Saturday, July 25, 2009

Kesalahan besar Ulama' Yahudi..

Sebagai seorang muslim, kita wajib percaya pada 4 kitab Allah iaitu:

-Taurat ------> diutuskan pada nabi Musa a.s
-Injil----------> diutuskan pada nabi Isa a.s
-Zabur --------> diutuskan pada nabi Daud a.s
-Al-Quran-------> diutuskan pada nabi Muhammad s.a.w

Di dalam kitab Taurat & Injil berlaku banyak penyelewengan oleh para ulama (ahli kitab yang jahat). Kita sering mendengar menhenai 2 kitab ini, namun agak jarang kita mendengar perihal kitab Zabur. Ini kerana di dalam zabur, hanya mengandungi banyak cerita2, tidak banyak hukum-hakam, itu yang menyebabkan kitab ini terselamat dari sebarang pindaan. Allah pelihara Al-Quran dari segi tulisan.

(sambungan Al-Baqarah..)
Ayat 79:

Kata Allah, sgt2 azab (celaka) kepada ulama' Yahudi yang pinda kitab Taurat (dan mengaku apa yang mereka pinda itu adalah dari Allah). Kesalahan besar ulama' Yahudi ialah meminda kitab Taurat (kini menjadi kesesatan yang nyata).

Contoh: kita kena jaga betul2. Jangan silap yang mana ayat Quran, hadis nabi, atau kata Ulama'. So kena perati betul2, jangan main cakap aje. Antara perkara besar yang mereka pinda ialah sifat2 nabi akhir zaman iaitu (Muhammad s.a.w). Mereka takut akan hilang pengaruh, dengki pada nabi s.a.w

Ada juga di kalangan ahli kitab yang mulia seperti:
-Ka'ab al Abab- dia adalah bekas ulama' Yahudi
-Dia telah memeluk agama Islam
-Dia merupakan sahabat nabi
-Menjadi pakar rujuk dikalangan para sahabat kerana arif dalam Kitab Taurat & Al-Quran
-Dia mulia & dihormati

Aqidah---> benda yang paling mahal, so kena jaga betul2!! banyak kisah2 orang dahulu yang begitu kukuh mempertahankan aqidah. Contohnya Marshitah, di zaman Firaun.

Marshitah
-Tukang sikat rambut anak Firaun
-Seorang yang berakidah
-Suatu hari, dia menyikat rambut anak Firaun.Tiba-tiba sikatnya jatuh,lalu dia melatah tersebut Allah (yealah, dalam hatinya berzikir mengingati Allah..).Anak Firaun terkejut, lalu tanya Marshitah "adakah lagi Tuhan selain Firaun?" "Ada, Allah, Tuhan yang Esa" .Jawab Marshitah. Lalu anak Firaun ini repot pada bapaknya.Firan marah. Lalu marshitah diazab & direbus hidup2 kerana mempertahankan akidahnya. So, sesiapa yang suka repot2 bila ada org buat perkara yang baik2----> itu macam perangai anak Firaun.

Antara sifat2 nabi yang dipinda dalam Taurat ialah:
- Muka nabi putih kemerahan bersih/ segak mereka pinda----> Muka nabi putih pucat
-Ikal rambut nabi (lurus, tapi berketak sikit2). rambut nabi wangi, halus & rapi berminyak. mereka pinda----> rambut nabi kusut masai.
-Tubuh nabi sederhana tinggi-----> mereka ubah, nabi tinggi macam galah.

dan banyak lagi penyelewenga yang mereka buat.


Ayat 80:

Kaum Yahudi ni jawab, tak apa bende yang mereka buat ni (pinda Taurat), mereka kena azab dalam neraka sekejap aje (beberapa hari aje, ada kata 40 hari, ada kata 7 hari). Kata Allah, bila masa aku janji nak azab kamu sekejap aje! Kamu pasti kena azab, bukan 40 hari, bukan 7 hari, tapi kekal dalam neraka !!

Ayat 81:

Siapa yang buat kejahatan, akan kekal dalam neraka. Dikelilingi oleh api (dari 6 lubang..6 jahannam!!). Mereka itu (orang Yahudi, pinda kitab Taurat, telah menempah untuk menjadi sahabat Neraka (Ashabul Nur).Kekal selama-lamanya.

Ayat 82:

Orang2 beriman.Mereka itu adalah sahabat syurga (ashabul Jannah). Kekal jua selama2nya..


waalahua'alm......

1 comment:

Unknown said...

Bila masa allah ckp mcm tu! Mane blh kita main ckp jer kalau kita x tahu ape yg allah ckp. Berdosa lah!