Sunday, February 8, 2009

Al Lahab (Api Yang Menyala)

Salam semua.. Sama-sama lah kita menghayati surah ini.

_Surah ini diturunkan di Mekah (sebelum Nabi S.A.W. berhijrah ke Madinah)
_Ada 5 ayat.

Sejarah turunnya ayat ini. Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas (Bapa saudara nabi yang paling muda)

Allah memerintahkan nabi pertakutkan kaum kerabat yang paling hampir. Pertakutkan di sini merujuk kepada cerita-cerita tentang hari akhirat (pembalasan) bagi mereka yang ingkar akan perintah Allah. Seperti mana yang kita ketahui, pada awal penyebaran Islam, Nabi S.A.W diperintahkan oleh Allah untuk menyebarkan Islam secara sembunyi-sembunyi iaitu pada kaum kerabatnya yang terdekat sahaja.Orang yang mula2 menerima ajaran Islam yang dibawa Nabi S.A.W ialah isteri baginda iaitu Saidatina Khadijah, Lalu diikuti oleh anak saudara nabi Ali B Abi Talib, dan seterusnya sahabat nabi Saidina Abu Bakar As Siddiq. Setelah itu, Allah perintahkan Nabi S.A.W agar menyebarkan Islam secara terang-terangan.

Nabi lalu naik ke atas Bukit Safar, menyeru kaumnya untuk berkumpul. Llau terdengarlah akan penduduk Mekah. Mereka bertanya suara siapakah itu? Lalu salah seorang menjawab.. "Itu suara Muhammad". Lalu mereka semua pakat berhimpun pada Bukit Safar.Mereka tahu Nabi S.A.W tidak pernah bercakap bohong. Baginda dikenali sebagai Al-Amin..iaitu org yang jujur. Lalu Nabi Muhammad S.A.W pertama kalinya bercerita tentangazab akhirat, jika ingkar pada suruhan Allah, ajaran yang dibawa Nabi S.A.W ini. Lalu Abu Lahab mencelah."Celaka kamu,!!kerana inikah engkau panggil kami?"(Abu Lahab orang yang mula2 maki Nabi Muhammad S.A.W). Dia berani sumpah, kalau benar apa yang Nabi SA.W. cakap dia akan tebus harta benda & anak pinaknya.

Ayat1:

Celaka bagi kedua tangan Abu Lahab.

Ayat 2:

Harta bukan segalanya. Inilah penyakit orang kaya. Selalu fikir harta adalah segalanya. Anak Abu Lahab (Uthaibah- telah memeluk Islam). Abu Lahab mati 7 hari selepas perang Badar. Waktu itu umornya sangat tua. Tidak larat dia untuk pergi berperang. Walaubagaimanapun, dia telah menyumbangkan sebahagian besar hartanya untuk memerangi Islam.Dia mati akibat barah..

Ayat 3:

Lagi akan masuk Abu Lahab ke dalam neraka, api yang menyala-nyala.

Maka suatu hari Ummul Jamil (ibarat ratu cantik, zaman ni), isteri kepada Abu Lahab, terdengar akan ayat ini dibaca2 & di ulang2, terjegil mata dia kerana orang dok baca ayat Quran yang cerca suaminya. Yelah, waktu dulu, bila ada satu ayat yang diturunkan Allah kepada Nabi S.A.W, para sahabat begitu gembira untuk menghafalnya. Caranya adalah diulang2 lah agar cepat ingat. Isteri abu Lahab ini sangat marah, lalu mengambil batu nak baling pada Nabi S.A.W. Namun, Allah kurniakan mukjizat pada Nabi S.A.W. Setiap kali Ummul Jamil ingin membaling batu pada Nabi S.A.W, dia tak dapat melihat kelibat baginda.Lalu dia tak dapat baling batu pada Nabi S.A.W, maka dia ambil kayu yang berduri dan letak kat jalan yang Nabi S.A.W selalu lalu.

Ayat 4:

Dan kerjanya setiap hari, si isteri Abu Lahab ini akan menjunjung kayau api yang berduri & dilontar pada jalan2 yang Nabi S.A.W selalu lalu. Dia juga menggelar Nabi S.A.W dgn panggilan yang buruk.

Ayat 5:

Di leher isteri Abu Lahab itu ada tali yang diguna untuk junjung kayu duri, untuk dilontar pada jalan Nabi Muhammad S.A.W yang selalu lalu. lalu pada suatu hari, dia kepenatan, lalu duduk di tepi batu.Kayu api yang dijunjungnya itu tidak stabil lalu jatuhdan tali yang diikat bersama kayu yang digantung di lehernya ituterus mencekiknya, lalu matilah dia..


Pengajaran:

Jangan kita menghalang / menyekat orang yang ingin belajar atau menyebarkan agama Allah. Kerana orang yang menghalang itu adalah seperti isteri Si Abu Lahab. Kelak akan dicampak kedalam api neraka yang menyala-nyala. Abu lahab ini adalah orang yang begitu gembira atas kelahiran Nabi S.A.W. Dia berkorban ratusan unta kerana gembira atas kelahiran Nabi S.A.W. Namun, dia jugalah orang yang paling kuat menentang ajaran yang dibawa Nabi S.A.W.

Cuba tengok zaman la ni.. Siapa antara kita yang begitu hebat menyambut Maulud Nabi.. berarak sana-sini , tapi at the same time tatap.. berpaling pada ajaran yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W. Kalau ada.. itu adalah perangai Si Abu Lahab & kita akan dicampak kedalam api neraka...



Semoga kita semua mengambil ikhtibar..

wallahualam

No comments: