Wednesday, April 15, 2009

Life is beautiful....



Dua tiga menjak nih,... aku keboringanlah yang amat sangat.. Sedis, muram..tension..nervous etc.. arghhhh mood untuk keje pon tak nye ada.. Nak tak nak aku kena laluinya jugak.. Yeah 2 hari lagi..pastu leh rileks..Eh.. korang perasaan tak? Kebelakangan nih (actually dah lama dah) masa berlalu begitu pantas..kadang2 tak terkejar.. Cuba bayangkan..pagi tadi bangun..bermalas-malasan..g keje..lunch time..then balik.. Rasa cam tak byk mende yang dapat buat.. Kalo dulu-dulu time aku kecik2..kite dapat rasa satu hari berlalu amat lambat sekali.. rasa macam2 leh buat..basuh baju..kemas rumah..pergi bank..siram pokok etc...mayak mende lah.. Tapi la ni.. rasa, masa silih berganti..cam berlari lah.. Kawan aku pernah cakap..suatu hari nanti bumi ini akan berputar makin hari makin laju..sampailah terkeluar dari paksinya..Kiamat lah. Tapi la ni pon, kita tengok banyak dah kejadian pelik yang berlaku sekeliling kite. Contoh gempa bumi..dulu ngara kita mana ada..la ni dah ada.. Allah bagi kita rasa sikit2, supaya nnt kita tak lah suspens sangat. Maknanya.. kita beringat lah lah ni..taubat cepat2. Tapi kalau kita masih leka.. takut2 kita tergolong orang yang rugi pulak.

Yelah..bila aku tgk balik gambar2 anak sedara aku nih..cepat benar rasanya mereka membesar.. Maknanya..aku ni pon dah banyak jugak lah umornya hihihihihihi.... Tu lah dunia.. muda lawannya tua..hidup lawanya mati..

Oklah.. tarak mende arr mau ngomel.. Enjoy the pics...Muahhhhssss!!!

Saturday, April 4, 2009

Alahai......

DI MANA BOLEH KU TEMUI MELAYU?
Di mana boleh ku temui Melayu
Di pasar Malam dan Pasar Minggu
Di mana boleh ku temui Melayu
Di Akademi Fantasia dan Juara lagu
Di mana boleh kutemui Melayu
Di jom heboh dan Pameran Hantu
Di Mana boleh ku temui Melayu
Di Jalan Raya Merempit Malam Minggu
Di Mana Boleh Kutemui Melayu
Di Sungai Buluh, Pusat Serenti Yang Dulunya Penjara Pudu
Di Mana Boleh Ku Temui Melayu
Di Lorong Gelap Melacur Diri Tanpa Malu
Di Mana Boleh Kutemui Melayu
Di pub, disko dan tempat berkumpulnya segala kutu,
Di mana boleh ku temui Melayu
Di dalam internet, MMS beraksi tubuh nan gebu.
Di mana Boleh kutemui Melayu
Di kedai simpang berkaraoke tak kira waktu
Di mana boleh kutemui Melayu
Di Kelab dangdut, Kiambang Biru
Di mana boleh Ku Cari
Melayu berjiwa Maju
Di Mana boleh Ku cari
Melayu ulat buku
Di Mana boleh Ku Cari,
Melayu berminda jitu
Di mana boleh Ku Cari
Melayu Berkiblat Pada Islam Yang Satu
Di Mana Boleh Ku Cari
Melayu bersatu-padu
Di Mana boleh Ku Cari
Melayu Yang Ikut Rasul Terdahulu
Di Mana boleh Ku Cari
Melayu beradab dan ada rasa malu
Di Mana boleh Ku Cari
Melayu yang ikhlas hati kalbu
Melayu pejuang, berminda klas satu.
---------------------------------------------------------------
SHEIKH AL-STARIALOR STAR, KEDAH5 JUN 2007::


P/s: Perjuangan kerana bangsa tidak dipandang mulia, tetapi perjuangan kerana Islam pasti mendapat balasan syuga....
... Umph... No..No..No...

So fikir2 lah..

Saturday, March 28, 2009

Selamatkan bumi..Sahut cabaran Earth Hour...




Mulanya aku pun tak tahu apa kempen Earth Hour. Apa sebab kena padam lampu kol 8.30-9.30 malam nih. Oh..rupanya sebagai tanda kasih sayang kita terhadap bumi. Tempat kita tinggal selama ini. bumi sedang tenat akibat pemanasan melampau oleh tindak tanduk penghuninya. ermmm..mulanya aku pun sceptical jugak..yelah macam taksub ker apa..Tapi setelah baca sedikit info dari seorang sahabat lama..barulah aku paham..Thanks as for this info. Untuk keterangan lanjut layarilah:

http://wadikita.blogspot.com/

So..kawan-kawan semua, marilah kita sama-sama menjayakan kempen ini. Semoga usaha kita yang sedikit ini dapat memberi kesan yang baik kepada bumi.

So , jangan lupa tonite.. 8.30-9.30malam ok... PADAM Lampu..

Saturday, March 14, 2009

Al-Ikhlas (Tulus)...Mengenal Allah

Ikhlas---> hanya semata-mata kerana Allah S.W.T
-Diturunkankan di Mekah
-Ada 4 ayat

-Musuh2 Islam , tanya nabi S.A.W tentang Tuhan.
-Rupa Tuhan? diperbuat daripada apa? tembaga?
Emas? Batu Mutiara? Batu? tolong Jelaskan.
-Kata mereka "Hey Muhammad, tolong huraikan sifat Tuhan kamu, yang kau mahu kami sembah itu?


Ayat 1-4:

Kata olehMu, katakan : Allah itu Tuhan Yang Esa. Allah adalah Tuhan yang kekal bagi seluruh makhluk. Sifatnya tumpat, tidak berongga.Allah tempat kita berharap & meminta pertolongan. So jangan meminta selain daripada Allah. Allah tidak beranak dan diperanakkan. Mana bukti yang mengtakan Isa anak Allah atau Uzair anak Allah? Sila tunjukkan!! Dan tidak ada yang sama atau sekufu denganNya. Hanya Allah semata-mata.



Ini adalah dalil yang jelas menunjukkan siapa Tuhan kita! Ini adalah akidah yang perlu dipegang kemas oleh setiap umat Islam.


"Lailaha illahallah Muhammad rasulullah"

Erti: "Tidak ada Tuhan selain Allah & Muhammad itu adalah pesuruh Allah"

Ringan pada sebutan tapi berat pada timbangan..

Renung-renungkan & selamat beramal.....


Monday, March 9, 2009

Kenali Rasulullah S.A.W


Tanggal 12 Rabiul Awal Tahun Gajah.. Lahirlah insan mulia yang menerangi alam. Lahirnya membawa seribu rahmat. Sempena bulan kelahiran nabi s.a.w ini marilah kita sama-sama menghayati dan mengenali insan tercinta junjungan mulia ini, Muhammad bin Abdullah yang merupakan kekasih Allah.


1. Nabi S.A.W kematian bapanya sewaktu baginda masih dalam kandungan ibunya. Nabi kehilangan ibu tercinta sewaktu umurnya 6 tahun. Nabi menjadi yatim sewaktu dalm kandungan lagi. Oleh itu nabi S.A.W amat muliakan ank yatim dah amat belas ihsan kepada anak yatim kerana baginda tahu akan rasanya memnjadi anak yatim. oleh itu, kita sebagai pengikut nabi S.A.W hendaklah muliakan anak yatim. Anak yatim mempunyai kedudukan yang tinggi, kerana nabi S.A.W merupakan anak yatim.


p/s: Anak yatim adalah anak yang kematian bapa. Yang kematian ibu, tidak pula dipanggil anak yatim. Dalam Islam tak de pula yatim piatu ok.. Ini salah faham masyarakat Melayu khususnya..



