Tuesday, May 20, 2008

Saat ini

Tika dan saat ini.. aku kesedihan. Rasa kosong. Badan terasa sakit sangat.. especially kat bagian bahu..kata orang.. stress sangat tu. Yelah.. terlalu banyak mende yang aku fikir.. risau.. Aku teringat kata-kata seorang ustaz, kita ni terlalu risaukan kehidupan di dunia, sehingga memandang sepi kehidupan akhirat yang kekal abadi. Kita akui, akhirat itu tempat yang kekal abadi.. tapi adakah kita benar-benar bersedia untuk pergi ke sana? Cukop kah bekalan kita? Cuba lihat sekeliling... berapa ramaikah orang2 yang suatu ketika dulu ada di dunia.. tapi kini... telah menuju ke suatu alam baru, sebelum menuju ke kampung akhirat.. mungkin ibu..bapa.. nenek..datuk.saudara-mara..kawan-kawan..anak-anak kita yang lebih dahulu mendahului kita? adakah kita dengar khabar berita dari sana.. baik kah mereka.. amankah mereka.. atau sebaliknya? kita patut bersyukur kerana di berikan Allah.. peluang untuk kita bertaubat.. perbaiki kesilapan yang lalu.. Tapi masih ramai antara kita yang terpedaya dengan tipu daya syaitan.. kita lemas dengan keseronokkan dunia.. leka buat maksiat.. seolah2 tiada balasan untuk itu.. mati kita, hancurlah menjadi tanah... dimamah ulat..Sepi kuburan...


TIDAK.... setiap amalan yang kita buat pasti akan dihisap.. walau sebesar zarah.. Benarlah janji-janji Allah.Allah jadikan Adam daripada tanah..dan manusia daripada air mani hasil hubungan lelaki + perempuan.seterusnya menjadi segumpal darah lalu membentuk daging..dalam masa yang ditetapkan.. ditiupkan roh dan seterusnya keluar dari perut ibu untuk melihat kebesaran Allah.

setiap kita yang hidup di dunia ini.. PASTI.. akan melalui beberapa fasa sebelum kita kembali berjumpa Pencipta Yang Maha Agung. Allah azzawajlla..

kita akan melalui beberapa fasa selepas alam dunia ini..iaitu...:
Mati-----alam kubor-----bangkit dari kubor--------Hisap amalan-------------Titian sirat----Syurga/ neraka.

bayangkan berapa banyak lapisan yang kita akan lalui. Adakah kita benar-benar bersedia.. gerun..untuk meneruskan perjalanan seterusnya? Kadang-kadang kita rasa cam hidup ini 2 lapisan aje.. hidup-----mati. Tidak sama sekali..!! Allah dah peringat kita dalam ayat2 di dalam al-quran.Cerita-cerita syurga/neraka.. Titian sirat.. pahala dosa? Tapi adakah kita mengambil iktibar dari kisah2 Firaun..Qarun..etc..

Bagaimana lamanya kita hidup di dunia, begitulah kita kan hadapi sekali untuk di alam barzakh. Makan kita.. pakai kita.. tempat tinggal kita? Bagaimana rupanya. Kita pergi sehelai sepinggang. Kain putih menyelimuti tubuh yang kaku. Bayangkan kalu kita pergi jalan jauh..tanpa bawa bekalan.. pakaian. bagaimana rasanya? Duit tak de..makan tak de..Mana nak tidur..mana nak makan.. Susahkan..tapi itu di dunia masih boleh minta belas dari orang ramai.. Tapi di alam barzakh..hanya amalan baik saje yang dapat menyelamatkan kita... Masya Allah...

So.. aku nak mengingatkan diri ini..dan pembaca sekalian marilah kita muhasabah diri. Manusia memang tak lepas dari melakukan kesilapan. Aku pun gerun bila dengar ustaz citer. Nak dengar lagi.. kang aku sambong...

No comments: