Saturday, August 15, 2009

Selamat Menyambut "Ramadhan Al-Mubarak"...


Assalamualaikum w.b.t..


Pejam..celik..pejam ..celik..Ramadhan menjelma lagi. Semoga Allah memberi kita peluang untuk menyambut Ramadhan kali ini. Semoga Ramadhan kali ini..adalah lebih baik dari yang lepas. Maksudnya, Ramadhan kali ini, kite pertingkatkan amalan & dekatkan diri kite pada Allah. Semoga kite menjadi orang2 yang beriman.... Amin-


Cuba lihat sekeliling kite, berapa ramai saudara mara, sahabat-handai, org 2 yang kite sayang yang tidak sempat Ramadhan kali ini. Kite juga belum tentu, andai ajal menjemput kite sebelum Ramadhan. Semoga kite benar2 insaf & berazam untuk mempertingkatkan amal ibadat kite.


So, sebelum memasuki bulan Ramadhan yang mulia ini, mari kite lihat sedikit sebanyak pasal bulan yang penuh barakah ini.


***Ramadhan***


1. Mengapa bulan Ramadhan ini mulia?


Ramadhan mulia, sebab diturunkan allah. al-quran pada bulan Ramadhan.


Al-Quran-Mukjizat nabi kita Muhammad S.A.W (Physically, tak nampak). Lebih kuat dari mukjizat para nabi yang lain. Cth: Mukjizat nabi Musa-----> kelebihan tongkat

Mukjizat nabi Sulaiman-------------> boleh memahami bahasa binatang, jin & manusia.

Mukjizat nabi Isa-----------> menyembuhkan orang buta, bercakap sewaktu baik dalam membela ibunya daripada difitnah..

dan nabi2 lain juga, ada mukjizat yang tertentu.

Nabi kita Muhammad s.a.w juga mempunyai pelbagai mukjizat, antaranya..membelah bulan dgn tangan baginda, pohon kurman berjalan & memberi salam pada nabi. Tetapi, mukjizat nabi s.a.w. yang paling besar dikalangan nabi2 ialah dengan adanya kitabullah..iaitu Al-Quran. Lain2 mukjizat itu kite tidak pernah lihat dengan mata kepala sendiri. Namun Al-Quran ini, mukjizat yang kita dapat tengok, pengang & rasa hingga hari ini.


Macamna nak dapat mukjizat dari al-quran??

-Amalkan apa yang diajar

-baca & mengaji (kaji sedalam2nya)

-Baca & kaji, fikir sampai kita nampak kelebihannya.. (cth: cerita2 pasal kaum Yahudi, laut yang terbelah)


2. Ramadhan ini bulan yang mulia & barakah- buat amalan sedikit, namun allah lipat gandakan pahala.


3. Bulan yang dimana terkandung 1 malam (lailatur qadar)--iaitu 1 malam yang lebih baik dari 1000 bulan.


3.Disebabkan bulan ini, al-quran diturunkan, ia menjadi bulan yang mulia. Tuan punya Ramadhan itu adalah Al-Quran. So, sebagai menghormati & memperbesarkan bulan mulia ini, kite digalakkan mendekatkan diri dgn tuan punya Ramadhan ini, iaitu Al-Quran. Azam, dalam diri kita agar dapat khatam al-Quran di bulan yang mulia ini..inshallah..


4.Bayakkan bersedekah, derma pada surau/masjid---sangat2 dituntut. Sehingga nabi pernah menasihati seorang sahabat, Sedekahlah kamu, walau dengan 1/2 biji kurma. Besarnya pahala bagi orng yang suka bersedekah, terutamanya di bulan Ramadhan.


5. Sesiapa yang beri minum pada orang yang berpuasa, nescaya Allah akan beri minum air dari telaga Kautsar, tak akan dahaga selamanya hingga masuk syurga.



Semoga, kita mengambil ikhtibar & muhasabah diri, agar apabila melangkah masuk bulan Ramadhan ini, hati kita suci bersih agar kite tenang dalam melakukan ibadat menghadap Allah yang esa.Di kesepatan ini, saya juga ingin memohon kemaafan, andai tingkah laku & perbuatan yang tidak menyenagkan anda. Semoga kalian memaafkan saya..


Wassalam.....

No comments: