Saturday, May 29, 2010

Masih ada yang sayang.....

Last week, aku dapat emel from my cousin pasal seorang ibu muda yang merayu bantuan untuk kos operation anaknya yang sakit jantung. Ini bukan kali pertama aku dapat emel seumpanya. Biasanya aku baca kisah2 tu, rasa sedih & berlalu. Aku hanya tolong forwardkan emel pada sahabat handai, mungkin ada yang ingin menghulur bantuan. Di takdirkan, kakak aku terbaca emel tu, dan lantas dia mengajak aku ke rumah adik kecil itu. Ok lah, memandangkan Jumaat public holiday (Wesak), dan aku pun tada apa2 plan yang penting, lagi pula rumah adik daniel berhampiran aje dgn rumahku. So, kami pon plan untuk ke rumah si kecil pagi Jumaat. So, memandangkan cuti, aku risau jika ramai org yang berpeluang untuk menziarahi adik tu, so aku soh lah minah ni siap & jumpa somewhre berdekatan tepat jam 8.00 pagi. Alkisahnya, si kakak aku nih pon, msg kata dia dah on the way. Aku pon bergegas siap. Tapi tak nampak2 btg hidungnya. Bila telepon, rupanya baru nak siap,bangunkan anak2 dia.. So just imagine... berasaplah kepala aku dgn minah..ni, Dia cakap tersalah msg..adusssss..hanginn satu badan..Errmm...sempatlah berperang mulut pagi tuh..dush..dush.. At last, dia cakap..dia datang ramai dgn anak2 dia, aku sorang mestilah cepat..bla..bla..bla.. Ye lah kau menang!! ;-P

Ok..back to adik daniel..Ketika kami sampai, setelah sesat-birat..(hihi..nama jek dekat, tapi tak pernah pegi situ), akhirnya ketemu jua dgn adik kecil nih.. Sayu tgk.. umurnya 3 thn, tapi badan kurus..kepala besar (aku lupa lak apa nama pnyakit nih...macam air penuh kat dlm otak..errr...i'm not so sure, about it..), & bleh tgk jantung adik nih..ngeri sgt..Keluarga ni agak susah..kat area penempatan perkampungan OKU, sebelah Putra Height ..( betul2 belakang flat kat dalam Putra Height tuh).Mengikut ibu adik Daniel nih (Maz Izati), beliau memerlukan lagi beberapa ribu untuk kos operation tu yg di jangka buat 9 June ini. Ayah adik nih, keje kat kedai basikal, somewhre thre. atok adik ni plak, adalah OKU. So, kira ayah dia menyara 2 orang istimewa kat rumah tu. Tentulah banyak guna kos gitu,gini..

Kebetulan, waktu kami tiba, org TV3 pon baru sampai..Hajat di hati memang nak stay lama kat rumah adik tu..tapi macam malas plak, ada crew2 kat situ, sebok mengeluarkan peralatan kamera..etc..so kitaorang pon, cepat2 masuk & jumpa keluarga Si kecil tu. Dan bergegas balik, sempat pulak..abg cameraman tuh soh tunggu...sembang2..hihi..idok lah teman (mlam tadi ada kuar news pasal kisah adik nih..). So, inshallah, aku cadang nak jenguk lagi adik ni, sebelum dia pi operation tuh.

Friday, April 30, 2010

Mencari Pasangan Hidup...


Assalamualaikum w.b.t



Alhamdulillah, kerana diberi kesihatan oleh Allah untuk menulis pada kali ini.Rasanya sudah lama benar, aku tidak menulis di ruangan ini.


Mencari pasangan hidup- sebuah buku yang harus dimiliki oleh setiap insan, sama ada yang sudah, belum atau yang sedang menuju ke alam perkahwinan. Kupasan isi yang cukup menarik & agak berbeza dengan buku2 pasal perkahwinan yg pernah aku baca sebelum ini. Kalau yang biasa kita baca pasal buku2 ini, majoritinya menekankan alam perkahwinan yang indah2 & tanggungjawab setiap pasangan...etc.. Namun, semakin dibaca buku ini, kita dapati penulis memandu kita agar mempersiapkan diri dengan ilmu & takwa kepada Allah, sebelum kita memikul another tanggungjawab..iaitu sebagai suami (ketua keluarga), isteri sebagai penasihat dalam memastikan anak2 diacu dengan acuan ISLAM yang sebenar!!


Wah!! Semakin dibaca, penulis membawa kita untuk muhasabah diri dengan sebenar2 Iman di dada. Agar kelak, bila berumahtangga, kita benar2 tabah bila diuji Allah. Rumahtangga yang bahagia, bukanlah yang tidak pernah di landa badai. Cuma, bagaimana kita menangani menurut pandangan Islam. Diakhir bab, diselit sedikit sketsa penulis ...ermm..seolah2 kita turut dimasukkan dalam sketsa itu...Pembacaan yang sebenarnya berat, namun diringankan/ dimudahkan melalui kreativiti penulis.



Kreativiti penulisan yang lahir dari jiwa anak muda, yang cintakan ISLAM & suka berdakwah. Sememangnya perlu dibaca oleh setiap manusia yang inginkan perubahan dalam hidupnya, agar benar2 berada di landasan yang lurus!! Insyallah..
Terima kasih Allah, kerana beri aku peluang untuk muhasabah diri ini... Insan lemah yang penuh dosa......

Friday, November 20, 2009

Pentingnya Ilmu dalam kehidupan...


Sambungan Al-Baqarah (ayat 118- 120)


Cara nak kenal Allah:

-yang menghidupkan & mematikan

-yang mengubah siang & malam tanpa ada silapnya

-yang menurunkan hujan & menghidupkan pokok

etc...etc.. (lihat sekeliling kita, fikirkan...)


-Nak kenal Allah melalui sifat2nya, bukan rupa!!


-Bila datang taqdir, Qada' & Qadar Allah:

fikiran ------> bodoh

Mata ------->buta

Telinga------> pekak


(Seringkali kita dgr, bila berlaku kecelakaan, andai aku x buat camni, tentu benda ni x jadi..etc..etc..Sebenarnya, itulah ketentuan Allah yg menyebabkan fikiran, mata & telinga kita x dpt fungsi -----> kecelakaan..!!) Qada' & Qadar Allah... wallahua'am...



Ayat 118:


Allah benci sangat org yg jahil (x berilmu). Allah soh kita jauh dgn org yg bodoh (jahil).


-Dan telah berkata org2 jahil, "Apa kena nak wakil pada Muhammad, awat allah tak kata kat kami sendiri..yang engkau itu Rasul??"

-Inilah kata Allah, contoh percakapan org2 yg jahil (bodoh, x berilmu).

-Nak jadi hebat kena ada.............ILMU.


Cth1: Kaum bani Israel-----> Allah bagi makanan dari syurga, tika depa sesat kat pdg Teh dulu..

------->laut terbelah 2, terselamat dari Firaun..

-------->namun, kaum bani Israel, tetap xjd baik, ingkar jua depa.


Cth2: Kaum kafir Quraisy Mekah, minta nabi tukarkan Bukit Safar & Marwah jadi emas.

---->Namun nabi s.a.w. tak buat.Sebab mereka janji nak ikut nabi (Islam), jika nabi tukar bukit itu jadi emas.Sebab, nabi ingt akan kaum nabi musa (Bani Israel), tetap ingkar walaupon dapat byk nikmat!!


so, pengajarannya:

nak soh jadi baik--->jgn bg benda

nak soh jadi baik----> bg ilmu


-bagi benda--->depa ikot sat

bila habis------> lawan nabi balik

Kata Allah, macam itulah, umat2 nabi terdahulu (susah---cari Islam, senang----jauh Islam)


-Ada sat kisah, seorg Badwi, p depan nabi s.a.w, tanya nabi, Hey Muhammad, tak percaya kamu kau Rasul..asal kau tunjuk mukjizat kamu!! Lalu nabi soh Badwi tu, pi bisik kat pohon kurma, kata nabi panggil kamu..Lalu pohon kurma itu jalan menuju nabi, lalu bagi salam.

-Org badwi itu terkejut---->lalu terus mengucap..

-org Badwi itu ikhlas nak tgk mukjizat nabi..sebab itu nabi tunjukkan..Tak macam kafir Quraisy.. yang hanya nak perlekehkan nabi.



Ayat 119:



Kata Allah, Hey Muhammad..Kami lantik kamu jadi Rasul yg sebenar !!


Allah pujuk nabi, sebab nabi sedih sgt bila org dok kata, betul ka nabi tu rasul?? siapa lantik. so Allah pujuk nabi, dgn ayat tersebut.


Islam---> agama yg sebenar!!

Quran ----> petunjuk bagi semua manusia.

yg ikut--->syurga

yg ingkar--->neraka


Allah x tanya, kpd ahli neraka, mengapa kamu masuk neraka? hanya tugas kamu (Rasul), menyampaikan.So jgn sedih sgt, bila org x mau ikot!!



Ayat 120:


Allah kata, x akan redha org Yahudi & Nasara terhadap org Islam sampai bila2, selagi mana kamu x ikot agama mereka itu!!

-Kata Allah, sesengguhnya hidayah Allah hanya pada Islam---Itulah Islam yg sebenar!!

-2 jenis bangsa, x leh buat kawan ialah: Yahudi & Nasara!!


_Minta perlindungan Allah dari 2 golongan :


1-Tau..tapi jahat ( Yahudi, Nasara..kitab Taurat & Injil yg diselewengkan!!)

2-Sesat betul (Budha, Hindu..etc..etc..agama ciptaan manusia...tiada kitab )



Wallahua'alm...



(kupasan oleh Ustaz Abd Mutholib, Madrasah An-Nadhoh..kubang Semang,Butterworth.)

Saturday, October 17, 2009

Sambungan Al-Baqarah (bab Haji)


mari kite lihat sejarah awal pembinaan kaabah ini yang allah terangkan in details dalam al Baqarah:


Ayat 125:


Allah buat baitillah melalui hambaNya nabi Ibrahim & Nabi Ismail. Ada benda yang allah bagi terus seperti kejadian malam & siang..langit, hujan..etc..Ada benda yang allah bg melalui perantara cth: Gaji kita hakikatnya Allah yang bagi, melalui majikan kita.

Baitillah

-Binaan yang sangat mulia

-Binaan pertama di muka bumi.

-"Rumah" allah (Allah, pelihara, jaga..jgn samakan dgn rumah kita..beza ya..!!)

-Ada keberkatan binaan 4 segi.

Kaabah- jantung hati bg seluruh umat Islam.

-tempat berulang-ulang bg manusia.Lepas pergi, kita berasa nak pergi lagi..lagi...& lagi..

-Bila masuk ke masjidil haram-kita rasa aman sentosa, tenang, tak de rasa segan, malu..walaupon ada pelbagai bangsa dari pelbagai keturunan dan pangkat.



Tawaf-- hanya guna untuk tujuan ibadat. Jangan kite dok buat lawak perkatan tawaf ni. Contoh kita kata..tawaf kedai..etc..Seolah2 kite perlekehkan apa yang Allah soh buat itu.Kite kena hormat, benda agama jgn dok buat main.


Dan ambil oleh kamu pada makam Ibrahim itu tempat sembahnyang. Disuruh kite solat sunat 2 rakaat di belakang makam Ibrahim, paling baik, sebelum saie'.



Makam Ibrahim- batu tempat nabi Ibrahim berdiri atasnya sewaktu bina kaabah.

-Bukan kubur nabi Ibrahim--ramai yang salah faham makna makam Ibrahim ni..

-Ada kesan 2 tapak kaki nabi Ibrahim.


Asal kaabah- 4 segi panjang (segiempat tepat). sewaktu Mekah di landa banjir, kaabah runtuh, ketika itu umor nabi 30 tahn. So bila bina semula, jadilah saiznya yang kecil sehingga kini. Biasa, kita tgk, bila sesebuah rumah tu, roboh..akibat bencana..etc..bila bina balik, biasanya ia akan lebih kecil dari yg asal. Lalu, nak menandakan kawasan kaabah itu, buat lengkung hijir Ismail.


Allah soh nabi Ibrahim & Ismail berjanji bahawa suci oleh kedua kamu akan rumah ini dari segala syirik (berhala), bagi segala org yang tawaf hanya semata2 kerana Allah.


Tawaf--sama macam solat

--Kena wudu'

--Bezanya, solat x leh cakap..tawaf boleh cakap, tapi lebih baik diam..



Ayat 126:



Doa nabi Ibrahim: Hey Tuhanku!! Jadikan Mekah ini aman, supaya senang org nak buat ibadat.So pegang, pada ayat ini. Jaangan takot nak p Mekah atas alasan..wabak berbahaya l;ah.. pengganas lah..etc..Nabi Ibrahim dah doa pada Allah agar jadikan Mekah itu aman.Dan sesungguhnya terima doa'nya aman & jadilah ia tanah haram..tak boleh berburu, memetik bunga..hatta mencabut rumput sekalipon.


Doa nabi Ibrahim lagi. Rezekikan penduduk Mekah dari rezeki buah-buahan. Segala macam buah2an ada.Nabi Ibrahim, dah doa' siap2 pada Allah.Mekah itu bumi yang kering kontang. Tak da sg, parit..etc..So nampak tak, Mekah walaupon tak ada air, nabi Ibrahim yakin berdoa pada Allah agar dikurniakan pnduduk Mekah akan buah2an. Lalu Allah perkenankan doa hambaNya yang ikhlas itu. Jika kita lihat di Mekah..apa saja buah pasti ada..Epal..anggur..zaitun, kurma..hatta petai pon ada. Walaupon bukan di tanam di sana. Namun Allah datangkan melalui peniaga2 atau pedagang2 luar. Gitulah hendaknya, kadag2 kite berdoa..namun allah tak beri seperti apa yang kita minta, namun Allah beri dalam bentuk yang lebih baik..Sesengguhnya allah maha mengetahui apa yang kita tak ketahui.




So bila p Mekah. bayankkan makan buah2an. Yelah, sana kan kering kontang..panas..buah2an & jus amat baik. Bijaknya nabi Ibrahim a.s. Setiap kali letak batu binaan kaabah, beliau berdoa' pada allah..letak batu lagi..doa..sampailah siap binaan itu. So bila Allah soh nabi Ibahim, bina kaabah..nabi terfikir dalam otak nak makan apa? nak minum apa?

So beliau berdoa pada Allah, agar jadikan bumi Mekah ini aman,, rezekikan dgn buah2an.


nabi Ibrahim buat kaabah..dgn 2 kekuatan..kekuatan fizikal..(untuk angkat batu) & spiritual (berdoa pada Allah yang Esa..)



wallahualam..


Raya 2009.....











salam semua..










just to update a few stories from raya yg lepas..hehehe..aku kelewatan sikit to update citer raya nih.. Macam raya2 yang lepas aku akan balik berya di kg arwah mak kat Rembau N9.Cuma kali ni malam raya aku tidor di rumah mak saudaraku di Selayangku Sayang.ehehehhe..










On the 1st daya raya..aku pulang ke kampung menziarah uwan & mak sedaraku. Tak ke mana pon..Sebab rush back to KL. On the next daya..raya plak belah Pahang..kampung pak aku..ahaaa. haruslah aku gi mlawat semua cousin lantaran bapak aku yg ikot..tak taulah kalu dah takde org tua..adakah kite2 ni anak2 akan gi mlawat saudara mara?? Errmm....susah gak... segan lah ..apalah..ish..ish.. ish..










