Saturday, June 7, 2008

Tazkirah lagi...

Tahukan anda??

1. Kita hanya boleh berkongsi dengan orang kafir dalam bab muamalat (urusan jual beli- bleh berkerja dgn mereka, berkongsi niaga). Tapi ingat TIDAK dalam hal-hal seperti:

a) Munakahat- perkahwinan (kedua2nya mesti Islam, baru sah nikah)

b)Ibadat-Hukum Hudud hanya dikenakan ke atas orang ISLAM sahaja. Jadi, tiada sebab mengapa non-MUSLIM mesti takut bila hudud di jalankan, melainkan depa mendapat maklumat yang salah mengenai HUDUD itu.

c)Upacara keagamaan & perayaan- Jadi dalam Islam tiada istilah "Kongsi Raya" ok..

Ingatlah;
" Bagimu agamamu, & bagiku agamaku".. Inshaallah.. yang sedikit itu adalah yang terselamat

2. Khilaf dalam Islam membawa banyak faedah. Contohnye, bila kita p Mekah.. Kita boleh guna pendapat Imam Malik, di mana kalau tesentuh kulit laki2 + perempuan tak batal wuduk. begitu juga, ada khilaf yang mengatakan bacaan tahlil itu tak sampai pada si mati. Ada juga yang berpendapat sebaliknya. So yang penting.. terpulang pada masing2. jgn berdebat pasal khilaf sudah lah.Sebab dalam ilmu fekah memang banyak khilaf. aku pon baru tau khilaf tu apa? jahil betul lah aku!! (Malu..malu..)

3. Amalkan Surah al-waqiah setiap pagi sebelum p kerja. inshallah.. dengan izinNya, akan murah rezeki.. Berdoalah pada yang ESA.

4. Allah jadikan langit & segala isi bumi ini selama 6 hari. kenapa makan masa yang lama, padahal Allah boleh buat dalam sekelip mata.. Kun fayakuunn.. sebabnya, allah nak ajar kita buat sesuatu benda jgn kelam kabut, mesti cermat .Namun ada beberapa benda yang boleh dibuat secara kelam-kabut (bersegera) iaitu:

a)Urusan pengebumian jenazah
b)bayar hutang
c)Khatan anak2 lelaki-se awal mungkin
d) Kahwin anak2 gadis cepat2

No comments: