Sunday, January 11, 2009

Pagi yang dingin....

salam semua.. cuaca pagi ni dingin. On je Tv keluar buletin pagi.. Macam biasa tentang kekejaman Yahudi di Gaza. Setakat ni dah 800 org terkorban yang kebanyakkannya kanak2 & wanita. Pendek kata orang awam lah. Apa yang membuatkan aku terkedu ialah tingkah laku kanak2 Palestine yang begitu berani & sehingga sanggup membaling batu ke arah kereta kebal Yahudi & tentera Yahudi. Memanglah tindakan mereka itu tidak mendatangkan kesan, tetapi sekurang-kurangnya mereka menunjukkan rasa benci yang amat pada tentera Yahudi..

Berbalik pula pada kita di Malaysia ini. Rasanya anak2 sebaya mereka lebih beruntung. Silap2 kalau kita tanya mereka akan isu ini mungkin ada yang tak tahu apa yang sedang berlaku. Begitulah kiranya, keadaan menjadikan anak2 ini lebih matang dari usia mereka.

Kita juga dapati ramai yang buat perarakan aman menentang kekejaman di Gaza ini. Tidak salah, kalu itu dapat menunjukkan rasa benci kita pada Yahudi. Tapi saya kira, tak perlulah kita menjerit..terlalak terlolong..membakar bendera & membuat patung lalu membakar menunjukkan kebencian kita. Nampak macam kurang cantik sikit lah. Ini pendapat aku lah. Dalam ramai2 yang menghadiri perarakan itu, saya pasti tak semua yang tahu mengapa mesti kita buat perarakan anti Yahudi..Ia, umum tahu akan kekejamanYahudi, tapi kita mesti tahu apa matlamat kita untuk menyertai perarakan ini. Kita mesti ada matlamat yang jelas, bukan sekadar ikut-ikutan.

Pada pendapat aku, adalah lebih cantik kalau kita buat solat hajat beramai..Maknanya, setiap kali nak adakan perarakan tu, ganti dengan solat hajat..minta doa beramai2 pada Allah. Kan nampak cantik. Macam yang dibuat sekumpulan pelajar UTM, mereka buat solat hajat di padang kawat.Tak perlulah jerit kuat2, sebab belum tentu jeritan yang kuat itu datang dari hati yang ikhlas.. ye dak??? Ini tidak.. lepas aje jerit laung anti Yahudi.. pas tuh penat p pekena rokok Dunhill, or minum Coke...atau apa2 yang tanpa kita sedari semuanya barangan keluaran AS & Yahudi.. Ini macam cakap tak serupa bikin lar boSS !! hehehe

So, aku nak ingatkan diri ini dan kawan2 semua, agar tanam dalam hati kita untuk cuba tidak beli barangan keluaran AS & Yahudi nih.. Cubalah mana yang terdaya..Dan tidak lupa untuk mendoakan kesejahteraan rakyat & bumi Palestine dari kekejaman bangsa Yahudi..laknatullah..


So mari kita sama2 boikot barangan mereka. Kita lumpuhkan ekonomi mereka sepertimana yang diajar nabi. Nabi pernah sabda: "Kalau nak hancurkan bangsa Yahudi ini, kita kena lumpuhkan ekonomi mereka"

Antara barangan Yahudi & AS ini yang aku ingat lah.. KFC,Pizza Hut, Danone, Dunhill, Starbucks, Colgate, BOSS, dan byak lagi lah.. kalu tak silap bar code yang ada 719 or 729 . So sedya upaya kita elak guna barang mereka ye.. Inshallah, kalu semua buat tindakan yang sama kita akan berjaya. Ingat, kita bergerak dalam jamaah!! Allahu Akhbar!!!!

No comments: