Muka 2 budak yang tak sabor2 nak terjun laut..Sunday, July 26, 2009
Weekend @ PD
Muka 2 budak yang tak sabor2 nak terjun laut..Saturday, July 25, 2009
Kesalahan besar Ulama' Yahudi..
-Taurat ------> diutuskan pada nabi Musa a.s
-Injil----------> diutuskan pada nabi Isa a.s
-Zabur --------> diutuskan pada nabi Daud a.s
-Al-Quran-------> diutuskan pada nabi Muhammad s.a.w
Di dalam kitab Taurat & Injil berlaku banyak penyelewengan oleh para ulama (ahli kitab yang jahat). Kita sering mendengar menhenai 2 kitab ini, namun agak jarang kita mendengar perihal kitab Zabur. Ini kerana di dalam zabur, hanya mengandungi banyak cerita2, tidak banyak hukum-hakam, itu yang menyebabkan kitab ini terselamat dari sebarang pindaan. Allah pelihara Al-Quran dari segi tulisan.
(sambungan Al-Baqarah..)
Ayat 79:
Kata Allah, sgt2 azab (celaka) kepada ulama' Yahudi yang pinda kitab Taurat (dan mengaku apa yang mereka pinda itu adalah dari Allah). Kesalahan besar ulama' Yahudi ialah meminda kitab Taurat (kini menjadi kesesatan yang nyata).
Contoh: kita kena jaga betul2. Jangan silap yang mana ayat Quran, hadis nabi, atau kata Ulama'. So kena perati betul2, jangan main cakap aje. Antara perkara besar yang mereka pinda ialah sifat2 nabi akhir zaman iaitu (Muhammad s.a.w). Mereka takut akan hilang pengaruh, dengki pada nabi s.a.w
Ada juga di kalangan ahli kitab yang mulia seperti:
-Ka'ab al Abab- dia adalah bekas ulama' Yahudi
-Dia telah memeluk agama Islam
-Dia merupakan sahabat nabi
-Menjadi pakar rujuk dikalangan para sahabat kerana arif dalam Kitab Taurat & Al-Quran
-Dia mulia & dihormati
Aqidah---> benda yang paling mahal, so kena jaga betul2!! banyak kisah2 orang dahulu yang begitu kukuh mempertahankan aqidah. Contohnya Marshitah, di zaman Firaun.
Marshitah
-Tukang sikat rambut anak Firaun
-Seorang yang berakidah
-Suatu hari, dia menyikat rambut anak Firaun.Tiba-tiba sikatnya jatuh,lalu dia melatah tersebut Allah (yealah, dalam hatinya berzikir mengingati Allah..).Anak Firaun terkejut, lalu tanya Marshitah "adakah lagi Tuhan selain Firaun?" "Ada, Allah, Tuhan yang Esa" .Jawab Marshitah. Lalu anak Firaun ini repot pada bapaknya.Firan marah. Lalu marshitah diazab & direbus hidup2 kerana mempertahankan akidahnya. So, sesiapa yang suka repot2 bila ada org buat perkara yang baik2----> itu macam perangai anak Firaun.
Antara sifat2 nabi yang dipinda dalam Taurat ialah:
- Muka nabi putih kemerahan bersih/ segak mereka pinda----> Muka nabi putih pucat
-Ikal rambut nabi (lurus, tapi berketak sikit2). rambut nabi wangi, halus & rapi berminyak. mereka pinda----> rambut nabi kusut masai.
-Tubuh nabi sederhana tinggi-----> mereka ubah, nabi tinggi macam galah.
dan banyak lagi penyelewenga yang mereka buat.
Ayat 80:
Kaum Yahudi ni jawab, tak apa bende yang mereka buat ni (pinda Taurat), mereka kena azab dalam neraka sekejap aje (beberapa hari aje, ada kata 40 hari, ada kata 7 hari). Kata Allah, bila masa aku janji nak azab kamu sekejap aje! Kamu pasti kena azab, bukan 40 hari, bukan 7 hari, tapi kekal dalam neraka !!
Ayat 81:
Siapa yang buat kejahatan, akan kekal dalam neraka. Dikelilingi oleh api (dari 6 lubang..6 jahannam!!). Mereka itu (orang Yahudi, pinda kitab Taurat, telah menempah untuk menjadi sahabat Neraka (Ashabul Nur).Kekal selama-lamanya.
Ayat 82:
Orang2 beriman.Mereka itu adalah sahabat syurga (ashabul Jannah). Kekal jua selama2nya..
waalahua'alm......
Saturday, July 4, 2009
Kisah sapi betina dalam surah Al-Baqarah....

Perginya seorang bintang...
Aku bukanlah peminat # 1 Jacko..bukan juga peminat mana2 artis..hehheheee.. Sebabnya aku nih tak suka musik sangat..hehhee..kira tak de radio pon no hal lah..hehhee..Sesekali dengar jugaklah lagu2 yang dimainkan..tapi kalo tanya apa judul lagu or saper yang nyanyi..minta mahap...tak reti makcik..Kalu tunjuk gambo2 artis soh cam n teka..hhehehe..mmg hampeh lah..tak tau den..kot ct nurhaliza kompem den kenal..errkk..kalu ani mayuni ker..si memey..ker..mmg aku kompius2 lagi..hehhe..Tapi si bintang pop nih..memang aku kenal lah..Tanya budak2 pon depa lagi kenal ..itulah dia penangan Raja pop ini..Michael Jackson..
Aku bukanlah nak cerita biodata Jacko nih.. Tapi terfikir, di sebalik pemergian Jacko nih ada hikmahnya. Jacko..penghibur tersohor..p mana semua kenal..kaya-raya..siap ada zoo sendiri tuh..duit jgn cakaplah..peminat hampir seluruh dunia..bukan saje terkenal nun..kat US tu..or ngara2 Eropah..yang kat Jepun..Taiwan..(opps.....wink), Singapura hatta Malaysia pon kenal MJ nih..Jutaan peminatnya. Penghibur yang menghiburkan! Tapi diri sendiri tidak terhibur.. Disahkan doktor..selpas postmorterm tuh..didapati Jacko menelan pil penenang! Bayangkan, hidup Jacko sendiri pon tidak terhibur, tapi dia menghiburkan orang.. Sedis..
Tapi Allah Maha Penyanyang. jacko terkenal dengan sikapnya yang amat sayangkan kanak-kanak.Bela nasib kanak-kanak miskin..Tapi hidupnya penuh liku..Dia sendiri tercari-cari hiburan yang hakiki. Akhirnya cahaya Islam masuk jua ke dalam lubok hatinya. Akhirnya , saat-saat akhir hidupnya dia temui kebahagiaan..Islam (agama fitrah)..Lalu kesudahan hidupnya berakhir sebagai seorang Islam. Hikmahnya di sini, dunia Barat merasa tertampar, bila seorang bintang pop ini memilih Islam sebagai jalan hidupnya. Aku suka kata seorang ustaz.." Bagaimana bermula, tidak penting..tetapi bagaimana kesudahan hidup ini.." Sekurang-kurangnya Mikaeel telah memilih jalan hidupnya yang hakiki... Wallahu'alam..
Al-Fatehah..

Saturday, June 27, 2009
Antara nikmat yang Allah bagi pada kaum Bani Israel
1. Kami (Allah) telah buka laut untuk kamu (Kaum Bani Israel) daripada cengkaman Firaun. Di depan kamu laut--> mati..undur Firaun---> mati. Lalu nabi musa pukul laut itu, lalu membeku, dapatlah mereka lalu menyelamatkan diri. Apabila Firaun & tenteranya lalu, maka karamlah Firaun dan bala tenteranya.
Pada zaman itu, bani Israel menjadi hamba/kuli pada Firaun. Suatu malam, Firaun bermimpi api memasuki rumah orang2 Hibsi (orang kenamaan Firaun), tetapi tak masuk ke rumah kaum bani Israel.Lalu, Firaun tanya pak nujum..apakah maksud mimpinya itu? Ahli nujum tu bagi tau Firaun, akan lahirlah seorang bayi lelaki di kalangan Bani israel yang akan menghancurkan Firaun. Maka pada ketika itu, Firaun arahkan tenteranya untuk bunuh semua bayi lelaki yang lahir. Namun, allah selamatkan nabi Musa a.s. Ibu nabi Musa mengandungkan nabi Musa, melahirkannya dalam hutan, lalu menghanyutkan Musa dalam sungai. Lalu kayu yang didiami nabi Musa itu, hanyut di hadapan istana Firaun.Asiah, isteri Firaun, pujuk Firaun agar jangan dibunuh bayi ini & belalah dia. Akhirnya lembut hati Firaun, maka besarlah nabi Musa a.s di istana Firaun. Ketika umur Musa 7,8 tahun, Musa berlari/ bermain2 di dalam istana Firaun, lalu tertampar Firaun. Berderau darahnya, geram & marah pada Musa. Lalu Asiah pujuk, takkan dengan budak pon nak berkira. Tapi Firaun tak sedap hati, dia beri ujian pada Musa. Katanya kalu Musa pilih emas (cerdik) dia akan kubunuh.Lalu, pada mulanya Musa nak ambil emas (cerdik-antara sifat2 nabi),, tetapi malaikat tampar tangannya sehingga musa memilih bara api lalu nak dimasukan ke dalam mulut. Baru Firaun, sedap hati. Yang budak ini, tidaklah bahaya buatnya. hanya kanak2 biasa.
So, nikmat Allah bagi mereka untuk selamatkan diri. Kalau tak..habis mati semua kaum Bani Israel & takdelah mereka pada hari ini. mereka dah tengok terang2an, namum masih tidak mahu beriman..
2 . Ayat 52:
Allah payung akan awan yang nipis (redup) pada ladang Teh itu... (ingat lagi..padang Teh yang kering kontang, tanpa air maupun pokok..gersang)Lebar padang Teh itu antara Syam dan Mesir. (tempat yang mereka sesat itu). Mereka sesat selama 40 tahun.600 000 orang mati ketika itu, melainkan yang belum sampai usia 20 tahun, hidup.. Nabi Harun dan Musa mati juga ketika itu. (Untuk makluman, pada zaman itu allah turunkan 2 orang nabi iaitu nabi Musa & nabi Harun. Nabi Musa itu, bersikap agak garang & tegas, Nabi Harun agak lembut hatinya sedikit.)
Ketika itu, man (sejenis makanan syurga turun macam hujan , masanya dari terbit fajar hinggalah naik matahari. seorang segantang setiap hari.Dan bagi salwa (sejenis lauk burung yang enak dari syurga, sedap lagi nikmat).Tiap2 hari Allah bagi, Allah soh depa makan habis, jangan simpan.Tapi mereka degil, simpan juga makanan itu. Lalu Allah tak bawa makanan lagi sebbab mereka ingkar suruhan Allah. (degil.dok simpan makanna lagi..Macam tak percaya yang Allah akan bagi lagi rezeki esok hari).
3. Ayat 58:
Allah tunjukkan jalan keluar dari padang Teh itu (nikmat lagi..dapat keluar setelah sesat berpuluh tahun..).Kata Allah, masuk olehmu akan ini kampung (Baitul Maqdis), atau dikenali juga sebagai Reehaa. Maka, makan dan minumlah olehmu apa yang kamu inginkan. Dan masuklah oleh kamu akan pintu Baitul Maqdis (pintu gerbang), dengan sujud (tunduk pada Allah)..sebagai tanda syukur kamu dapat keluar dari padang pasir, sambil kata Hittatun (Tuhan, ampunilah dosa kami). Kata Allah, kalau kamu masuk dalam keadaan sujud dengan berkata "Hittathun" (minta ampun pada Allah), nescaya Allah ampuni kamu. Lagi Allah tambah pahala dalam syurga yang sangat hebat. Tapi kejamnya mereka, mereka tak buat seperti yang disuruh Allah. Mereka tukar kalimah yang Allah bagi, lalu mereka kata " Habbathun" (sebiji gandum..sebiji gandum). Mereka olok2 kan perintah Allah, persende akan suruhan Allah. Bukan mereka tak tahu, tapi sengja nak lawan Allah. Suruh masuk dengan bersujud, mereka masuk ikut punggung, sengetkan punggung masuk ke Baitul Maqdis, sambil kata "Habbathun". Maka Allah turun azab buat mereka, azab thoun..dari langit..(contoh la ni..wabak lah..selsema babi ..etc..namanya berbeza..tapi konsepnya sama wabak..).Penyakit yang berjangkit, melanda mereka semua, pasal pinda hukum Allah. Allah bagi wabak, then,, allah tarik balik..bagi ..tarik..nak tengok sejauh manan merek asyukur. Maka mereka itu mati setiap saat seramai 70 000 orang sebab lawan perintah Allah. Kita la ni pon sama..sebab lawan Allah, maka Allah turunkan wabak..So, nak hilangkan segla kekalutan ini..maka kembalilah pada Allah..
Wallahualam....
Sunday, June 14, 2009
lunch for today....
Lagi cerita pasal kaum Bani Israel ini....
Ayat 60:
Ketika nabi Musa a.s meminta huja untuyk kaumnya (bani Israil). Sabar yang tinggi nabi Musa berhadapan dengan karenah kaumnya itu. Ketika mereka sesat di padang Teh (ni bukan ladang teh cam Cameron Highland tuh tau...ia adalah padang pasir yang kering kontang, tanpa pokok, atau mata air...gersang!!).Lalu Allah turunkan makanan dari syurga bagi depa makan. (mereka sesat kat padang pasir tuh selama 40 tahun...bayangkan!!). Kemudian mereka minta agar Musa berdoa pada Allah untuk bagi mereka air. Lalu allah menyuruh Musa memukul tongkatnya ke satu batu. (Ingat..mukjizata nabi Musa a.s ialah pada tongkatnya..mukjizat nabi kita Muhammad S.A.W ialah al-quran). Lalu nabi Musa memukul tongkatnya pada batu itu, lalu terpancarlah 12 mata air keluar melalui batu itu. (Mereka ada 12 puak..Allah maha mengetahui & maha berkuasa). Lalu kata Allah, makan dan minumlah dari rezeki Allah. jangan kamu berbuat fasiq (jahat) di atas muka bumi ini..
p/s: setiap apa yang allah cakap dulu di dalam al-quran kita kena ikot. contoh makan dulu, baru minum..dari segi kesihatan pon dah terbukti. (selingan ni..)
Ayat 61:
Lalu kaum nabi Musa itu tanya kat nabi Musa. Ya Musa.. kami dah bosan lah dengan makanan itu hari2, tak de makanan lain ker. Tolong doa sat kat Tuhan engkau supaya mengeluarkan makanan dari bumi lak. Contoh jenis tumbuhan..seperti sayuran, mentimun, kacang adas, bawang. (Nah!! tengok jenis manusia yang melampau! Dah allah datangkan khas makanan dari syurga setiap hari buat mereka, nak pulak minta yang lain..khusus pulak tu!!) Lalu nabi Musa marah kaumnya "Adakah patut kamu minta tukar benda yang terbaik? (Makanan dari syurga itu) kepada yang kurang baik (makanan dunia itu)? Mereka degil tatap..nak makanan dunia tu jugak.Llau nabi mUsa berdoa pada Allah akan permintaan mereka itu.Lalu Allah kata, turun akan kamu ke negeri Mesir (di sana banyak sayur2an lagi segar..sampai sekarang pon Mesir terkenal dgn pelbagai sayuran segar). Lihat, betapa penyanyangnya Allah pada hambaNya (walaupon mereka berpaling tadah). Dan jadilah mereka itu dalam kehinaan dan miskin (yelah..elok2 dapat makanan dari syurga khas di hantar kat depa, bengong minta tukar..last2 kena cucuk tanam, siram, kutip sayuran, masak barulah boleh makan..miskin & hina lah tu) Dan mereka balik pada kemurkaan Allah.Bani Israil juga telah bunuh para nabi antaranya:
Nabi Zakaria- digergaji kepalanya terbelah 2
Nabi Yahya
Nabi Isa- tapi Allah angkat Nabi Isa ke langit dan diganti dgn pemuda lain. (mana bukti yan g orang Kristian patut bermusuh dgn orang Islam? Patutnya mereka pi lah bermusuh dgn puak bani Israil nih!!) . Ada pendapat mengtakan Yahudi bunuh 70 orang nabi pada satu pagi.
Mereka, kaum Yahudi orang yang sangat MELAMPAU!!!
Ayat 62:
Dan segala orang2 yang mukmin, orang2 Yahudi & nasrani, & sobihin (yang beriman pada Allah). Dan bagi mereka itu ada pahala dari Allah.
Di sini kita lihat, setelah Allah kutuk orang -orang Yahudi, nasrani & kafir ini. Allah pujuk balik..kepada orang2 yang beriman pada Allah. Tidak semua dari golongan itu orang2 yang dimurkai Allah. Allah bagi tau mereka , agar jangan risau & takut, sekiranya mereka dari golongan yang beriman.
wallahualam.....









