Saturday, May 3, 2008

Tazkirah lagi..

Hikmah baa dalam ayat bismillah..



Kenapa kita di suruh baca bismillah untuk setiap menda baik yg kita buat? Kerana ayat al-Quran pun dimulakan dgn Bismillah...Kita akan mendapat rahmat dari Allah.



Cuba perhatikan.. Bismillahirr rahmaanirr rahiimm yang bermaksud " Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Kasih Sayang"...

Kebiasaanya, perkataan "dengan" mesti terletak di tengah-tengah ayat.betul tak? Tak lengkap suatu ayat itu jika dimulakan di awal ayat perkataan "dengan"



Contoh:

1. Dengan kereta

2. Dengan isteri

3. Dengan Ali

boleh paham dak, dengan ayat-ayat di atas? Tentu tidak kan.. Tapi.. lihat contoh nie plak;

1.Saya datang ke sekolah dengan kereta

2.Pak ali ke pekan dengan isteri

3.saya bermain badminton dengan Ali.



haa.. kalu cam nie.. baru boleh paham kan.. Jangan risau, bukan nak ajor Bahasa cuma nak jelas kan di sini. Apa-apa ayat tak buleh dimulakan dengan di depan. Sebab tak boleh di pahami.. Tapi kenapa ayat Al-Quran tu dimulakan dengan di depan? sebab di kepala ayat tu kite sendiri lar tambah.. kalu diletak.. Iqrak bismillah.. nanti orang akan paham bismillah hanya bila kita nak membaca sahaja. Padahal nak buat apa saje benda yang baik.. mulakan dengan bismillah. bermakna, sebelum nak buat sesuatu yang baik.. tune dalam otak kita cth: Aku masak ini dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah, Lagi kasih sayang.. Gitu juga nak mulakan menaip ker atau apa saje..Niat apa yg kita nak buat disusuli dgn bismillah..

Aku pun baru dapat ilmu nie. Selama ni buat tapi tak paham.. Harap2 dapat berkongsi dengan semua.. Inshaallah..

Buatlah sesuatu amalan, biar sedikit tapi istiqamah.. Renung2 kan!!

No comments: