Salam semua..
Lagi sambungan Al-Baqarah (ayat 99- 105).
Ayat 99:
Yhaudi kata: Muhammad itu mukjizat apa pon tak de.
Lalu , kata Allah: Kami (Allah) turunkan byk bukti2 kebenaran, mukjizat nabi s.a.w.. Orang Yahudi tolak kebenaran.
Ayat100:
Takkan nak allah turunkan setiap ayat quran, untuk ikut nabi s.a.w. (baru nak ikot). Ceritanya... mereka Yahudi jadi jahat sebab taknak ikot nabi s.a.w.
Ayat 101:
Kalau betul2 (Yahudi) kata pegang Taurat, jadi tentu mereka ikot nabi s.a.w. Mereka bohong,mereka letak Taurat di belakang mereka (maksud- x ikot ajaran Taurat). Seolah2 mereka tak tau ajaran dalam Taurat (tentang nabi s.a.w, al-quran)
Ayat 102 (Asal Usul Sihir)
Ayat 102-105 (untuk yang dah terkena sihir, amalkan..yang tak kena pon boleh amalkan.)
Inshallah terselamat kite dari sihir (Amalkan sbg benteng kite dari terkena sihir)
-Dan telah mengikut mereka itu (Yahudi) baca yang dibaca oleh Syaitan di masa kerajaan nabi Sulaiman.
-Sihir berasal dari Yahudi.
-Syaitan tanam satu tulisan dibawah kerusi nabi Sulaiman. (Mukjizat nabi sulaiman boleh berbicara dgn binatang, jin & manusia).
-kejadian berlaku ketika Allah cabut kekuasaan nabi Sulaiman selama 40 hari. (di masa inilah syaitan ambil kesempatan menanam sihir di bawah kerusi beliau).
-Lalu bila nabi Sulaiman wafat, lalu syaitan bawa keluar kertas (ilmu sihir yang ditanam syaitan).
-Lalu syaitan korek bawah kerusi nabi Sulaiman, lalu cakap inilah warisan peninggalan nabi Sulaiman.
-Llau (Yahudi) belajar ilmu sihir, dgn kata itu peninggalan nabi Sulaiman.
-Mereka buang semua kitab2 nabi, lalu amalkan sihir yg ditinggalkan nabi sulaiman.
-Lalu Allah turunkan ayat, bahawa nabi Sulaiman itu bebas daripada tuduhan sihir.
Org2 Yahudi tuduh nabi s.a.w itu pon amalkan sihir (cam nabi Sulaiman).
_Allah kata, nabi Sulaiman x kufur.Jgn tuduh nabi Sulaiman amalkan sihir.
-Jampi serapah/sihir--> bukan amalan nabi sulaiman. Syaitan yg fitnah.
-Lalu Allah terangkan, bukan nabi Sulaiman yg kufur, tapi SYAITAN yg KUFUR!!
-Syaitan yg ajar manusia akan sihir.
-Ilmu sihir ada, nabi s.a.w pon pernah disihir.
-Siapa yg kata? Allah yg kata.
-Asalnya Allah turunkan ilmu sihir tu pada malaikat Harut & Marut.
-2 malaikat itu tau ilmu sihir tu utk potong sihir itu, bukan utk kenkan org.
-Jangan belajar ilmu sihir..No 1 Allah benci:
1. Buat sihir utk benci suami isteri.
-tiada mereka tukang sihir itu boleh memberi mudhorat dgn izin Allah.
-sapa2 belajar sihir-> kufur
-x blajar sihir-----> mukmin
-boleh rosak akidah, zalim org..
-Org Yahudi ambil ilmu sihir, ganti dgn kitab allah.
-Jgn mimpi (Yahudi) nak masuk syurga, sbb kamu x ikot suruhan Allah.
-Sejahat2 mereka itu, sanggup jual hak btul ,ambil sihir (jual agama, krn dunia.)
-Kata Allah, kalau kamu tau, slpas drp mati kamu akan diazb sbb amalkan sihir, nescaya kamu x akan beramal sihir.
eg: so lately ni byk bomoh yg kata boleh menengok dsbgnya. So, jgn terpengaruh..takot2 rosak akidah..
Ayat 103:
Dan jika mereka itu beriman, sesungguhnya pahala di sisi Allah lebih untung dari kamu beramal sihir. (Janji Allah pada org yg meninggalkan benda karut/sihir ni).
Ayat 104:
Wahai org beriman. Jgn kamu kata Rai'na pada nabi s.a.w.
Rai'na--> dlm bah arab , beri perhatian penuh. setiap kali nabi s.a.w. cakap, sahabat akn menyahut dgn berkata rai'na.
