Tuesday, May 20, 2008

Pengumuman..

Buat sesiapa yang berminat, mai lah pakat ramai-ramai kita p mengaji. kat area kubang semang.. berhampiran highway BKE (Butterworth-kulim expressway). Tiada yuran di kenakan.. Cuma bawa tafsir & RM2 untuk beli kitab Ayatul Mursali (err... betul ker eja?*&#). Ustaz kata, di akhir jaman ini.. Islam akan berkembang.. siapa yang tak tau Islam dia kan ketinggalan.. So mari pakat ramai-ramai agar kita tak termasuk golongan yang ketinggalan..

Nak tau dak..

1. Allah jadikan setiap orang itu 2 tempat di akhrat.. iaitu syurga & neraka. Sekiranya kita beramal dengan suruhan Allah.,maka kita akan ditempatkan di syurga & nama kita akan di padam di neraka. Lalu akan tunjukkan tempat (bilik) kita di neraka. Tika itu, amat bersyukorlah kita kepada Allah. Begitu juga sebaliknya, jika kita ahli maksiat.. tempat kita di neraka. Kala itu kita akan di humban ke neraka jahanam. Kita juga akan di tunjukkan tempat kita di dalam syurag..namun telah di padam namanya. Kala itu.. kita lah orang yang paling rugi & menyesal sangat di atas kebodohan kita ditipu syaitan. (Ini adalah bukti bahawa Allah itu Maha adil)

2. Bila kita berwuduk, akan terhasilah malaikat beribu-ribu yang akan mendoakan keselamatan kita selagi mana kita masih dalam berwuduk.bayangkan jika kita senantiasa menjaga wuduk.Inshallah kita sentiasa dalam keadaan selamat & sejahtera. (tak yah guna khimat body guard... save budgett)

3.Antara mukjizat nabi junjungan kita, Muhammad S.A.W ialah baginda boleh membelah bulan dengan tangan. Selain itu.. pokok kurma berjalan lalu memberi salam kepada nabi. itu semua kita tak dapat lihat.. Mukjizat yang paling besar nabi wariskan untuk kita adalah Al-Quran..didalamnya terkandung pengajaran & nasihat untuk kita jalani kehidupan ini. tapi adakah kita bersyukor dengan warisan nabi ini...(berapa lama kita tinggal baca al-quran ini?.. suatu hari al-quran akan hilang dari bumi.. naik ke langit..sebab tiada siapa yang peduli..)

4. Tabiat kambing.. dia akan makan 40 jenis pokok kayu setiap hari..itu pasallah, bila kita makan kambing badan terasa panah..Kata orang, kambing ini daging berherba. So baik lah untuk kesihatan. Orang yang tak leh makan kambing tu, (sakit kepala..etc..disebabkan oleh darah tinggi..etc..).Maknaya badan dia lah koman.. bukan kambing tu dipersalahkan. sebab nabi kita suka makan kambing.. mungkin cara masakan kita yang salah. Lagi satu ustaz kata, kambing nie lebih cerdik dari manusia sebab sebelum maghrib dia kan balik ke kandang..Manusia... ??? (Alahaii terkena lar aku...) heheheh Senyum kambing.....

Saat ini

Tika dan saat ini.. aku kesedihan. Rasa kosong. Badan terasa sakit sangat.. especially kat bagian bahu..kata orang.. stress sangat tu. Yelah.. terlalu banyak mende yang aku fikir.. risau.. Aku teringat kata-kata seorang ustaz, kita ni terlalu risaukan kehidupan di dunia, sehingga memandang sepi kehidupan akhirat yang kekal abadi. Kita akui, akhirat itu tempat yang kekal abadi.. tapi adakah kita benar-benar bersedia untuk pergi ke sana? Cukop kah bekalan kita? Cuba lihat sekeliling... berapa ramaikah orang2 yang suatu ketika dulu ada di dunia.. tapi kini... telah menuju ke suatu alam baru, sebelum menuju ke kampung akhirat.. mungkin ibu..bapa.. nenek..datuk.saudara-mara..kawan-kawan..anak-anak kita yang lebih dahulu mendahului kita? adakah kita dengar khabar berita dari sana.. baik kah mereka.. amankah mereka.. atau sebaliknya? kita patut bersyukur kerana di berikan Allah.. peluang untuk kita bertaubat.. perbaiki kesilapan yang lalu.. Tapi masih ramai antara kita yang terpedaya dengan tipu daya syaitan.. kita lemas dengan keseronokkan dunia.. leka buat maksiat.. seolah2 tiada balasan untuk itu.. mati kita, hancurlah menjadi tanah... dimamah ulat..Sepi kuburan...


