Saturday, October 17, 2009

Sambungan Al-Baqarah (bab Haji)


mari kite lihat sejarah awal pembinaan kaabah ini yang allah terangkan in details dalam al Baqarah:


Ayat 125:


Allah buat baitillah melalui hambaNya nabi Ibrahim & Nabi Ismail. Ada benda yang allah bagi terus seperti kejadian malam & siang..langit, hujan..etc..Ada benda yang allah bg melalui perantara cth: Gaji kita hakikatnya Allah yang bagi, melalui majikan kita.

Baitillah

-Binaan yang sangat mulia

-Binaan pertama di muka bumi.

-"Rumah" allah (Allah, pelihara, jaga..jgn samakan dgn rumah kita..beza ya..!!)

-Ada keberkatan binaan 4 segi.

Kaabah- jantung hati bg seluruh umat Islam.

-tempat berulang-ulang bg manusia.Lepas pergi, kita berasa nak pergi lagi..lagi...& lagi..

-Bila masuk ke masjidil haram-kita rasa aman sentosa, tenang, tak de rasa segan, malu..walaupon ada pelbagai bangsa dari pelbagai keturunan dan pangkat.



Tawaf-- hanya guna untuk tujuan ibadat. Jangan kite dok buat lawak perkatan tawaf ni. Contoh kita kata..tawaf kedai..etc..Seolah2 kite perlekehkan apa yang Allah soh buat itu.Kite kena hormat, benda agama jgn dok buat main.


Dan ambil oleh kamu pada makam Ibrahim itu tempat sembahnyang. Disuruh kite solat sunat 2 rakaat di belakang makam Ibrahim, paling baik, sebelum saie'.



Makam Ibrahim- batu tempat nabi Ibrahim berdiri atasnya sewaktu bina kaabah.

-Bukan kubur nabi Ibrahim--ramai yang salah faham makna makam Ibrahim ni..

-Ada kesan 2 tapak kaki nabi Ibrahim.


Asal kaabah- 4 segi panjang (segiempat tepat). sewaktu Mekah di landa banjir, kaabah runtuh, ketika itu umor nabi 30 tahn. So bila bina semula, jadilah saiznya yang kecil sehingga kini. Biasa, kita tgk, bila sesebuah rumah tu, roboh..akibat bencana..etc..bila bina balik, biasanya ia akan lebih kecil dari yg asal. Lalu, nak menandakan kawasan kaabah itu, buat lengkung hijir Ismail.


Allah soh nabi Ibrahim & Ismail berjanji bahawa suci oleh kedua kamu akan rumah ini dari segala syirik (berhala), bagi segala org yang tawaf hanya semata2 kerana Allah.


Tawaf--sama macam solat

--Kena wudu'

--Bezanya, solat x leh cakap..tawaf boleh cakap, tapi lebih baik diam..



Ayat 126:



Doa nabi Ibrahim: Hey Tuhanku!! Jadikan Mekah ini aman, supaya senang org nak buat ibadat.So pegang, pada ayat ini. Jaangan takot nak p Mekah atas alasan..wabak berbahaya l;ah.. pengganas lah..etc..Nabi Ibrahim dah doa pada Allah agar jadikan Mekah itu aman.Dan sesungguhnya terima doa'nya aman & jadilah ia tanah haram..tak boleh berburu, memetik bunga..hatta mencabut rumput sekalipon.


Doa nabi Ibrahim lagi. Rezekikan penduduk Mekah dari rezeki buah-buahan. Segala macam buah2an ada.Nabi Ibrahim, dah doa' siap2 pada Allah.Mekah itu bumi yang kering kontang. Tak da sg, parit..etc..So nampak tak, Mekah walaupon tak ada air, nabi Ibrahim yakin berdoa pada Allah agar dikurniakan pnduduk Mekah akan buah2an. Lalu Allah perkenankan doa hambaNya yang ikhlas itu. Jika kita lihat di Mekah..apa saja buah pasti ada..Epal..anggur..zaitun, kurma..hatta petai pon ada. Walaupon bukan di tanam di sana. Namun Allah datangkan melalui peniaga2 atau pedagang2 luar. Gitulah hendaknya, kadag2 kite berdoa..namun allah tak beri seperti apa yang kita minta, namun Allah beri dalam bentuk yang lebih baik..Sesengguhnya allah maha mengetahui apa yang kita tak ketahui.




So bila p Mekah. bayankkan makan buah2an. Yelah, sana kan kering kontang..panas..buah2an & jus amat baik. Bijaknya nabi Ibrahim a.s. Setiap kali letak batu binaan kaabah, beliau berdoa' pada allah..letak batu lagi..doa..sampailah siap binaan itu. So bila Allah soh nabi Ibahim, bina kaabah..nabi terfikir dalam otak nak makan apa? nak minum apa?

So beliau berdoa pada Allah, agar jadikan bumi Mekah ini aman,, rezekikan dgn buah2an.


nabi Ibrahim buat kaabah..dgn 2 kekuatan..kekuatan fizikal..(untuk angkat batu) & spiritual (berdoa pada Allah yang Esa..)



wallahualam..


5 comments:

shazleen said...

Good post there zaharah.

zaza said...

thank you..

paes said...

best ek... bila laaa mampu nak pergi buat haji..

ASaL said...

Nabi Ibrahim juga diangkat sebagai Imam. :)

nice posting :)

zaza said...

paes: inshallah..yg penting musti ada cita2 nak p haji.

As: thanks..;la ni musim haji..sbg renungan tuk kita ;-)


moga kite diberi kesempatan oleh allah ya...