Then buat julong kalinya..aku ketemu kembali kawan2 aku yg dah lost contact waktu jaman2 sekolah dulu.. so happy to meet u all..Banyak mende kami bualkan..Happy sangat..!!










So, on de way bck to Kulim..singgah lak di Kuale..jalan2 carik makan..ehehhehe..raya2.. gi umah mmber kat kuale..dijamu mkn tgh hari..Alhamdullilah..sodapp..bangat..So layazzzzz,,,,,,

Sunday, September 13, 2009

Kunjungan kali ke 2- Kediaman Abu Nur

3 dara pingitan....
Moga mendapat hidayah dalam meningkatkan iman & takwa adik2..


Zikir jap...

Kak Ita nak juga!!



Bersama sebahagian penghuni kediaman abu nur
Antara calon2 pilihan ..ehem..





Adoii!! bila anak dara masok dapor. Lain pulak yang dibuatnya!!






Sempat lagi..posing!!









Sahor di hujung waktu!!








Nak balik dah!!










Khusyu' dgr tazkirah.anak2 ibarat kain putih, kita yg mencorakkannya>











till we meet again!!












sabtu lpas kami (aku n hsemate) gi ziarah ke kediaman abu Nur untuk menyampaikan sumbangan hasil derma anda semua. Thanks a lot!! semoga Allah jua yang membalas budi biak kalian!! Semalam bersama anak2 ini, memberi byk keinsafan pada diri ini. Punya banyak cerita pahit duka anak2 ini, tapi depa rileks aje hadapi hidup ini..Tenang..gumbira! respect spring aku kat depa ni!!














Tuesday, September 8, 2009

Asal Usul Sihir..

Salam semua..

Lagi sambungan Al-Baqarah (ayat 99- 105).


Ayat 99:

Yhaudi kata: Muhammad itu mukjizat apa pon tak de.
Lalu , kata Allah: Kami (Allah) turunkan byk bukti2 kebenaran, mukjizat nabi s.a.w.. Orang Yahudi tolak kebenaran.


Ayat100:

Takkan nak allah turunkan setiap ayat quran, untuk ikut nabi s.a.w. (baru nak ikot). Ceritanya... mereka Yahudi jadi jahat sebab taknak ikot nabi s.a.w.

Ayat 101:

Kalau betul2 (Yahudi) kata pegang Taurat, jadi tentu mereka ikot nabi s.a.w. Mereka bohong,mereka letak Taurat di belakang mereka (maksud- x ikot ajaran Taurat). Seolah2 mereka tak tau ajaran dalam Taurat (tentang nabi s.a.w, al-quran)

Ayat 102 (Asal Usul Sihir)

Ayat 102-105 (untuk yang dah terkena sihir, amalkan..yang tak kena pon boleh amalkan.)
Inshallah terselamat kite dari sihir (Amalkan sbg benteng kite dari terkena sihir)

-Dan telah mengikut mereka itu (Yahudi) baca yang dibaca oleh Syaitan di masa kerajaan nabi Sulaiman.
-Sihir berasal dari Yahudi.
-Syaitan tanam satu tulisan dibawah kerusi nabi Sulaiman. (Mukjizat nabi sulaiman boleh berbicara dgn binatang, jin & manusia).
-kejadian berlaku ketika Allah cabut kekuasaan nabi Sulaiman selama 40 hari. (di masa inilah syaitan ambil kesempatan menanam sihir di bawah kerusi beliau).
-Lalu bila nabi Sulaiman wafat, lalu syaitan bawa keluar kertas (ilmu sihir yang ditanam syaitan).
-Lalu syaitan korek bawah kerusi nabi Sulaiman, lalu cakap inilah warisan peninggalan nabi Sulaiman.
-Llau (Yahudi) belajar ilmu sihir, dgn kata itu peninggalan nabi Sulaiman.
-Mereka buang semua kitab2 nabi, lalu amalkan sihir yg ditinggalkan nabi sulaiman.
-Lalu Allah turunkan ayat, bahawa nabi Sulaiman itu bebas daripada tuduhan sihir.
Org2 Yahudi tuduh nabi s.a.w itu pon amalkan sihir (cam nabi Sulaiman).
_Allah kata, nabi Sulaiman x kufur.Jgn tuduh nabi Sulaiman amalkan sihir.
-Jampi serapah/sihir--> bukan amalan nabi sulaiman. Syaitan yg fitnah.
-Lalu Allah terangkan, bukan nabi Sulaiman yg kufur, tapi SYAITAN yg KUFUR!!
-Syaitan yg ajar manusia akan sihir.
-Ilmu sihir ada, nabi s.a.w pon pernah disihir.
-Siapa yg kata? Allah yg kata.
-Asalnya Allah turunkan ilmu sihir tu pada malaikat Harut & Marut.
-2 malaikat itu tau ilmu sihir tu utk potong sihir itu, bukan utk kenkan org.
-Jangan belajar ilmu sihir..No 1 Allah benci:
1. Buat sihir utk benci suami isteri.
-tiada mereka tukang sihir itu boleh memberi mudhorat dgn izin Allah.
-sapa2 belajar sihir-> kufur
-x blajar sihir-----> mukmin
-boleh rosak akidah, zalim org..
-Org Yahudi ambil ilmu sihir, ganti dgn kitab allah.
-Jgn mimpi (Yahudi) nak masuk syurga, sbb kamu x ikot suruhan Allah.
-Sejahat2 mereka itu, sanggup jual hak btul ,ambil sihir (jual agama, krn dunia.)
-Kata Allah, kalau kamu tau, slpas drp mati kamu akan diazb sbb amalkan sihir, nescaya kamu x akan beramal sihir.

eg: so lately ni byk bomoh yg kata boleh menengok dsbgnya. So, jgn terpengaruh..takot2 rosak akidah..

Ayat 103:

Dan jika mereka itu beriman, sesungguhnya pahala di sisi Allah lebih untung dari kamu beramal sihir. (Janji Allah pada org yg meninggalkan benda karut/sihir ni).

Ayat 104:

Wahai org beriman. Jgn kamu kata Rai'na pada nabi s.a.w.

Rai'na--> dlm bah arab , beri perhatian penuh. setiap kali nabi s.a.w. cakap, sahabat akn menyahut dgn berkata rai'na.
Allah larang org beriman cakap rai'na spas ini.
Rai'na dalam bah Yahudi---> maki hamun
-Sebab bila org2 arab cakap rai'na pada nabi, mereka (Yahudi), seronok sbb mereka paham org2 beriman dok maki nabi. (dlm bah Yahudi lah).
-pastu nak kata apa?
-Kata olehmu unzur'na, (maksud.. kami tengok, kami beri perhatian).
_so, perkataan rai'na itu diganti dgn unzur'na.
_bagi segala kafir itu, azab yg sgt pedih.

Ayat 105:

Org Yahudi x puas hati, sbb nabi s.a.w beroleh kebajikan. Dilantik jd rasul akhir zaman.
-nabi dari keturunan Arab.
-So depa (Yahudfi) kutuk nabi, caci & sakiti nabi.Mereka sakit hati, bila org mukmin beroleh kebajikan 9senag sikit).
-Allah pon depa x puas hati, sbb bg kesenagna pada org beriman.
-Allah menentukan dgn rahmatNya, pada sesiapa yg Dia suka
Kata nabi:
Hasad dengki--->makan segala kebajikanmu...macamna api bakar kayu2 kering..
-so, kite kena buang hasad dengki..
-Pupuk perasaan kasih syg..