Sunday, March 30, 2008


"Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, buat ku. Lindunglah daku daripada kejahatan yang aku buat. (tak layak untukku terima rezeki, sihat badan dan pelbagai macam nikmatMu). Janganlah bala' aku. Aku mengakui Ya Allah, Engkau kurnia padaku nikmat yang cukup banyak. Aku mengaku juga Ya Allah, dosaku juga cukup banyak. Ya Allah, tolonglah ampunkan aku, kecuali Engkau saja Ya Allah".... Amin..

Yang jelik & Yang Pelik..

1- Kita rasa segan/malu bila p kenduri kawen dgn tangan kosong. Tuan rumah pula seperti ceti yang mengutip hutang- kerling angpow sewaktu bersalam. Walhal tujuan kenduri itu untuk berkongsi kegembiraan disamping menjamu tamu.Mudah2 an mendapat barakah & pahala dari Allah. Tapi yang jeliknya, majlis kenduri itu umpama bisnes dan tempat untuk bermegah2.Takut2 pahala tiada, dosa pula yang dapat. Disebabkan sikap masyarakat ini, orang miskin yang tak mampu,malu untuk menghadiri majlis kita. Tak best la macam nie. Ada yang bersedih di atas kegembiraan kita. So mai pakat ramai2 p kenduri tak yah bagi angpow. Kalu setakat hadiah tu ok, tapi tak yah lah dok harap..

2-Ada segelintir orang Islam yang sanggup mengatakan Al-Quran tidak lagi sesuei untuk zaman moden nie. Dah ketinggalan kononnya. Tapi yang peliknya, kenapa masih nak bernaung di bumi/ langit ciptaan Allah ni. Yang sememangnya diciptakan Allah sebelum wujudnya nabi Adam lagi. Padahal Al-Quran diturunkan di zaman nabi S.A.W. Kalau dah tolak hukum Al-Quran, silakan cari bumi/ langit lain yang tak ketinggalan jaman... (Fikir dulu sebelum cakap).. Pelik! Pelik!

No comments: