Saturday, July 4, 2009

Kisah sapi betina dalam surah Al-Baqarah....


Gambar sekadar hiasan....



Lagi sambungan kisah dalam Al-Baqarah..


-Cerita ini diambil sebagai nama surah..Al-Baqarah yang bermaksud sapi (lembu) betina..

Ayat 67:
kaum Bani Israil berjumpa dengan Nabi Musa a.s., kata ada seorang dibunuh (Amir namanya). Tak tahu mereka sapa yang bunuh dia.Mereka jumpa nabi Musa suruh doa pada Allah, tunjukkan siapakah pembunuhnya. Timbul tuduh-menuduh (mayat di lempar di depan pintu rumah si anu, tapi si anu tidak mengaku salah).Lalu mereka jumpa nabi Musa, sogh doa pada Allah, tunjukkan siapa pembunuhnya. Allah perintahkan untuk sembelih seekor lembu. Lalu mereka kata (Bani Israil)...marah pada nabi Musa, kerana anggap Musa perolok2kan mereka. Sebab Musa soh mereka sembelih lembu, padahal mereka nak tau sapa yang bunuh. Lalu kata Musa a.s, "Aku minta berlindung dari Allah daripada termasuk di kalangan orang yang jahil. Maka, tahulah mereka itu bahawa Musa itu benar.


Ayat 68:

Lalu, mereka (Bani Israil ) soh tanya lagi, lembu itu berapa tahun? Jantan ker betina? Kata nabi Musa, Allah soh pilih, lembu yang tidak besar, tidak kecil, sederhana, tidak tua, tidak muda. Sembelihlah benda (lembu itu) yang disuruh Allah.


Ayat 69:

Lalu mereka tanya lagi.. hey Musa, tanya sat kat Allah, lembu itu warna apa? Kata Musa, lembu itu yang sangat kuning warnanya. Bila orang tengok lembu itu, orang akan berkenan.

Ayat 70:

Kata mereka lagi.. Ya Musa, tanya lagi kat Tuhan kamu. Lembu yang macamana? Yang dok makan aje..atau yang dok kena buat keja? Bahawasanya, inshallah dapat lembu itu.


Ayat 71:


Kata Musa, lembu yang dijaga elok, bagi makan, mandi, sehat, tiada tempang. Lepas Nabi Musa a.s terang kat depa, baru lah mereka nak dengar kata nabi Musa itu benar. Maka mereka pon cari lembu itu, lembu yang dibela oleh seorang anak yatim,yang amat berbuat baik pada ibunya.Mereka beli lembu itu sebanyak kulit lembu itu dengan harga emas (harga yang sangat mahal).Maka mereka pon sembelih akan lembu itu.Kalau mereka ambil suruhan Allah yang mula2 tadi, tak lah payah selesai sudah masalah. (pilih mana2 lembu, sembelih..ni dok tanya banyak sangat..kan dah menyusahkan diri!!).Hampir2 mereka tak boleh buat kerana harganya yang sangat mahal.


Allah benci pada 3 benda:
1. Banyak cakap


2.Banyak tanya---> kite pon benci kalo orang tanya banyak sangat, sampai pening & geram.




Contoh macam ni:

y=mx + c

m tu apa?----> kecerunan


c tu apa?------> pintasan pada y


y tu apa?--------> persamaan pada y axis

Nih kira soklan lazim..tak pa lah tuk pemahaman....
tapi ada lak yang tanya , kenapa mesti tulis c tak e or z ker ??
nih kira saper mau jawab??
Nih lah dikatakan banyak sgt tanya.. haaahh..kalo ada yg suka jenis camni..tanya byk sangat..tu cam gol bani Israil lah..
3. Banyak bazirkan harta..



Ayat 72:




Allah bagi suspens dalam kisah ni. sapa si pembunuhnya. Dan ketika kamu bunuh seseorang tiada sapa pon yang mengaku bunuh. Tengok, gaya penceritaan al-quran..penuh suspens..Kalau kita tgk movie pon..kita nak suspens..tak de mula2 citer...terus bagi tau sapa pembunuh..tak suspens lah..






Amir:




-nama lelaki yang dibunuh itu


-Seorang laki2 yang kaya -raya


-Tiada waris (mandul), hanya ada 2 anak saudara yang miskin


-2 orang anak saudara nih...dok tunggu bila lah pak cik depa nih nak mati(lembat sangat nih..tua..tua dah..), lalu anak saudara itu bunuh dia supaya mereka mendapat harta pusaka.


-Lalu mereka usung mayat itu, letak kat pintu rumah puak lain, kat kg seberang.


-Lalu, jadi tuduh-menuduhlah, kata org kampung tu bunuh.


-Kemudian , si pembunuh itu pon, p lah jumpa nabi Musa a.s , kata orang kampung lain yang bunuh pak saudara itu.


-Lalu, kata Musa a.s , Allah soh mereka sembelih lembu,dan kerat ekor atau ada kata lidah lembu itu, dan pukul pada mayat itu.


-Dengan izin Allah, hiduplah mayat itu, lalu dia cerita saper yang bunuh dia,anak saudara yang bunuh. Llau, sesudah itu, dia mati balik.


-Maka haram bagi kedua anak saudaranya itu, akan harta pusakanya.

p/s: kalau anak bunuh bapa, haram juga baginya akan harta & duit si mati itu..tak dapat apa ..walau sesen.. (Hukum faraid)


Ayat 73:

Allah berkuasa menghidupkan nyawa2. Mudah2an..hey, kaum bani Israil, kamu mendapat petunjuk & fikirkan.

Ayat 74:


Allah keraskan hati kamu (Bani Israil)dari terima kebenaran, Kata Allah, hati mereka itu lebih keras dai batu,(walaupon pengajaran terbentang, depan mata,namun tatappp..tak terima kebenaran). Batu itu lebih lembut,sebab sekeras2 batu itu, terkeluar jua air (ingat lagi, kisah nabi Musa a.s. pukul batu dgn tongkatnya, lalu kelua 12 mata air)? Cuba tengok air terjun,celah2 batu ada air menitik.Namun, sekeras2 hati manusia, tak boleh buat apa.Batu yang besar itu jatuh, kerana ia takot pada Allah.Allah tak pernah lupa, akan apa yang kamu buat, tetapp.. allah balas dengan azab, sekiranya kita tidak bertaubat..

P/S:
Pengajran dalam al-quran..tidak khusus untuk sesuatu kaum sahaja. turunnya ayat Al-Quran itu bersebab...tapi pengajarn nya diambil untuk sepanjang zaman. Macam..nih.. Allah turunkan surah Al-Baqarah..cerita pasal kedegilan bani Israil..yang ingkar..Allah kutuk mereka..tapi kalu kita yang bani Melayu nih pon..dok lawan allah..degil..sama jugaklah kita mendapatan kutukan dari allah.

Wallahua'lam...




4 comments:

Anonymous said...

Tq ttg penerangan yg selamba tp mudah difahami, tp aku ada komen sikit, explanation ni medah difahami oleh org utara tp tidak utk org luar terutamanya Pantai Timur. Apaun TQ sbb usaha anda. teguran Membina

Unknown said...

Bagus penerangan yg santai. Moga menjadi pengajaran utk kita.terima kasih

hasdishah said...

Bani israel = bangsa melayu

hasdishah said...

Bani israel = bangsa melayu