Saturday, November 27, 2010

Knowledge is Power...

Salam semua...
sekadar berkongsi untuk direnungi bersama....

3 perkara yang tidak putus pahalanya pada si mati ialah:

i- Doa anak yang soleh
ii-Sedekah jariah
iii-Ilmu yang disampaikan & diamalkan..

Islam amat menuntut umatnya mencari ilmu., tidak kira lelaki mahupun wanita. Tuntutlah ilmu biar sampai ke liang lahad..

1- Al-Quran- sumber ilmu yang paling utama.
2-Rasulullah s.a.w- Tokoh ilmu yang paling utama
3- Menghadiri majlis ilmu umpama berada di taman syurga
4- Ilmu didapati dengan cara belajar. Tak ada pon yang lahir2 terus pandai. Nabi Adam a.s pon mendapat ilmu dari Allah yang diajar oleh Malaikat.
5- Seseorang dipandang mulia oleh masyarakat kerana kehebatan ilmu yang dimilikinya.

teringat suatu cerita pada zaman dahulu;

seorang lelaki pernah bercakap pada isterinya. Andai engkau x bleh cantik cam bulan purnama, maka aku ceraikan engkau. Maka si isteri itu pon, tempek lah segala macam benda ke mukanya..agar jadi cantik bak bulan purnama.. Namun usahanya itu gagal. tak dapat diubah menjadi cantik bak bulan purnama.. Lalu dengan sedih hati keluarlah si isteri itu dari rumah, kerana telah jatuhlah talak ke atasnya. Maka si suami berasa resah & bersalah sepnjang ketiadaan isterinya. Maka amatlah menyesal. Lalu dia pon berjumpa Amirul mukminin lalu menyatakan permasaalahannya. Lalu pemimpin itu pon bermusyuarahlah dengan alim ulamak akan status si suami ini. Setelah berbincang, maka sepakatlah para ulama' telah jatuh talak ke atas isteri yang malang itu. Namun, pemimpin yang adil itu perasan seorang ulama yang hanya berdiam sejak tadi. Lalu ditanyakan kepada pendapat ulama' tersebut. Lalu dibacakan surah At-Tiin, ayat 1-4, yang antara maksudnya "sesungguhnya manusia itu Allah jadikan sebaik-baik kejadian ". Maka beliau berpendapat bahawa, tidak jatuh talak, kerana rupa paras manusia adalah lebih baik berbanding bulan purnama. Lalu , pemimpin & ulama' yang lain bersetuju, & si suami itu bersama balik dengan isterinya. Di sini jelas, ditunjukkan pada kita bahawa, tanpa ilmu yang sahih, kita tidak dapat membuat keputusan yang bijak..

haaa.... jadi.. untuk menjadi orang yang dihormati hendaklah kita rajin menuntut ilmu. Ilmu yang dituntut, tapi tidak diamalkan umpama pokok yang lebat tetapi tiada buahnya. Jadi, Ilmu yang kite pelajari, hendaklah kita amalkan. Biar sedikit, asalkan berterusan..i'allah ia akan menjadi teman di kubur kelak..


wallahua'lam...

2 comments:

paes said...

subhaanaLlah.. nice story.

Anonymous said...

begitulah bijak nya org dulu bertutur kata. berfikir sebelum memberi pndapat & sering merujuk kepada kitab yang agong..

org la nih...kdg2 mempertikaikan pulak apa ygn ada dlm quran..

semoga kite sentiasa di landasan yg benar..i'allah...