2.Nabi S.A.W dikenali sebagai Al-Amin, iaitu org yang jujur & sentisa bercakap benar. Peribadi mulia nabi ini dilihat sewaktu beliau masih kecil lagi, dan sebelum diangkat menjadi nabi & rasul.


3. Nabi S.A.W mempunyai peribadi yang mulia. Beliau kasih pada kanak-kanak dan orang tua. Menyanyagi haiwan terutama kucing. Berbuat baik pada semua orang, walaupun orng itu berbuat jahat pada nabi. Ada satu kisah tentang betapa mulianya peribadi Rasulullah..


Setelah Rasulullah wafat, Sayyidina Abu Bakr menanyakan kepada puterinya, Sayyidah Aisyah, “Anakku adakah sunnah (kebiasaan) kekasihku yang belum aku kerjakan?” Kemudian Sayyidah Aisyah menjawab, “Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah. Hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja. Setiap pagi, Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana.”
Keesokan harinya Sayyidina Abu Bakr pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Beliau bertanya kepada seseorang, kiranya dimana dia dapat menemui pengemis Yahudi yang buta itu. Lalu dikatakan kepadanya bahwa untuk mengenalinya mudah saja. Jika ada seorang tua yang buta dan dari mulutnya selalu keluar kata-kata umpatan bagi Nabi Muhammad, maka itulah orangnya. Bayangkan, di kota yang dipimpinnya, ada orang yang setiap hari kerjanya mencaci-maki beliau, tetapi Nabi Muhammad membiarkan orang tersebut. Beliau tidak menangkapnya, tidak menghukumnya, bahkan menyantuninya.
Sayyidina Abu Bakr mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Sayyidina Abu Bakar mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, “Siapakah kamu?” Sayyidina Abu Bakr menjawab, “Aku orang yang biasa.”
“Bukan! Engkau bukan orang yang biasa menyuapiku,” jawab si pengemis buta itu. “Apabila orang yang sering menyuapiku datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu ia menghaluskan makanannya sehingga aku tidak susah mengunyahnya,” kata pengemis buta itu.
Sayyidina Abu Bakr tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, “Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya. Orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.”
Mendengar penjelasan Sayyidina Abu Bakr, Yahudi tua itu begitu terharu hingga meneteskan air mata, kemudian berkata, “Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghina dan memfitnahnya, namun ia tidak pernah memarahiku sedikitpun. Ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi. Sungguh ia begitu mulia.” Pengemis Yahudi buta itu pun akhirnya bersyahadat di hadapan Sayyidina Abu Bakr.



4. Nabi S.A.W seorang insan yang berfikiran jauh. hal ini dapat di lihat dalam perang terakhir yang disertai nabi. Hasil rampasan perang itu, nabi telah bahagikan harta rampasan perang yang lebih kepada penduduk Mekkah. Hal ini menyebabkan penduduk Madinah tidak berpuas hati. Mereka beranggapan bahawa nabi S.A.W telah pilih kasih & melebihkan penduduk Mekkah. Umum tahu, Mekkah adalah tempat kelahiran Nabi, kampung halaman tercinta. Nabi Muhammad S.A.W sedih mendengar hal itu, lalu memanggil semua penduduk Madinah berkumpul. Lalu nabi memberitahu penduduk Madinah..


"Penduduk Mekkah hanya mendapat harta..Tetapi kalian penduduk Medinah mendapat aku. " Nabi memutuskan untuk menetap di Madinah. Lalu nabi berkata " Apakah harta itu lebih bermakna dari diriku??"

Nabi wafat di Madinah. Cuba baynyangkan jika nabi tidak wafat di Madinah. Siapa yang akan pergi ke Madinah. Rukun haji semuanya di Mekah. Kita ke Madinah kerana ingin menziarahi makam Rasulullah. Begitu, Rasulullah S.A.W seorang yang befikiran jauh.

