Friday, April 30, 2010

Mencari Pasangan Hidup...


Assalamualaikum w.b.t



Alhamdulillah, kerana diberi kesihatan oleh Allah untuk menulis pada kali ini.Rasanya sudah lama benar, aku tidak menulis di ruangan ini.


Mencari pasangan hidup- sebuah buku yang harus dimiliki oleh setiap insan, sama ada yang sudah, belum atau yang sedang menuju ke alam perkahwinan. Kupasan isi yang cukup menarik & agak berbeza dengan buku2 pasal perkahwinan yg pernah aku baca sebelum ini. Kalau yang biasa kita baca pasal buku2 ini, majoritinya menekankan alam perkahwinan yang indah2 & tanggungjawab setiap pasangan...etc.. Namun, semakin dibaca buku ini, kita dapati penulis memandu kita agar mempersiapkan diri dengan ilmu & takwa kepada Allah, sebelum kita memikul another tanggungjawab..iaitu sebagai suami (ketua keluarga), isteri sebagai penasihat dalam memastikan anak2 diacu dengan acuan ISLAM yang sebenar!!


Wah!! Semakin dibaca, penulis membawa kita untuk muhasabah diri dengan sebenar2 Iman di dada. Agar kelak, bila berumahtangga, kita benar2 tabah bila diuji Allah. Rumahtangga yang bahagia, bukanlah yang tidak pernah di landa badai. Cuma, bagaimana kita menangani menurut pandangan Islam. Diakhir bab, diselit sedikit sketsa penulis ...ermm..seolah2 kita turut dimasukkan dalam sketsa itu...Pembacaan yang sebenarnya berat, namun diringankan/ dimudahkan melalui kreativiti penulis.



Kreativiti penulisan yang lahir dari jiwa anak muda, yang cintakan ISLAM & suka berdakwah. Sememangnya perlu dibaca oleh setiap manusia yang inginkan perubahan dalam hidupnya, agar benar2 berada di landasan yang lurus!! Insyallah..
Terima kasih Allah, kerana beri aku peluang untuk muhasabah diri ini... Insan lemah yang penuh dosa......

6 comments:

paes said...

Salam..

..akhirnya ter'update jua.. bizi kot? hehehhe..

anyway good review.. nanti try cari..

zaza said...

salam paes..

yep..bz bebenor lately..hehee..
mesti baca ok!!

Ako Retna said...

ehemm... selamat membaca dan mencari ek hehe

zaza said...

hihih..ok..jom buat ops besar2an..
ngehngehngeh...

ASaL said...

at last ada entri baru :) best buku, boleh pinjam

zaza said...

bleh..aja, nak pjam..nih kira persiapan awal lah..hihihi...
( weh.. awal ker nih?? hahaa)
apa citer beb..??