Allah larang org beriman cakap rai'na spas ini.
Rai'na dalam bah Yahudi---> maki hamun
-Sebab bila org2 arab cakap rai'na pada nabi, mereka (Yahudi), seronok sbb mereka paham org2 beriman dok maki nabi. (dlm bah Yahudi lah).
-pastu nak kata apa?
-Kata olehmu unzur'na, (maksud.. kami tengok, kami beri perhatian).
_so, perkataan rai'na itu diganti dgn unzur'na.
_bagi segala kafir itu, azab yg sgt pedih.
Ayat 105:
Org Yahudi x puas hati, sbb nabi s.a.w beroleh kebajikan. Dilantik jd rasul akhir zaman.
-nabi dari keturunan Arab.
-So depa (Yahudfi) kutuk nabi, caci & sakiti nabi.Mereka sakit hati, bila org mukmin beroleh kebajikan 9senag sikit).
-Allah pon depa x puas hati, sbb bg kesenagna pada org beriman.
-Allah menentukan dgn rahmatNya, pada sesiapa yg Dia suka
Kata nabi:
Hasad dengki--->makan segala kebajikanmu...macamna api bakar kayu2 kering..
-so, kite kena buang hasad dengki..
-Pupuk perasaan kasih syg..
Tuesday, September 8, 2009
Sunday, August 23, 2009
Rumah Abu Nur, Pengkalan Hulu
Seperti yang dirancang, kami (aku & hsemate) gi ziarah rumah anak2 yatim & miskin Abu Nur kat Pengkalan Hulu, Kedah. Mission kami adalah untuk menyampaikan sumbangan baju2 kepada kanak2 di situ. Alhamdulillah, walaupon dalam masa yang singkat iaitu 2 hari, kami dapat mengumpulkan baju2 & sedikit barangan dapor untuk penghuni Rumah Abu Nur.
Perjalanan mengambil masa selama 1 jam. Sepanjang perjalanan dari Kulim, hujan turun dengan lebatnya. Permandangan begitu indah dengan kabus menyelimuti alam. Keadaan rumah yang agak terpencil itu, sungguh tenang..Suasana berseh..udara nyaman..tenang..& sesekali terasa sedih..Yealah, cuaca yg mendung..hujan renyai2..
Di rumah ini, terdiri daripada 50 anak2 yang sekecil umor 5 tahun hinggalah 17 tahun. Guru2 di sini, terdiri dari sukarelawan. Keadaan rumah yang tenang & santai.Makna, tiada peraturan yang ketat cam asrama. Lebih kepada family..
Inshallah, kami akan datang ziarah lagi. Bagi sesiapa yang ingin menyumbangkan derma anda bolehlah masukkan ke akuan bank di bawah ini:
Bank Islam Malaysia Berhad
No akaun: 02048010043941
sekian , terima kasih. Moga sumbangan anda memberi sinar baru buat adik2 di sana...
Sunday, August 16, 2009
Nyatakan kebenaran....
Al-Fadhil Ustaz Abd Mutholib b Ma'arof
Keadaan dalam madrasah
Khusyu' mendengar di perkarangan kaki lima madrasah
Keadaan lengang di awal pagi di kawasan Madrasah An-Nadhoh
Jam 11 pagi, semua bersurai balik..
Lagi sambungan al-Baqarah...
Ayat 90:
Sejahat2 manusia itu (ulamak Yahudi), sanggup menukarkan akhirat dengan dunia. Cth: sanggup masuk neraka demi kepentingan dunia. Sanggup mereka pinda kitab Taurat & kufur pada Allah, demi nak kan penghormatan & pangkat.
Ulamak--> akan diikut oleh masyarakat
ulamak yahudi-----> pinda taurat
- Dengki pada nabi s.a.w
-Mereka pon tau Quran itu benar (sbb dalam Taurat pon ada cerita)tapi disebabkan Quran itu tak diturunkan di kalangan mereka , lalu mereka berpaling.
AlQuran---diturunkan Allah pada nabi Muhammad s.a.w, di kalangan orang Arab, bangsa Quraisy, keturunan nabi Ibrahim a.s.
-Orang Yahudi hasad pada Allah. So, kita pon jangan dengki pada org lain, jika allah bagi mereka kesenangan. Sebab, dengki & busuk hati itu perangai Yahudi..
-Allah murka pada mereka, murka atas murka (2 x Allah murka..kerana mereka dengki Allah lantik nabi s.a.w, bukan dari kalangan mereka).
-Bagi orang kafir itu, azab yang sangat hina..
Ayat 91:
Bila allah kata, Berimanlah dengan benda yang diturunkan oleh allah (Al-Quran). Jawab mereka, kami beriman dengan benda yang diturunkan kepada kami saje (Taurat).Yang lain, kami tak mau. Kalu benar, kamu ikut Taurat, kamu kena ikut Quran, sebab dalam Taurat soh ikot Muhammad, tapi kamu kata ikot Taurat, tapi kamu x ikot Quran. Hey, Yahudi!! Kalu kamu tak ikot Taurat, tak ikut Quran, kamu ikot apa?? Kamu hanya ikot SYAITAN & NAFSU!!!
Itulah Al-Quran, barang yang sebenar, membenarkan apa yang ada dalam Taurat & Injil.Lalu, allah soh nabi s.a.w jawab, Hey orang Yahudi.kalau benar kamu pegang Taurat..jadi kenapa kamu bunuh para nabi..(eg: nabi zakaria--kepala digergaji 2..)
Senyap...mereka tak berani jawab!!
p/s: So, kite di akhir zaman ni..kena pegang kuat2 al-quran & as-sunnah. Nescaya kite akan selamat dari fitnah akhir zaman..Inshallah..
Ayat 92:
Nabi Musa a.s. bawa kamu beberapa mukjizat. Cth tongkat--> Ular
--> Buka laut
Bagaimana kamu lakukan terhadap nabi Musa, waktu Musa gi menghadap Allah untuk terima Taurat untuk kamu. Kamu amik anak lembu sembah buat Tuhan.
-Itu hanya alasan kamu..hey Yahudi .(sebab tak nak amik Quran..bagi alasan macam2).
Ayat 93:
Kata Allah..Kami tetapkan pada kamu untuk beriman pada ajaran Taurat, & kami angkat bukit Tursirnia (di Palestin) lalu nak hempas pada kamu, sebab degil sgt.Lalu, kamu pon sujud, tapi sengetkan kepala,sebab takut bukit tu jatuh atas kamu. (Kena paksa baru nak ikot). Jadi , jangan bagi alasan yang kamu tak nak ikot Quran, tapi nak ikot Taurat (konon!!)
Sami'na wa ashoina---> slogan Yahudi
(Kami dengar & kami lawan!!)
Sami'na wa a tho'na-----> slogan org Islam
(Kami dengar & kami taat).
Dalam hati mereka itu, ada cinta pada anak lembu yg ditempa itu. Alih2 bila soh ikot Quran, mereka kata, kami nak ikot Taurat (hanya alasan!!)---alasan sebab x nak ikot Quran!!
p/s: macam2 nikmat & bala' dah allah tunjukkan kat org Yahudi ni, tapi still degil..walau mereka tahu itu kebenaran.. (cth: waktu mereka sesat 40 thn di pdg Teh yg kering kontang, selamat dari Firaun, laut terbelah 2, dengar kalam allah..& sebab melampau nak tgk Allah..kata dgr kalam saje kami tak mau..soh allah matikan sebagian dari mereka sehari semalam...dan sebagian yg lain jadi saksi..Tapi bila allah hidupkan mereka..mereka tetap degil lagi!! Itulah perangai Yahudi.. Lihat Yahudi skrg & dulu..tak ade beza..persis seperti yg Allah cerita dalam quran!!)
Ayat 94:
Orang2 Yahudi kata syurga itu Allah buat untuk kami. lalu Allah tempelak mereka, kamu mati ajelah.Boleh masuk syurga.Kata mereka, oh kami tak mau mati. (Sebab mereka pon tau, mereka x akan dpt masuk syurga kerana ingkar suruhan Allah!!)
p/s: So umat Islam kini..kita tgk ada pulak yang pandai2 buat..pusat judi ---haram?? & halal (ada lesen)!! Kedai arak haram..(sebab tak de lsen, kalu ada lesen tu?? halal??)
So berhati-hatilah.Jangan kita meminda apa yang telah allah tetapkan...ok.
Allah kata arak itu haram..judi itu haram..riba' itu haram..
so..macamana, semoga kite terselamat dari yang haram....amin...
Wallahua'lam..
Saturday, August 15, 2009
Selamat Menyambut "Ramadhan Al-Mubarak"...

Assalamualaikum w.b.t..
Pejam..celik..pejam ..celik..Ramadhan menjelma lagi. Semoga Allah memberi kita peluang untuk menyambut Ramadhan kali ini. Semoga Ramadhan kali ini..adalah lebih baik dari yang lepas. Maksudnya, Ramadhan kali ini, kite pertingkatkan amalan & dekatkan diri kite pada Allah. Semoga kite menjadi orang2 yang beriman.... Amin-
Cuba lihat sekeliling kite, berapa ramai saudara mara, sahabat-handai, org 2 yang kite sayang yang tidak sempat Ramadhan kali ini. Kite juga belum tentu, andai ajal menjemput kite sebelum Ramadhan. Semoga kite benar2 insaf & berazam untuk mempertingkatkan amal ibadat kite.