Penduduk Madinah mengais mendengarnya.



5. Nabi S.A.W seorang hakim yang adil lagi bijaksana. Berlakulah pergaduhan diantara kabilah untuk meletakkan batu hajar aswad di tempat asalanya apabila Mekah dilanda banjir besar. setiap kabilah berebut untuk meletakkan batu hajar aswad di tempat asanya. Mereka sanggup berbunuhan. Lalu mereka sepakat untuk menyuruh orang yang mula2 masuk ke kaabah pada esoknya untuk menjadi hakim. Lalu ditakdirkan Allah, nabi Muhammad S.A.W adalah orang yang mula-mula masuk ke kawasan kaabah itu. Lalu mereka bersepakat untuk melantik nabi menjadi hakim. Nabi lalu membentangkan kain serban dan setiap penjuru kain dipegang oleh ketua kabilah. Baginda S.A.W sendiri yang meletakkan batu hajar aswad itu di tempat salanya. hal ini telah mengembirakan semua kabilah.



Begitulah serba sedikit kisah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Marilah kita sama-sama menghayati kisah nabi & mencontohi peribadi mulia yang dibawa nabi. Nabi meninggalkan kita wasiat yang amat berharga iaitu Al-Quran & As-Sunnah, yang menjamin kita kehidupan yang selamat di dunia dan di akhirat..Mari kita perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar ini. Insan mulia yang dimuliakan Allah ini. Muhammad bin Abdullah.



" sallahalla hu ala Muhammad..Sallahallahu alaihi wassalam"

Saturday, March 7, 2009

Mari Memasak..ewahhh.....



Sebetulnya minggu ni dah berkira -kira nak balik KL. Yealah walaupon baru balik minggu lepas, tapi rasa cam nak balik lagi..boring arr dok sini..huhuhuhuh

Tapi disebabkan pagi tadi terbangun lewat, hajat di hati dibatalkan. Rasa malas pulak nak drive back sesorang. So , ajaklah kengkawan tuk p ngaji pagi nih. Rasa malas nak drive.. Malas lagi... Apa kena lah aku nih..malas..malas..malas....

So, lepas lunch..basuh baju, then hujan pon turun dgn lebatnya. So apa lagi..tak lepaskan peluang untuk tidur dalam sejam dua. Tapi nampaknya dah terbabas..hinga berjam-jam.. huhuhuhu

Yelah..dah bagun tidor..ujan lagi..tentulah lapor kan..So fikir punya fikir..terlintas lah idea nak mkn makaroni bakar..yelah..kan skang semua pakat banned pizza, kfc..mcd..etc,,, Tapi keinginan nak makn tuh menyebabkan aku usahakan gak p surfe internet cari resipi makaroni bakar. At last aku jumpa arr satu resepi yang simple gitu. Nih kira pestime arr aku try.. Jadi tak jadi, terserah..pasal aku sowang je yg nak makannya..hehhehehe

So , akhirnya terhidanglah sudah makaroni bakar yang kumasak untuk hidangan petang & malam sekaligus.. Ehemmm... not bad arr...

p/s: terimas pada yang buat resepi nih. Errmmm.... boleh caya gak resepi derang nih...

Life is beautiful....

"Jangan kau tangisi sesuatu yang bukan milikmu, boleh jadi sesuatu yang kau sayangi itu bukanlah yang terbaik untukmu & sesuatu yang kau benci itu boleh jadi yang terbaik buatmu"

"Allah Maha Mengetahui sesuatu yang terbaik untuk kita. Allah tidak akan menzalimi hambaNya. Jadi bersangka baiklah dengan Allah"

"Allah datangkan musibah/ dukacita kerana Allah masih sayangkan kita & semoga kesedihan akan mendekatkan kita kepada Allah S.W.T"


Buat diriku & kalian semua. Moga menjadi iktibar.....