Saturday, April 4, 2009

Alahai......

DI MANA BOLEH KU TEMUI MELAYU?
Di mana boleh ku temui Melayu
Di pasar Malam dan Pasar Minggu
Di mana boleh ku temui Melayu
Di Akademi Fantasia dan Juara lagu
Di mana boleh kutemui Melayu
Di jom heboh dan Pameran Hantu
Di Mana boleh ku temui Melayu
Di Jalan Raya Merempit Malam Minggu
Di Mana Boleh Kutemui Melayu
Di Sungai Buluh, Pusat Serenti Yang Dulunya Penjara Pudu
Di Mana Boleh Ku Temui Melayu
Di Lorong Gelap Melacur Diri Tanpa Malu
Di Mana Boleh Kutemui Melayu
Di pub, disko dan tempat berkumpulnya segala kutu,
Di mana boleh ku temui Melayu
Di dalam internet, MMS beraksi tubuh nan gebu.
Di mana Boleh kutemui Melayu
Di kedai simpang berkaraoke tak kira waktu
Di mana boleh kutemui Melayu
Di Kelab dangdut, Kiambang Biru
Di mana boleh Ku Cari
Melayu berjiwa Maju
Di Mana boleh Ku cari
Melayu ulat buku
Di Mana boleh Ku Cari,
Melayu berminda jitu
Di mana boleh Ku Cari
Melayu Berkiblat Pada Islam Yang Satu
Di Mana Boleh Ku Cari
Melayu bersatu-padu
Di Mana boleh Ku Cari
Melayu Yang Ikut Rasul Terdahulu
Di Mana boleh Ku Cari
Melayu beradab dan ada rasa malu
Di Mana boleh Ku Cari
Melayu yang ikhlas hati kalbu
Melayu pejuang, berminda klas satu.
---------------------------------------------------------------
SHEIKH AL-STARIALOR STAR, KEDAH5 JUN 2007::


P/s: Perjuangan kerana bangsa tidak dipandang mulia, tetapi perjuangan kerana Islam pasti mendapat balasan syuga....
... Umph... No..No..No...

So fikir2 lah..

No comments: