Friday, April 24, 2009

Antara aku..kerja & dia...??!%$#@ (pening..pening..)


Hari ni..tanggal 24 April 2009.. kakak ku sekeluarga selamat tiba di tanah air. Wah.. rindu rasanya kat anak2 buah aku..& yang penting to a new bbe girl..tak tengok lagi..dah 6 bulan lebih umornya.. Muaahh.. !! Cadang nak balik dalam minggu ini..konon nak menyambut depa.. tapi last minit boss assign 1 keje , hari Khamis lepas & kena hantar b4 next Wednesday. Itu yang terpaksa batal kan cadangan nak balik KL. Maknyanya, weekend ni kena keroje lah beb.. Baru je ingat nak rileks2 lepas tertekan dgn keje yang baru jek habis. Tapi, bos dah bagi lagi keja yang baru lak..So, kena tarik nafas..1..2..3..... perghh..... hihihikikikiki....




so.. inshallah..aku dah plan nak balik kl... on 28 April ni... Tunggu daku..yea..

Sunday, April 19, 2009

Cari ketenangan..





Baru-baru ni kawan aku dari KL datang melawat aku kat Kulim ni. Actually, dia pon buhsan.. lalu nak mai lah jalan2 kat kulim ni. Aku pon dgn senang ati mengalu-alukan kedatangannya. Aku pon tgh tension maaaaaa...




So, kami pon menghabiskan masa dgn g Mengkuang Damp..Hari sabtunya pulak, kami p mandi-manda di Sg Sedim..


Wahh.. Subhanallah.. cantik tempatnya.. Lama dah aku tak ke sini.. Apa lagi kami pon tak lepaskan jakuzi semulajadi ini.. mandi di celah2 batu..bak urutan aromaterapi dek arus yang deras itu.




Kami tak lama mandi-manda ni..sebbab airnya deras & cuaca mendung.. takot beb... aku penah lemas kat sungai nih.. (huhuh.. tu masa main pelampung ala2 Sunway lagoon..bila pelampung yg kami naik tuh terbalik..)Eiiiiii ngeri..bila inagt balik kejadian cemas tuh..


So.. tadi kawan aku tuh pon balik lah semula ke KL.. Aku pun p keje jap..tgk2 apa yg patut nak dibuat.. Hehehe.. kol 6 aku balik & mulakan ops melipat kain baju yg dah menggunung tu..

Argggggggghhhhhhhhhhhhhhhh...


Wednesday, April 15, 2009

Life is beautiful....



Dua tiga menjak nih,... aku keboringanlah yang amat sangat.. Sedis, muram..tension..nervous etc.. arghhhh mood untuk keje pon tak nye ada.. Nak tak nak aku kena laluinya jugak.. Yeah 2 hari lagi..pastu leh rileks..Eh.. korang perasaan tak? Kebelakangan nih (actually dah lama dah) masa berlalu begitu pantas..kadang2 tak terkejar.. Cuba bayangkan..pagi tadi bangun..bermalas-malasan..g keje..lunch time..then balik.. Rasa cam tak byk mende yang dapat buat.. Kalo dulu-dulu time aku kecik2..kite dapat rasa satu hari berlalu amat lambat sekali.. rasa macam2 leh buat..basuh baju..kemas rumah..pergi bank..siram pokok etc...mayak mende lah.. Tapi la ni.. rasa, masa silih berganti..cam berlari lah.. Kawan aku pernah cakap..suatu hari nanti bumi ini akan berputar makin hari makin laju..sampailah terkeluar dari paksinya..Kiamat lah. Tapi la ni pon, kita tengok banyak dah kejadian pelik yang berlaku sekeliling kite. Contoh gempa bumi..dulu ngara kita mana ada..la ni dah ada.. Allah bagi kita rasa sikit2, supaya nnt kita tak lah suspens sangat. Maknanya.. kita beringat lah lah ni..taubat cepat2. Tapi kalau kita masih leka.. takut2 kita tergolong orang yang rugi pulak.

Yelah..bila aku tgk balik gambar2 anak sedara aku nih..cepat benar rasanya mereka membesar.. Maknanya..aku ni pon dah banyak jugak lah umornya hihihihihihi.... Tu lah dunia.. muda lawannya tua..hidup lawanya mati..

Oklah.. tarak mende arr mau ngomel.. Enjoy the pics...Muahhhhssss!!!

Saturday, April 4, 2009

Alahai......

DI MANA BOLEH KU TEMUI MELAYU?
Di mana boleh ku temui Melayu
Di pasar Malam dan Pasar Minggu
Di mana boleh ku temui Melayu
Di Akademi Fantasia dan Juara lagu
Di mana boleh kutemui Melayu
Di jom heboh dan Pameran Hantu
Di Mana boleh ku temui Melayu
Di Jalan Raya Merempit Malam Minggu
Di Mana Boleh Kutemui Melayu
Di Sungai Buluh, Pusat Serenti Yang Dulunya Penjara Pudu
Di Mana Boleh Ku Temui Melayu
Di Lorong Gelap Melacur Diri Tanpa Malu
Di Mana Boleh Kutemui Melayu
Di pub, disko dan tempat berkumpulnya segala kutu,
Di mana boleh ku temui Melayu
Di dalam internet, MMS beraksi tubuh nan gebu.
Di mana Boleh kutemui Melayu
Di kedai simpang berkaraoke tak kira waktu
Di mana boleh kutemui Melayu
Di Kelab dangdut, Kiambang Biru
Di mana boleh Ku Cari
Melayu berjiwa Maju
Di Mana boleh Ku cari
Melayu ulat buku
Di Mana boleh Ku Cari,
Melayu berminda jitu
Di mana boleh Ku Cari
Melayu Berkiblat Pada Islam Yang Satu
Di Mana Boleh Ku Cari
Melayu bersatu-padu
Di Mana boleh Ku Cari
Melayu Yang Ikut Rasul Terdahulu
Di Mana boleh Ku Cari
Melayu beradab dan ada rasa malu
Di Mana boleh Ku Cari
Melayu yang ikhlas hati kalbu
Melayu pejuang, berminda klas satu.
---------------------------------------------------------------
SHEIKH AL-STARIALOR STAR, KEDAH5 JUN 2007::


P/s: Perjuangan kerana bangsa tidak dipandang mulia, tetapi perjuangan kerana Islam pasti mendapat balasan syuga....
... Umph... No..No..No...

So fikir2 lah..