So, sebelum memasuki bulan Ramadhan yang mulia ini, mari kite lihat sedikit sebanyak pasal bulan yang penuh barakah ini.
***Ramadhan***
1. Mengapa bulan Ramadhan ini mulia?
Ramadhan mulia, sebab diturunkan allah. al-quran pada bulan Ramadhan.
Al-Quran-Mukjizat nabi kita Muhammad S.A.W (Physically, tak nampak). Lebih kuat dari mukjizat para nabi yang lain. Cth: Mukjizat nabi Musa-----> kelebihan tongkat
Mukjizat nabi Sulaiman-------------> boleh memahami bahasa binatang, jin & manusia.
Mukjizat nabi Isa-----------> menyembuhkan orang buta, bercakap sewaktu baik dalam membela ibunya daripada difitnah..
dan nabi2 lain juga, ada mukjizat yang tertentu.
Nabi kita Muhammad s.a.w juga mempunyai pelbagai mukjizat, antaranya..membelah bulan dgn tangan baginda, pohon kurman berjalan & memberi salam pada nabi. Tetapi, mukjizat nabi s.a.w. yang paling besar dikalangan nabi2 ialah dengan adanya kitabullah..iaitu Al-Quran. Lain2 mukjizat itu kite tidak pernah lihat dengan mata kepala sendiri. Namun Al-Quran ini, mukjizat yang kita dapat tengok, pengang & rasa hingga hari ini.
Macamna nak dapat mukjizat dari al-quran??
-Amalkan apa yang diajar
-baca & mengaji (kaji sedalam2nya)
-Baca & kaji, fikir sampai kita nampak kelebihannya.. (cth: cerita2 pasal kaum Yahudi, laut yang terbelah)
2. Ramadhan ini bulan yang mulia & barakah- buat amalan sedikit, namun allah lipat gandakan pahala.
3. Bulan yang dimana terkandung 1 malam (lailatur qadar)--iaitu 1 malam yang lebih baik dari 1000 bulan.
3.Disebabkan bulan ini, al-quran diturunkan, ia menjadi bulan yang mulia. Tuan punya Ramadhan itu adalah Al-Quran. So, sebagai menghormati & memperbesarkan bulan mulia ini, kite digalakkan mendekatkan diri dgn tuan punya Ramadhan ini, iaitu Al-Quran. Azam, dalam diri kita agar dapat khatam al-Quran di bulan yang mulia ini..inshallah..
4.Bayakkan bersedekah, derma pada surau/masjid---sangat2 dituntut. Sehingga nabi pernah menasihati seorang sahabat, Sedekahlah kamu, walau dengan 1/2 biji kurma. Besarnya pahala bagi orng yang suka bersedekah, terutamanya di bulan Ramadhan.
5. Sesiapa yang beri minum pada orang yang berpuasa, nescaya Allah akan beri minum air dari telaga Kautsar, tak akan dahaga selamanya hingga masuk syurga.
Semoga, kita mengambil ikhtibar & muhasabah diri, agar apabila melangkah masuk bulan Ramadhan ini, hati kita suci bersih agar kite tenang dalam melakukan ibadat menghadap Allah yang esa.Di kesepatan ini, saya juga ingin memohon kemaafan, andai tingkah laku & perbuatan yang tidak menyenagkan anda. Semoga kalian memaafkan saya..
Wassalam.....
Wednesday, August 5, 2009
Sunday, August 2, 2009
anybody please help me...
adusss..anybody..pls help me..camner aku nak kembalikan blog aku ni ke bentuk asal..abih ilang dah sumer..link2 kawan2 aku nie.. aiyaaa..macamana.. macamana
blur!!
blur!!
Saturday, August 1, 2009
Lagi kisah orang Yahudi....

Salam semua;
Sambungan kisah dari surah Al-Baqarah. Just to refresh, dalam surah Al-Baqarah ini, banyak rahsia yang Allah bongkarkan tentang golongan Yahudi. So, jom kite tengok apa lagi yang mereka pernah buat. Ingat, ayat Al-Quran itu turunnya bersebab, tapi pengajarannya adalah untuk kite semua. Walaupon dalam surah ini, allah cerita, kutuk kaum Yahudi, tetapi andai kita lalai & leka, kita juga turut mendapat kutukan Allah.
Ayat 87:
Allah bersumpah yang Dia turunkan kepada nabi Musa a.s itu kitab (Taurat), dan juga rasul2 selepas Musa.
p/s: Rasul itu lebih daripada 25 orang. adapun yang wajib kita ketahui itu adalah 25 orang. Kitab pula yang wajib kita ketahui ada 4 kitab iaitu:
Taurat (Musa)
Zabur (daud)
Injil (Isa)
Al-Quran (Muhammad s.a.W)
Ada lagi kitab2 suhuf (helaian).Tapi yang 4 itu wajib kita ketahui.
Antara zaman Musa <-> Isa beza sebanyak 1975 tahun (lama tu..)
Namun Allah telah turunkan banyak rasul2, untuk membimbing ke jalan yang lurus.
Ini bukti menunjukkan kasih sayang allah.
Kesemua rasul2 itu menggunakan syariat nabi Musa hingga turunlah Isa membawa kitab Injil.
Allah turunkan Al-Quran pada nabi kita, Muhammad s.a.w, hinggalah Qiamat.
Agama Islam- adalah agama yang ada Kitab.
-Diturunkan allah melalui malaikat Jibril, pada nabi & rasul utusan allah.
Antara zaman nabi Isa <-> Muhammad s.a.w beza tahun cuma 589 tahun.
Allah beri Isa anak Maryam, beberapa mukjizat.
Kristian --------> Isa anak allah
Yahudi-----------> Isa anak zina
Islam-------------> Isa Rasulullah, utusan allah.
Allah Maha berkuasa buat apa saje..Kun Fayakun..Kita yakin!!
Lihat sekeliling kita, cuba fikirkan:
Allah buat:
1. Bumi- tanpa bahan (kun fayakun..!)
2.Isa - tanpa ayah (Malaikat meniupkan roh di tengkuk maryam)
3.Adam-tanpa ibu & ayah (ada bahan- tanah liat)
4.Langit- tanpa tiang
5. Hawa-hanya lelaki sahaja (tulang rusuk nabi adam)
So, apa yang kite nak heran, kalau Allah jadikan Isan tanpa ayah. Sedangkan allah Maha Berkuasa membuat apa saja. Ini sebagai hujah untuk kita!
Kenapa Allah, pelbagaikan kaedah itu? Supaya manusia berfikir!!
Perangai bani Israil:
-bunuh nabi2
-suka buat tuduhan, tanpa selidik..kata Isan anak zina.
Jenis bangsa yahudi----> tak boleh buat KAWAN.
-Bangsa paling JAHAT dalam dunia.
-Dusta akan nabi2
Ayat 88:
Yahudi kata kat nabi s.a.w, hati kami tertutup, akan apa yang kamu baca (al-quran). Allah laknat Yahudi sebab kufur pada allah. Sombongnya depa. Allah tak nafikan, ada juga di kalangan org Yahudi yang beriman. Cth: Kaab Al-abab.
Ayat 89:
Dalam Taurat, dah ada cerita tantang al-Quran. Allah cerita, sebelum kedatangan nabi s.a.w., orang Yahudi berperang dgn bangsa2 lain--------> namun..mereka selalu kalah.(Yahudi musuh dgn Islam, sebab org2 Islam tau rahsia mereka, & rahsia tok nenek mereka.Mereka malu..). Disebabkan mereka perang, selalu kalah..mereka risau..hilang semangat..lalu mereka berdoa pada Allah:
Doa mereka ketika susah dahulu (asyik kalah perang..)
"Ya Allah, dengan berkat nama nabimu Muhammad s.a.w. , bagilah kami menang".
Lalu, Allah bagi mereka menang.
Namun, bila nabi Muhammad s.a.w. ada depan kamu, kamu berpaling (kufur). Kata Allah; " Celaka sungguh orang Yahudi ini.. (kafir)".
Tok guru Yahudi ajar apa yang ada dalam Taurat.Bila masuk bab Muhammad, mereka ajar in details..
-Then tanya anak murid, bila Muhammad lahir..macamna?
-Anak murid jawab: Kami yang akan mula2 ikut Muhammad s.a.w
-Kalau kamu tak sempa..macamana (mati la..)?
Anak murid jawab: Kami ajar anak cucu kami agar ikut MUhammad..
Dalam hati tok guru jahat ni (ulama Yahudi)..tak boleh jadi ni. So, depa pinda kitab Taurat demi kepentingan mereka. Depa takot..nanti depa akan hilang pemngaruh..sebab semua dok ikot Muhammad..s.a.w.
wallahualam.....
Subscribe to:
Posts (Atom)

