Saturday, August 14, 2010

Ramadan -bulan penuh keberkatan....

Syukur ke hadrat Allah kerana kite masih lagi terpilih olehNya untuk bertemu Ramadhan kali ini.. Alhamdulillah...Semoga kita mengambil kesempatan yang diberikan dgn melakukan amal ibadah sebanyak mungkin, kerana takot2 jika ini Ramadhan kita yang terakhir.... Bila sebut Ramadhan, org akan terbayangkan kemeriahan hari raya, atau jualan murah sini sana, berpusu2 ke jalan TAR cari persiapan raya, paling tidak baju sepasang dua, itu ini habislah juga seratus dua..Itulah ragam manusia ...termasuklah diri ini.. ;(

Cuba kita renung balik, apa tujuan Allah jadikan Ramadhan itu bulan yang mulia..penuh kerberkatan..Mengapa tidak dipilih bulan2 lain?? Sebabnya mudah..kerana allah turunkan al-Quran di bulan Ramadhan..Disebabkan mulianya Al-quran yang diturunkan oleh malaikat jibril kepada junjungan besar Muhammad s.a.w., maka segala amalan kebaikan yang kita lakukan mendapat lipat kali ganda pahala oleh Allah. Teringat kata seorang ustaz, nak buat amal ini biarlah bijak, maksud gini, kalau kita rajin baca Quran di bulan2 lain, bila kita teruskan di bulan Ramadhan, maka pahala setiap ayat itu akan berkali ganda. Begitu lah caranya kita bijak mengumpul pahala. Buat sikit, tapi pahalanya berlipat ganda. Tapi perlu diingat, buat biarlah ikhlas kerana Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Penyanyang...

Terkedu sekejap dengar berita tentang..2 mangsa mati dihempap khemah sewaktu berniaga di bazaar Ramadhan, di Jasin (kalau tak silap lah..). Ni satu lagi fenomena org kita..Berpusu-pusu ke bazaar Ramadhan. Membeli itu ini..mengikut nafsu..haaa...tengok semua mmg sedap,tapi selepas berbuka..banyak nya yang membazir..rasa entah ke mana, duit banyak membazir..
Rasanya masak sendiri lebih jamin mutu, kerbersihan dan halalnya.. ;)
untuk para peniaga ,janganlah terlalu taksub meniaga hingga lupa tanggungjawab pada Yang Esa. Kaya mana sangat lah yang nak dicari, hakikatnya rezeki itu adalah pemberian Allah..

Errm..bila Ramdhan, tentulah berkait dengan solat tarawikh. Ini pon satu hal juga masyarakat kita ni.. Ada pulak yang dok tengok, pahala malam mana yang best baru nak buat.. aduuuiiyaii.. nampak nar tak ikhlas beribadat. Lagi satu, heboh pulak bilangan rakaat yang dibuat, kononnya lagi banyak lagi bagus. Alhamdulillah, di tempat saya, surau nya ada kesedaran, diselitkan tyazkirah antara solat tarawikh tu. Banyak juga teguran dan nasihat yang diberi. Antaranya, solat witir, kebyakkan kita hanya tau, witir itu sinonim dgn tarawikh. Walhal, solat witir adalah sunat muakad yang dianjurkan nabi s.a.w. sebelum tidor..Ada lagi, yang bagi alasan, kononnya nak bangun malam, sebab tu tak nak buat witir siap2. Padahal boleh aja, dilakukan sunat2 lain selepas witir..cuma tidak ada 2 witir dalam satu malam..

Ini sekadar renungan buat diri ini dan pembaca sekalian..Mudah2an kita merenung kembali amal kita sebelum kita menghadap Pencipta Yang Maha Agong.. Moga Ramadhan kali ni, kite perbaiki amalan & beramal sebanyak mungkin. Jadikan lah Ramadhan titik peribahan untuk kita mendekatkan diri kepada Allah..

Teringat kata seorg ustaz..diambil dari blog kawan...;)

"Bagaimana bermula, tidak penting..tetapi bagaimana berakhirnya hiudup ini..."


Renung2kan dan selamat beramal....

Selamat menjalani ibadah puasa...

5 comments:

paes said...

Salaamm.. lama tak update.. anyway, good reminder..

By the way, hadis yang menceritakan pahala-pahala tarawih ikut malam-malam tertentu tu rasanya Hadis Palsu.. kena check n confirm balik..

wallaahu a'lam..

zaza said...

salam paes..
yup..dah pnah dgr..rasanya Jakim dah kuar notis tu palsu..tu bahaya kalo tada ilmu..main ikot internet kan..

;)

asal said...

salam hari Merdeka. Harap Ramadhan ini memberi kita lebih faham makna Merdeka yang sebenar.

:)

Peace.

paes said...

Salam,

what happened to ur fb account?

anyway, saya dah bank in duit n nak mintak tlg pos dua (2) buah buku lg..
utk promotion n recommendation..

:)

paes77@gmail.com

zaza said...

ok..roger..
i dah balas dah kat emelyou..thank you