Sunday, October 19, 2008

Surah AT-Tiin (Kayu Tiin)

Salam semua... Nampaknya dah berminggu aku tak menulis.. Syukur pada Allah, pagi ini diberikan aku kekuatan untuk berkongsi dengan korang semua sedikit sebanyak dari tazkirah yang lepas-lepas.

Ok lah, kali ini mari kite lihat kupasan dari surah AT-Tiin.
- Surah ini diturunkan di Mekah (sebelum nabi berhijrah ke Madinah)
-Ada 8 ayat
-Antara surah yang nabi s.a.w gemar baca.

Ayat 1,2,3:

Allah bersumpah atas buah tiin, zaitun dan bukit thur (gunung Sinair) dan negeri Mekah yang aman. Allah bersumpah pasti ada sebabnya & bersumpah itu hanya untuk perkara yang besar2 (penting). So tak boleh kita nak bermain2 sumpah dengan perkara yang remeh temeh.

Buah tiin ---> sejenis buah yang digemari oleh orang2 arab.Khasiat buah ini juga dapat menyembuhkan buasir, ruam, panau.

Zaitun----> Ambillah manfaat dari buah zaitun kerana pokok zaitun adalah yang sangat berkat.

Bukit Thur---> Tempat nabi Musa berkata2 dengan Allah.

Ayat 4:

Allah bersumpah yang Dia jadikan manusia dengan sebaik2 kejadian. (so haram buat ubah suai muka untuk mengubah ciptaan Allah).

Tersebutlah suatu kisah pada zaman dahulu;

- Ada seotrang laki2 bernama Isa bin Musa (bukan nabi Isa ya..), yang sangat kasih pada isterinya.
Ditakdirkan suatu hari, dia berkata kepada isterinya aku ceraikan kau talq 3 jika kau tak boleh buat lebih cantik dari bulan purnama.
_ Sang isteri sangat terperanjat, lalu mengasingkan diri dari suami. (kerana dia yakin tak bleh nak adjust dah muka cantik cam bulan purnama).
Lalu isteri kata padanya , engkau telah menceraikan aku (cerai taklik).
-Pada keesokkan malam; si suami gelisah dan tidak dapat tidur & menyesal atas tindakkannya. Yelah biasa berdua, kini keseorangan..
-Lalu, keesokkan pagi, dia berjumpa khalifah Al -Mansur dan ceritakan permasaalahannya.
-Khalifah pon minta pandangan alim-ulama'.
-Lalu ulama' semua setuju bahawa isteri laki2 itu telah jatuh talaq.(sah cerai)
-Dalam masa yang sama, ada seorang yang sangat alim (Sahabat Abu Hanifah), dia tak cakap apa2. Senyap je.
-Khalifah perasan lalu tanya, kenapa kamu diam.
-Orang alim itu menjawab(dia baca surah at-tiin ayat1-4). Sesungguhnya manusia itu lebih cantik dari segala kejadian (termasuklah bulan purnama). So tak jatuhlah talaq itu.

Nampak tak betapa bijaksana & cantiknya pendapat alim ulama yang berpandukan al-quran.. Kan bagus, kalu pemimpin la ni ambil ikhtibar dari kisah2 zaman dolo kala...


Ayat 5:

Allah jadikan manusia yang paling bawah (pada satu peringkat)---iaitu apabila sampai usia hina (tua). kecantikkan tak kekal---tua, berkedut, kecut, hodoh, dan tiada gigi, lagi tuli, rabun dan bodoh , keras lidah, kotor kain baju, amalan kurang.. (semua nikmat ini ditarik oleh Allah).
So nak beramal jangan tunggu hari tua..

Ayat 6:

Allah pujuk balik orang2 tua..(yealah tadi dan allah hina mereka macam2 ).. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh.(tua mana pon tak apa). Bagi mereka itu, pahala yang tak putus2. (walau amalan kurang, asal dia beriman & beramal soleh). Contohnya begini: Sewaktu muda rajin buat ibadat, bila dia tua (nyanyuk)- Allah tetap bagi dia pahala cam dia buat ketika dia sihat (muda). Kita dinilai waktu kita sihat, apa amalan yang kita buat, so jika dah jatuh sakit.. namun ketika sihat tak pernah buat amalan, camner ? So hidup kena berhati-hati. Jangan tunggu kemudian hari (takot2 sakit dan terus matii) tanpa sempat buat amalan baik...

Ayat 7:

Allah tanya; apa yang menyebabkan engkau (kafir) tidak beriman pada Allah? Tentang bangkit kubur, hisab, hari Qiamat...?

Ayat 8:

Yang berdosa--------> neraka
Yang beriman--------> Syurga

Allah adalah Hakim Yang Maha Adil...

So, diharap bila kita baca surah at--tiin ini, kita dapat bayangkan kisah yang Allah ceritakan. Allahkah beruntungnya bagi yang mahir bahasa Al-Quran kerana dapat mengetahui pelbagai kisah & peringatan dari Allah.. walaupon kite tak mahir, tapi sekurang2nya kita dapat tau surah ini mengisahkan tentang apa..

Semoga mendapat manfaat.. Renung2 kan diri ini...

No comments: