Friday, November 20, 2009
Pentingnya Ilmu dalam kehidupan...
Saturday, October 17, 2009
Sambungan Al-Baqarah (bab Haji)
Raya 2009.....
Sunday, September 13, 2009
Kunjungan kali ke 2- Kediaman Abu Nur
Moga mendapat hidayah dalam meningkatkan iman & takwa adik2..
Zikir jap...
Antara calon2 pilihan ..ehem..
Sahor di hujung waktu!!
Tuesday, September 8, 2009
Asal Usul Sihir..
Lagi sambungan Al-Baqarah (ayat 99- 105).
Ayat 99:
Yhaudi kata: Muhammad itu mukjizat apa pon tak de.
Lalu , kata Allah: Kami (Allah) turunkan byk bukti2 kebenaran, mukjizat nabi s.a.w.. Orang Yahudi tolak kebenaran.
Ayat100:
Takkan nak allah turunkan setiap ayat quran, untuk ikut nabi s.a.w. (baru nak ikot). Ceritanya... mereka Yahudi jadi jahat sebab taknak ikot nabi s.a.w.
Ayat 101:
Kalau betul2 (Yahudi) kata pegang Taurat, jadi tentu mereka ikot nabi s.a.w. Mereka bohong,mereka letak Taurat di belakang mereka (maksud- x ikot ajaran Taurat). Seolah2 mereka tak tau ajaran dalam Taurat (tentang nabi s.a.w, al-quran)
Ayat 102 (Asal Usul Sihir)
Ayat 102-105 (untuk yang dah terkena sihir, amalkan..yang tak kena pon boleh amalkan.)
Inshallah terselamat kite dari sihir (Amalkan sbg benteng kite dari terkena sihir)
-Dan telah mengikut mereka itu (Yahudi) baca yang dibaca oleh Syaitan di masa kerajaan nabi Sulaiman.
-Sihir berasal dari Yahudi.
-Syaitan tanam satu tulisan dibawah kerusi nabi Sulaiman. (Mukjizat nabi sulaiman boleh berbicara dgn binatang, jin & manusia).
-kejadian berlaku ketika Allah cabut kekuasaan nabi Sulaiman selama 40 hari. (di masa inilah syaitan ambil kesempatan menanam sihir di bawah kerusi beliau).
-Lalu bila nabi Sulaiman wafat, lalu syaitan bawa keluar kertas (ilmu sihir yang ditanam syaitan).
-Lalu syaitan korek bawah kerusi nabi Sulaiman, lalu cakap inilah warisan peninggalan nabi Sulaiman.
-Llau (Yahudi) belajar ilmu sihir, dgn kata itu peninggalan nabi Sulaiman.
-Mereka buang semua kitab2 nabi, lalu amalkan sihir yg ditinggalkan nabi sulaiman.
-Lalu Allah turunkan ayat, bahawa nabi Sulaiman itu bebas daripada tuduhan sihir.
Org2 Yahudi tuduh nabi s.a.w itu pon amalkan sihir (cam nabi Sulaiman).
_Allah kata, nabi Sulaiman x kufur.Jgn tuduh nabi Sulaiman amalkan sihir.
-Jampi serapah/sihir--> bukan amalan nabi sulaiman. Syaitan yg fitnah.
-Lalu Allah terangkan, bukan nabi Sulaiman yg kufur, tapi SYAITAN yg KUFUR!!
-Syaitan yg ajar manusia akan sihir.
-Ilmu sihir ada, nabi s.a.w pon pernah disihir.
-Siapa yg kata? Allah yg kata.
-Asalnya Allah turunkan ilmu sihir tu pada malaikat Harut & Marut.
-2 malaikat itu tau ilmu sihir tu utk potong sihir itu, bukan utk kenkan org.
-Jangan belajar ilmu sihir..No 1 Allah benci:
1. Buat sihir utk benci suami isteri.
-tiada mereka tukang sihir itu boleh memberi mudhorat dgn izin Allah.
-sapa2 belajar sihir-> kufur
-x blajar sihir-----> mukmin
-boleh rosak akidah, zalim org..
-Org Yahudi ambil ilmu sihir, ganti dgn kitab allah.
-Jgn mimpi (Yahudi) nak masuk syurga, sbb kamu x ikot suruhan Allah.
-Sejahat2 mereka itu, sanggup jual hak btul ,ambil sihir (jual agama, krn dunia.)
-Kata Allah, kalau kamu tau, slpas drp mati kamu akan diazb sbb amalkan sihir, nescaya kamu x akan beramal sihir.
eg: so lately ni byk bomoh yg kata boleh menengok dsbgnya. So, jgn terpengaruh..takot2 rosak akidah..
Ayat 103:
Dan jika mereka itu beriman, sesungguhnya pahala di sisi Allah lebih untung dari kamu beramal sihir. (Janji Allah pada org yg meninggalkan benda karut/sihir ni).
Ayat 104:
Wahai org beriman. Jgn kamu kata Rai'na pada nabi s.a.w.
Rai'na--> dlm bah arab , beri perhatian penuh. setiap kali nabi s.a.w. cakap, sahabat akn menyahut dgn berkata rai'na.
Allah larang org beriman cakap rai'na spas ini.
Rai'na dalam bah Yahudi---> maki hamun
-Sebab bila org2 arab cakap rai'na pada nabi, mereka (Yahudi), seronok sbb mereka paham org2 beriman dok maki nabi. (dlm bah Yahudi lah).
-pastu nak kata apa?
-Kata olehmu unzur'na, (maksud.. kami tengok, kami beri perhatian).
_so, perkataan rai'na itu diganti dgn unzur'na.
_bagi segala kafir itu, azab yg sgt pedih.
Ayat 105:
Org Yahudi x puas hati, sbb nabi s.a.w beroleh kebajikan. Dilantik jd rasul akhir zaman.
-nabi dari keturunan Arab.
-So depa (Yahudfi) kutuk nabi, caci & sakiti nabi.Mereka sakit hati, bila org mukmin beroleh kebajikan 9senag sikit).
-Allah pon depa x puas hati, sbb bg kesenagna pada org beriman.
-Allah menentukan dgn rahmatNya, pada sesiapa yg Dia suka
Kata nabi:
Hasad dengki--->makan segala kebajikanmu...macamna api bakar kayu2 kering..
-so, kite kena buang hasad dengki..
-Pupuk perasaan kasih syg..
Sunday, August 23, 2009
Rumah Abu Nur, Pengkalan Hulu
Bergambar kenangan bersama sebahagian ank2.. Yang lain balik bercuti
Sunday, August 16, 2009
Nyatakan kebenaran....
Keadaan dalam madrasah
Jam 11 pagi, semua bersurai balik..
Saturday, August 15, 2009
Selamat Menyambut "Ramadhan Al-Mubarak"...
Wednesday, August 5, 2009
Sunday, August 2, 2009
anybody please help me...
blur!!
Saturday, August 1, 2009
Lagi kisah orang Yahudi....
Sunday, July 26, 2009
weekend @ Kulim..
There's nothing much to update here! As usual just a lazy Sunday I am..Try to contact my frend for shopping, tapi dia cakap tgh attend class lah pulok.. kol 4 baru habis. Malas lah pulok nak kuar ptg2.. Ok, happy to hear that, she's doing her adv dip in Mechatronic. lama dah soh dia amik, tak sangka dia enrolled study kat JMTI. :-)
So, just g klinik, check hidung..errrkk..resdung! then gi pasar, belek2 ikan & surat khabar. Terbaca berita tentang kematian Yasmin ahmad (pengarah filem Sepet..etc..) meninggal dunia.. Al-fatehah..
Dari allah kita datang, kepadanya kita kembali...!
So, menu aku di hujung minggu nih ialah siakap masam manis. resepi aku amik dari internet..hehhehe.. jom makan-makan...!!
Weekend @ PD
Muka 2 budak yang tak sabor2 nak terjun laut..
Saturday, July 25, 2009
Kesalahan besar Ulama' Yahudi..
-Taurat ------> diutuskan pada nabi Musa a.s
-Injil----------> diutuskan pada nabi Isa a.s
-Zabur --------> diutuskan pada nabi Daud a.s
-Al-Quran-------> diutuskan pada nabi Muhammad s.a.w
Di dalam kitab Taurat & Injil berlaku banyak penyelewengan oleh para ulama (ahli kitab yang jahat). Kita sering mendengar menhenai 2 kitab ini, namun agak jarang kita mendengar perihal kitab Zabur. Ini kerana di dalam zabur, hanya mengandungi banyak cerita2, tidak banyak hukum-hakam, itu yang menyebabkan kitab ini terselamat dari sebarang pindaan. Allah pelihara Al-Quran dari segi tulisan.
(sambungan Al-Baqarah..)
Ayat 79:
Kata Allah, sgt2 azab (celaka) kepada ulama' Yahudi yang pinda kitab Taurat (dan mengaku apa yang mereka pinda itu adalah dari Allah). Kesalahan besar ulama' Yahudi ialah meminda kitab Taurat (kini menjadi kesesatan yang nyata).
Contoh: kita kena jaga betul2. Jangan silap yang mana ayat Quran, hadis nabi, atau kata Ulama'. So kena perati betul2, jangan main cakap aje. Antara perkara besar yang mereka pinda ialah sifat2 nabi akhir zaman iaitu (Muhammad s.a.w). Mereka takut akan hilang pengaruh, dengki pada nabi s.a.w
Ada juga di kalangan ahli kitab yang mulia seperti:
-Ka'ab al Abab- dia adalah bekas ulama' Yahudi
-Dia telah memeluk agama Islam
-Dia merupakan sahabat nabi
-Menjadi pakar rujuk dikalangan para sahabat kerana arif dalam Kitab Taurat & Al-Quran
-Dia mulia & dihormati
Aqidah---> benda yang paling mahal, so kena jaga betul2!! banyak kisah2 orang dahulu yang begitu kukuh mempertahankan aqidah. Contohnya Marshitah, di zaman Firaun.
Marshitah
-Tukang sikat rambut anak Firaun
-Seorang yang berakidah
-Suatu hari, dia menyikat rambut anak Firaun.Tiba-tiba sikatnya jatuh,lalu dia melatah tersebut Allah (yealah, dalam hatinya berzikir mengingati Allah..).Anak Firaun terkejut, lalu tanya Marshitah "adakah lagi Tuhan selain Firaun?" "Ada, Allah, Tuhan yang Esa" .Jawab Marshitah. Lalu anak Firaun ini repot pada bapaknya.Firan marah. Lalu marshitah diazab & direbus hidup2 kerana mempertahankan akidahnya. So, sesiapa yang suka repot2 bila ada org buat perkara yang baik2----> itu macam perangai anak Firaun.
Antara sifat2 nabi yang dipinda dalam Taurat ialah:
- Muka nabi putih kemerahan bersih/ segak mereka pinda----> Muka nabi putih pucat
-Ikal rambut nabi (lurus, tapi berketak sikit2). rambut nabi wangi, halus & rapi berminyak. mereka pinda----> rambut nabi kusut masai.
-Tubuh nabi sederhana tinggi-----> mereka ubah, nabi tinggi macam galah.
dan banyak lagi penyelewenga yang mereka buat.
Ayat 80:
Kaum Yahudi ni jawab, tak apa bende yang mereka buat ni (pinda Taurat), mereka kena azab dalam neraka sekejap aje (beberapa hari aje, ada kata 40 hari, ada kata 7 hari). Kata Allah, bila masa aku janji nak azab kamu sekejap aje! Kamu pasti kena azab, bukan 40 hari, bukan 7 hari, tapi kekal dalam neraka !!
Ayat 81:
Siapa yang buat kejahatan, akan kekal dalam neraka. Dikelilingi oleh api (dari 6 lubang..6 jahannam!!). Mereka itu (orang Yahudi, pinda kitab Taurat, telah menempah untuk menjadi sahabat Neraka (Ashabul Nur).Kekal selama-lamanya.
Ayat 82:
Orang2 beriman.Mereka itu adalah sahabat syurga (ashabul Jannah). Kekal jua selama2nya..
waalahua'alm......
Saturday, July 4, 2009
Kisah sapi betina dalam surah Al-Baqarah....
Perginya seorang bintang...
Aku bukanlah peminat # 1 Jacko..bukan juga peminat mana2 artis..hehheheee.. Sebabnya aku nih tak suka musik sangat..hehhee..kira tak de radio pon no hal lah..hehhee..Sesekali dengar jugaklah lagu2 yang dimainkan..tapi kalo tanya apa judul lagu or saper yang nyanyi..minta mahap...tak reti makcik..Kalu tunjuk gambo2 artis soh cam n teka..hhehehe..mmg hampeh lah..tak tau den..kot ct nurhaliza kompem den kenal..errkk..kalu ani mayuni ker..si memey..ker..mmg aku kompius2 lagi..hehhe..Tapi si bintang pop nih..memang aku kenal lah..Tanya budak2 pon depa lagi kenal ..itulah dia penangan Raja pop ini..Michael Jackson..
Aku bukanlah nak cerita biodata Jacko nih.. Tapi terfikir, di sebalik pemergian Jacko nih ada hikmahnya. Jacko..penghibur tersohor..p mana semua kenal..kaya-raya..siap ada zoo sendiri tuh..duit jgn cakaplah..peminat hampir seluruh dunia..bukan saje terkenal nun..kat US tu..or ngara2 Eropah..yang kat Jepun..Taiwan..(opps.....wink), Singapura hatta Malaysia pon kenal MJ nih..Jutaan peminatnya. Penghibur yang menghiburkan! Tapi diri sendiri tidak terhibur.. Disahkan doktor..selpas postmorterm tuh..didapati Jacko menelan pil penenang! Bayangkan, hidup Jacko sendiri pon tidak terhibur, tapi dia menghiburkan orang.. Sedis..
Tapi Allah Maha Penyanyang. jacko terkenal dengan sikapnya yang amat sayangkan kanak-kanak.Bela nasib kanak-kanak miskin..Tapi hidupnya penuh liku..Dia sendiri tercari-cari hiburan yang hakiki. Akhirnya cahaya Islam masuk jua ke dalam lubok hatinya. Akhirnya , saat-saat akhir hidupnya dia temui kebahagiaan..Islam (agama fitrah)..Lalu kesudahan hidupnya berakhir sebagai seorang Islam. Hikmahnya di sini, dunia Barat merasa tertampar, bila seorang bintang pop ini memilih Islam sebagai jalan hidupnya. Aku suka kata seorang ustaz.." Bagaimana bermula, tidak penting..tetapi bagaimana kesudahan hidup ini.." Sekurang-kurangnya Mikaeel telah memilih jalan hidupnya yang hakiki... Wallahu'alam..
Al-Fatehah..
Saturday, June 27, 2009
Antara nikmat yang Allah bagi pada kaum Bani Israel
1. Kami (Allah) telah buka laut untuk kamu (Kaum Bani Israel) daripada cengkaman Firaun. Di depan kamu laut--> mati..undur Firaun---> mati. Lalu nabi musa pukul laut itu, lalu membeku, dapatlah mereka lalu menyelamatkan diri. Apabila Firaun & tenteranya lalu, maka karamlah Firaun dan bala tenteranya.
Pada zaman itu, bani Israel menjadi hamba/kuli pada Firaun. Suatu malam, Firaun bermimpi api memasuki rumah orang2 Hibsi (orang kenamaan Firaun), tetapi tak masuk ke rumah kaum bani Israel.Lalu, Firaun tanya pak nujum..apakah maksud mimpinya itu? Ahli nujum tu bagi tau Firaun, akan lahirlah seorang bayi lelaki di kalangan Bani israel yang akan menghancurkan Firaun. Maka pada ketika itu, Firaun arahkan tenteranya untuk bunuh semua bayi lelaki yang lahir. Namun, allah selamatkan nabi Musa a.s. Ibu nabi Musa mengandungkan nabi Musa, melahirkannya dalam hutan, lalu menghanyutkan Musa dalam sungai. Lalu kayu yang didiami nabi Musa itu, hanyut di hadapan istana Firaun.Asiah, isteri Firaun, pujuk Firaun agar jangan dibunuh bayi ini & belalah dia. Akhirnya lembut hati Firaun, maka besarlah nabi Musa a.s di istana Firaun. Ketika umur Musa 7,8 tahun, Musa berlari/ bermain2 di dalam istana Firaun, lalu tertampar Firaun. Berderau darahnya, geram & marah pada Musa. Lalu Asiah pujuk, takkan dengan budak pon nak berkira. Tapi Firaun tak sedap hati, dia beri ujian pada Musa. Katanya kalu Musa pilih emas (cerdik) dia akan kubunuh.Lalu, pada mulanya Musa nak ambil emas (cerdik-antara sifat2 nabi),, tetapi malaikat tampar tangannya sehingga musa memilih bara api lalu nak dimasukan ke dalam mulut. Baru Firaun, sedap hati. Yang budak ini, tidaklah bahaya buatnya. hanya kanak2 biasa.
So, nikmat Allah bagi mereka untuk selamatkan diri. Kalau tak..habis mati semua kaum Bani Israel & takdelah mereka pada hari ini. mereka dah tengok terang2an, namum masih tidak mahu beriman..
2 . Ayat 52:
Allah payung akan awan yang nipis (redup) pada ladang Teh itu... (ingat lagi..padang Teh yang kering kontang, tanpa air maupun pokok..gersang)Lebar padang Teh itu antara Syam dan Mesir. (tempat yang mereka sesat itu). Mereka sesat selama 40 tahun.600 000 orang mati ketika itu, melainkan yang belum sampai usia 20 tahun, hidup.. Nabi Harun dan Musa mati juga ketika itu. (Untuk makluman, pada zaman itu allah turunkan 2 orang nabi iaitu nabi Musa & nabi Harun. Nabi Musa itu, bersikap agak garang & tegas, Nabi Harun agak lembut hatinya sedikit.)
Ketika itu, man (sejenis makanan syurga turun macam hujan , masanya dari terbit fajar hinggalah naik matahari. seorang segantang setiap hari.Dan bagi salwa (sejenis lauk burung yang enak dari syurga, sedap lagi nikmat).Tiap2 hari Allah bagi, Allah soh depa makan habis, jangan simpan.Tapi mereka degil, simpan juga makanan itu. Lalu Allah tak bawa makanan lagi sebbab mereka ingkar suruhan Allah. (degil.dok simpan makanna lagi..Macam tak percaya yang Allah akan bagi lagi rezeki esok hari).
3. Ayat 58:
Allah tunjukkan jalan keluar dari padang Teh itu (nikmat lagi..dapat keluar setelah sesat berpuluh tahun..).Kata Allah, masuk olehmu akan ini kampung (Baitul Maqdis), atau dikenali juga sebagai Reehaa. Maka, makan dan minumlah olehmu apa yang kamu inginkan. Dan masuklah oleh kamu akan pintu Baitul Maqdis (pintu gerbang), dengan sujud (tunduk pada Allah)..sebagai tanda syukur kamu dapat keluar dari padang pasir, sambil kata Hittatun (Tuhan, ampunilah dosa kami). Kata Allah, kalau kamu masuk dalam keadaan sujud dengan berkata "Hittathun" (minta ampun pada Allah), nescaya Allah ampuni kamu. Lagi Allah tambah pahala dalam syurga yang sangat hebat. Tapi kejamnya mereka, mereka tak buat seperti yang disuruh Allah. Mereka tukar kalimah yang Allah bagi, lalu mereka kata " Habbathun" (sebiji gandum..sebiji gandum). Mereka olok2 kan perintah Allah, persende akan suruhan Allah. Bukan mereka tak tahu, tapi sengja nak lawan Allah. Suruh masuk dengan bersujud, mereka masuk ikut punggung, sengetkan punggung masuk ke Baitul Maqdis, sambil kata "Habbathun". Maka Allah turun azab buat mereka, azab thoun..dari langit..(contoh la ni..wabak lah..selsema babi ..etc..namanya berbeza..tapi konsepnya sama wabak..).Penyakit yang berjangkit, melanda mereka semua, pasal pinda hukum Allah. Allah bagi wabak, then,, allah tarik balik..bagi ..tarik..nak tengok sejauh manan merek asyukur. Maka mereka itu mati setiap saat seramai 70 000 orang sebab lawan perintah Allah. Kita la ni pon sama..sebab lawan Allah, maka Allah turunkan wabak..So, nak hilangkan segla kekalutan ini..maka kembalilah pada Allah..
Wallahualam....
Sunday, June 14, 2009
lunch for today....
Lagi cerita pasal kaum Bani Israel ini....
Ayat 60:
Ketika nabi Musa a.s meminta huja untuyk kaumnya (bani Israil). Sabar yang tinggi nabi Musa berhadapan dengan karenah kaumnya itu. Ketika mereka sesat di padang Teh (ni bukan ladang teh cam Cameron Highland tuh tau...ia adalah padang pasir yang kering kontang, tanpa pokok, atau mata air...gersang!!).Lalu Allah turunkan makanan dari syurga bagi depa makan. (mereka sesat kat padang pasir tuh selama 40 tahun...bayangkan!!). Kemudian mereka minta agar Musa berdoa pada Allah untuk bagi mereka air. Lalu allah menyuruh Musa memukul tongkatnya ke satu batu. (Ingat..mukjizata nabi Musa a.s ialah pada tongkatnya..mukjizat nabi kita Muhammad S.A.W ialah al-quran). Lalu nabi Musa memukul tongkatnya pada batu itu, lalu terpancarlah 12 mata air keluar melalui batu itu. (Mereka ada 12 puak..Allah maha mengetahui & maha berkuasa). Lalu kata Allah, makan dan minumlah dari rezeki Allah. jangan kamu berbuat fasiq (jahat) di atas muka bumi ini..
p/s: setiap apa yang allah cakap dulu di dalam al-quran kita kena ikot. contoh makan dulu, baru minum..dari segi kesihatan pon dah terbukti. (selingan ni..)
Ayat 61:
Lalu kaum nabi Musa itu tanya kat nabi Musa. Ya Musa.. kami dah bosan lah dengan makanan itu hari2, tak de makanan lain ker. Tolong doa sat kat Tuhan engkau supaya mengeluarkan makanan dari bumi lak. Contoh jenis tumbuhan..seperti sayuran, mentimun, kacang adas, bawang. (Nah!! tengok jenis manusia yang melampau! Dah allah datangkan khas makanan dari syurga setiap hari buat mereka, nak pulak minta yang lain..khusus pulak tu!!) Lalu nabi Musa marah kaumnya "Adakah patut kamu minta tukar benda yang terbaik? (Makanan dari syurga itu) kepada yang kurang baik (makanan dunia itu)? Mereka degil tatap..nak makanan dunia tu jugak.Llau nabi mUsa berdoa pada Allah akan permintaan mereka itu.Lalu Allah kata, turun akan kamu ke negeri Mesir (di sana banyak sayur2an lagi segar..sampai sekarang pon Mesir terkenal dgn pelbagai sayuran segar). Lihat, betapa penyanyangnya Allah pada hambaNya (walaupon mereka berpaling tadah). Dan jadilah mereka itu dalam kehinaan dan miskin (yelah..elok2 dapat makanan dari syurga khas di hantar kat depa, bengong minta tukar..last2 kena cucuk tanam, siram, kutip sayuran, masak barulah boleh makan..miskin & hina lah tu) Dan mereka balik pada kemurkaan Allah.Bani Israil juga telah bunuh para nabi antaranya:
Nabi Zakaria- digergaji kepalanya terbelah 2
Nabi Yahya
Nabi Isa- tapi Allah angkat Nabi Isa ke langit dan diganti dgn pemuda lain. (mana bukti yan g orang Kristian patut bermusuh dgn orang Islam? Patutnya mereka pi lah bermusuh dgn puak bani Israil nih!!) . Ada pendapat mengtakan Yahudi bunuh 70 orang nabi pada satu pagi.
Mereka, kaum Yahudi orang yang sangat MELAMPAU!!!
Ayat 62:
Dan segala orang2 yang mukmin, orang2 Yahudi & nasrani, & sobihin (yang beriman pada Allah). Dan bagi mereka itu ada pahala dari Allah.
Di sini kita lihat, setelah Allah kutuk orang -orang Yahudi, nasrani & kafir ini. Allah pujuk balik..kepada orang2 yang beriman pada Allah. Tidak semua dari golongan itu orang2 yang dimurkai Allah. Allah bagi tau mereka , agar jangan risau & takut, sekiranya mereka dari golongan yang beriman.
wallahualam.....
Saturday, June 13, 2009
Cerita orang munafik di dalam surah Al-Baqarah..
-Surah yang ke 2 di dalam al-quran
-Surah yang paling panjang
-Al-Baqarah- sempena nama anak lembu
-Diturunkan di Madinah
-Ada 286/287 ayat
Kelebihan surah ini:
Sabda nabi;
" Jangan jadikan rumah kamu itu seperti kubur, sesungguhnya syaitan akan larikan diri di rumah yang ada baca surah al-Baqarah"
Sesiapa yang rajin beramal dengan surah ini------> dapat barakah
Yang meninggalkan amalan baca surah Al-Baqarah-----> kerigian yang amat.
Allah ceritakan pada kita tentang orang -orang munafiq ini, sebagai iktibar untuk kita .Jangan ikut perangai munafiq.
Ayat 17:
Umpama munafiq itu seumpama orang yang menyalakan api, setelah api itu menerangi keliling, Allah padamkan ia.
Maksud: Orang munafiq itu duduk di keliling nabi, para sahabat (cerah/ pasal dapat hidayah), tapi Allah padamkan cahaya itu (mereka tidak mendapat hidayah akibat sikap munafiq itu).
Kita sering takot di malam gelap (atau tempat yang gelap), tapi lega bila ada cahaya--->cerah. So, jangan jadikan hati kite gelap (dgn sifat munafiq, kelak hidup kite sentiasa dala ketakutan).
Ayat 18:
Contoh 1:
Mereka itu tuli daripada mendengar sesuatu yang hak (benda baik). Tidak kembali mereka itu kepada hidayah. Terus duduk dalam kesesatan. (sifat2 orang munafiq).
Ayat 19:
Contoh 2:
Atau sifat mereka itu (orang munafiq) seperti orang kena hujan dari langit, bersama gelap malam, guruh, kilat. Mereka sumbat jari dalam telinga-----> sebab takot mati.Demikianlah ornag munafiq, apabila turunnya al-quran (sbb tu mereka sumbat telinga, tak mau dgr ayat2 quran). Sesungguhnya Allah tahu akan apa yang kamu zahirkan atau sembunyikan.
Ayat 20:
Kata Allah lagi, hampir kilat menyambar pada mata mereka, mereka jalan sikit2, bila guruh berhenti, mereka diam, bila ada kilat mereka jalan balik (dalam keadaan takut-gelap, hujan lebat, malam). Itulah seumpama kafir, orang munafiq. Jika dikehendaki Allah,, Allah boleh terus pekak & butakan mereka ( Allah benci, bila Kristian kata Isa anak allah, Yahudi kata Uzair anak allah). Rasa macam nak amik langit hempas kat kepala mereka, tapi Allah tak buat. Sesungguhnya Allah amat berkuasa akan sesuatu.
Sama-samalah kita ambil pengajaran dari apa yang Allah telah ceritakan pasal golongan munafiq ini.
Sabda nabi:
"Iringilah kejahatan kamu, dengan kebaikkan hari ini."
-Bila kita buat baik, namun allah bagi bala' kena sabar, tenang,redha.
-Tak padan dengan bala' yang Allah turun , dengan kejahatan/maksiat yang kita buat dulu. Mudah2an kite terlepas dari azab Allah. Amin..
Friday, June 12, 2009
Boikot barangan LEGO !!!
Tuesday, June 2, 2009
Saturday, May 23, 2009
Musim demam....
Wah..rasanya lama tul aku tak bikin cerita ya.. Oh.. ya aku baru ye kebah dari demam..since Sunday. Yup.. minggu lepas aku g JB, jengok2 abg aku.. Yelah lama tul aku tak travel by bus ke JB.. uiiihhhh.. sakit2 badan aku.. bertolak mlm sampai esok pagi.. kira2 12 jam perjalanan laa.. Wadusss.. tak sanggop nyah...kikikikiiiiiiii...
So, on the way balik ke Kulim tu..aku cam sakit tekak & keesokkannya ,Ahad..sah aku demam... & hari Isnin nya..amik mc lo...hihihih... Selasa & Rabu aku keje..tapi la ni cam tak banyak keje..so rabu bos aku lak cuti...hihihihi.. Khamis pon dia cuti.. Khamis pagi tuh aku cam tak sehat lagi..so aku pon amik lah cuti..balik tido lagi baguih...So, nak tak nak kenalah aku minta permission dari boss Taiwan tu...hihihi..berbelit lidah aku nak esplain kat org tua tuh..kikikii..
So hari ni, rasa cam lega sikit.. Yelah la ni musim..demam,,sakit tekak..flu bab....biiiii errkkkk bukan babi tuh yg nyebabkan virus.. tapi Allah yang bagi..Ermmmm.. syukurlah kite sebagai orang Islam, pasal allah dah peringat kita tentang haramnya 2 jenis haiwan ini anjing & babi..Najis yang berat...
Ok.. so elakkan pergi tempat awam yang berasak-asak & jaga kesihatan korang semua. Eh..nak ku war-warkan pada semua.. sila-silalah ke warong cknor...hehhehe... cknor ada blog tuh...!! Sila- sila..jangan malu-malu....