Sunday, October 26, 2008

Surah Al-Bayyinah

-Surah ini diturunkan di Madinah
-Al-Bayyinah---> keterangan; hujah ; bukti.
-Ada 8 ayat


Ayat1:

Di dalam kitab Taurat & Injil, telah diterangkan dengan terperinci tentang nabi akhir zaman.
Namun ciri2 nabi itu telah dipinda oleh paderi2 untuk kepentingan mereka sendiri. Selama ini para paderi merupakan orang yang disanjung tinggi oleh masyarakat. Selepas nabi lahir, mereka bimbang akan pengaruh mereka akan berkurangan lalu sebab itu mereka pinda cerita pasal nabi. Maka para paderi itu telah berbalah & berpecah. Ada yang mahu pada kebenaran (Islam) & ada juga yang ingkar.

Ayat2:

Rasul s.a.w membaca kitab Allah yang menyucikan daripada syirik. Allah tak ampun dosa syirik, jika mati wajib neraka, haram syurga.

Ayat3:

Pada kitab itu (Al-Quran) tersurat segala hukum Allah yang adil. So bagi sesiapa yang tak laksanakan hukum Allah itu--------> zalim

Ayat4:

Ahli kitab itu orang yang mulia sebelum kedatangan nabi S.a.w. Mereka mengenali nabi dengan teliti & terperinci, seperti yang diceritakan dalam Injil & Taurat.Mereka pinda tentang sifat2 nabi demi untuk kepentingan mereka. Mereka berpecah sesama mereka. Ada yang pilih kebenaran & ada yang ingkar. Salah seorang ahli kita iaitu Ka'ab Al-Abab telah memilih kebenaran & beliau merupakan sahabat nabi yang paling mulia.


Ayat5:

Allah perintahkan kepada kita untuk sembah Allah semata-mata. Ikhlas & bebas daripada syirik Kita buat ibadat yang disuruh oleh Allah & diajar oleh nabi. Kalu kita tak buat seperti yang disuruh; bermakna kita sesat...
Jika ada orang yang berkata; mengapa orang Islam sembah kaabah (samalah seperti yang mereka sembah berhala). Sebenarnya kita bukan menyembah batu kaabah itu. Kita hanya menghadap kaabah kerana patuh pada perintah Allah. Andai kaabah itu dialihkan; kita tetap menghadap pada tempat asal kaabah. Kita buat ibadat sebab Allah suruh-----> taat

Allah pentingkan 3 perkara dalam ayat ini..iaitu solat; zakat & ibadat semata2 kerana Allah. Itulah agama yang betul. Kenapa Allah tak sebut lagi 2 perkara (Puasa & haji???).. sebab.... jika kita jaga solat; keluar zakat; ibadat semata2 kerana Allah..nescaya kita akan buat 2 perkara itu. Namun; belom tentu orang yang berpuasa p haji... boleh gerenti dia jaga solat & keluar zakat.. cuba lihat sekeliling kita.. berapa ramai orang yang p haji..banyak berpuasa tapi tak solat & tak keluar zakat..malah syirik pula pada Allah...Itu pasal Allah..tekankan 3 perkara asa tadi.. Kalu kita bleh jaga 3 perkara itu, inshallah kita kan buat yang 2 perkara tersebut..


Ada 3 martabat ikhlas:

1. Kita letak Allah sebagai matlamat kita-------->( Martabat yang paling tinggi). Kita buat sesuatu sebab Allah tuan empunya kita. Kita sayang pada tuan yang buat kita. Kita patuh pada suruhan tuan kita.Kita tak mau balasan; sebab kita amat bersyukur pada apa yang tuan beri pada kita..

2. Buat sebab nak pahala; takot dosa----> Kita buat sesuatu sebab mengharap pahala, bukan ikhlas sangat pada Allah. Contoh, kita buat solat malam tarawih kerana nak pahala lailatul qadar; malah ada yang lebih teruk siap tengok pahala malam mana yang paling best..batu nak buat ibadat...

3. Buat sesuatu sebab ada kelebihan. Contoh; kita mengamalkan ayat 1000 dinar agar maju dalam biznes..baca surah al-waqiah sebab nak murah rezli..pelajari ayat2 quran untuk tujuan berubat/niaga.. (Ini kira ikhlas yang paling low classs lah)


So kita di mana?? atau langsung tak tersenarai dalam di atas...??? nauzubillah.. Andai kita ditahap terbawah; marilah kita perbaiki diri agar dapat menaiikan martabat keikhlasa kita pada Allah; Tuhan yang menjadikan kita semua juga berkuasa di hari kemudian.....



Ayat 6:

Orang2 kafir & ahli kitab (Yahudi & Nasrani) akan dilemparkan ke dalam neraka buat selama-lamanya.Kerana ahli2 kitab itutelah dihebahkan tentang Islam; namun mereka tetap degil lalu menafikannya. Mereka itulah sejahat2 makhluk.(menyeleweng kitanb Allah (Injil & Taurat) & menyekutukan allah (golongan musyrikin).

Ayat 7:

Orang yang beriman & beramal soleh & buat ikhlas semata-mata kerana Allah. Itulah sebaik2 mnauisia.

Ayat 8:

Balasan Allah----> syurga Adn, yang dibawahnya mengalir sungai2 arak(x mabuk & x berbau busuk, tapi sangat nikmat)Kekal di dalam syurga bersama nikmat selama-lamanya...

So kita kena jadikan Allah sebagai matlamat kita----> buat ikhlas semata2 kerana Allah
-------> terpulang pada Allah untuk bagi pahala kepada kita . Ingat status kita sebagai hamba..Itupon kalau Allah reconize kita ni hamba Dia...

No comments: