi..nama jek dekat, tapi tak pernah pegi situ), akhirnya ketemu jua dgn adik kecil nih.. Sayu tgk.. umurnya 3 thn, tapi badan kurus..kepala besar (aku lupa lak apa nama pnyakit nih...macam air penuh kat dlm otak..errr...i'm not so sure, about it..), & bleh tgk jantung adik nih..ngeri sgt..Keluarga ni agak susah..kat area penempatan perkampungan OKU, sebelah Putra Height ..( betul2 belakang flat kat dalam Putra Height tuh).Mengikut ibu adik Daniel nih (Maz Izati), beliau memerlukan lagi beberapa ribu untuk kos operation tu yg di jangka buat 9 June ini. Ayah adik nih, keje kat kedai basikal, somewhre thre. atok adik ni plak, adalah OKU. So, kira ayah dia menyara 2 orang istimewa kat rumah tu. Tentulah banyak guna kos gitu,gini..

Kebetulan, waktu kami tiba, org TV3 pon baru sampai..Hajat di hati memang nak stay lama kat rumah adik tu..tapi macam malas plak, ada crew2 kat situ, sebok mengeluarkan peralatan kamera..etc..so kitaorang pon, cepat2 masuk & jumpa keluarga Si kecil tu. Dan bergegas balik, sempat pulak..abg cameraman tuh soh tunggu...sembang2..hihi..idok lah teman (mlam tadi ada kuar news pasal kisah adik nih..). So, inshallah, aku cadang nak jenguk lagi adik ni, sebelum dia pi operation tuh.

Friday, April 30, 2010

Mencari Pasangan Hidup...


Assalamualaikum w.b.t



Alhamdulillah, kerana diberi kesihatan oleh Allah untuk menulis pada kali ini.Rasanya sudah lama benar, aku tidak menulis di ruangan ini.


Mencari pasangan hidup- sebuah buku yang harus dimiliki oleh setiap insan, sama ada yang sudah, belum atau yang sedang menuju ke alam perkahwinan. Kupasan isi yang cukup menarik & agak berbeza dengan buku2 pasal perkahwinan yg pernah aku baca sebelum ini. Kalau yang biasa kita baca pasal buku2 ini, majoritinya menekankan alam perkahwinan yang indah2 & tanggungjawab setiap pasangan...etc.. Namun, semakin dibaca buku ini, kita dapati penulis memandu kita agar mempersiapkan diri dengan ilmu & takwa kepada Allah, sebelum kita memikul another tanggungjawab..iaitu sebagai suami (ketua keluarga), isteri sebagai penasihat dalam memastikan anak2 diacu dengan acuan ISLAM yang sebenar!!


Wah!! Semakin dibaca, penulis membawa kita untuk muhasabah diri dengan sebenar2 Iman di dada. Agar kelak, bila berumahtangga, kita benar2 tabah bila diuji Allah. Rumahtangga yang bahagia, bukanlah yang tidak pernah di landa badai. Cuma, bagaimana kita menangani menurut pandangan Islam. Diakhir bab, diselit sedikit sketsa penulis ...ermm..seolah2 kita turut dimasukkan dalam sketsa itu...Pembacaan yang sebenarnya berat, namun diringankan/ dimudahkan melalui kreativiti penulis.



Kreativiti penulisan yang lahir dari jiwa anak muda, yang cintakan ISLAM & suka berdakwah. Sememangnya perlu dibaca oleh setiap manusia yang inginkan perubahan dalam hidupnya, agar benar2 berada di landasan yang lurus!! Insyallah..
Terima kasih Allah, kerana beri aku peluang untuk muhasabah diri ini... Insan lemah yang penuh dosa......