TIDAK.... setiap amalan yang kita buat pasti akan dihisap.. walau sebesar zarah.. Benarlah janji-janji Allah.Allah jadikan Adam daripada tanah..dan manusia daripada air mani hasil hubungan lelaki + perempuan.seterusnya menjadi segumpal darah lalu membentuk daging..dalam masa yang ditetapkan.. ditiupkan roh dan seterusnya keluar dari perut ibu untuk melihat kebesaran Allah.

setiap kita yang hidup di dunia ini.. PASTI.. akan melalui beberapa fasa sebelum kita kembali berjumpa Pencipta Yang Maha Agung. Allah azzawajlla..

kita akan melalui beberapa fasa selepas alam dunia ini..iaitu...:
Mati-----alam kubor-----bangkit dari kubor--------Hisap amalan-------------Titian sirat----Syurga/ neraka.

bayangkan berapa banyak lapisan yang kita akan lalui. Adakah kita benar-benar bersedia.. gerun..untuk meneruskan perjalanan seterusnya? Kadang-kadang kita rasa cam hidup ini 2 lapisan aje.. hidup-----mati. Tidak sama sekali..!! Allah dah peringat kita dalam ayat2 di dalam al-quran.Cerita-cerita syurga/neraka.. Titian sirat.. pahala dosa? Tapi adakah kita mengambil iktibar dari kisah2 Firaun..Qarun..etc..

Bagaimana lamanya kita hidup di dunia, begitulah kita kan hadapi sekali untuk di alam barzakh. Makan kita.. pakai kita.. tempat tinggal kita? Bagaimana rupanya. Kita pergi sehelai sepinggang. Kain putih menyelimuti tubuh yang kaku. Bayangkan kalu kita pergi jalan jauh..tanpa bawa bekalan.. pakaian. bagaimana rasanya? Duit tak de..makan tak de..Mana nak tidur..mana nak makan.. Susahkan..tapi itu di dunia masih boleh minta belas dari orang ramai.. Tapi di alam barzakh..hanya amalan baik saje yang dapat menyelamatkan kita... Masya Allah...

So.. aku nak mengingatkan diri ini..dan pembaca sekalian marilah kita muhasabah diri. Manusia memang tak lepas dari melakukan kesilapan. Aku pun gerun bila dengar ustaz citer. Nak dengar lagi.. kang aku sambong...

Friday, May 16, 2008

Petua meringankan bebanan kerja

Saidatina Fatimah merupakan puteri kesayangan rasullah S.A.W. Beliau pernah mengadu kepada nabi agar diberikan khadam untuknya dalam meringankan beban urusan rumahtangga. Nabi pun memberikannya 3 tips ini untuk diamalkan sebelum tidur. Amalkan zikir di bawah ini:

1. Subhanallah.............33x
2.alhamdulillah.............33x
3.allahu akbar................34x

inshallah, jika kita beramal dengan ikhlas dan yakin , pertolongan Allah akan tiba bagi meringankan beban kita.

Kadang-kadang, kita rasa 8 jam berkerja tu tak cukop tuk kita settlekan manyak mende.Tapi inshallah, lepas amalkan zikir di atas, keje dapat disiapkan tanpa banyak masalah. Kita takkan rasa tertekan sangat.Kita pun tak sedari dari mana datangnya, kekuatan & idea untuk siapkan kerje tu..



"Benarlah janji-janji Allah bagi orang yang beriman"

Allah berfirman yang bermaksud:

"Jika kamu menolong agamaku, maka Allah akan memberi pertolongan kepadamu"

Musim kawen..

pagi tadi dalam kol 7.30 am dapat call dari nadia.. besfrend aku time sekolah dolu. aku baru nak bersyiok2 sambong tido..tapi ok gak.. cerita dia pagi tu buat kan pagi aku ceria.Banyak mende yang kami bualkan.Dari masalah koje..akhirnya bertukar ke bab kawen.. eh..eh..
Yelah sekarang ni kan musim owang kawen..kat opis aku aje dah berapa banyak kad owang bagi..Ntahlah.. boleh ke idak aku penuhi undangan tu ! sebab semua pada tarikh yang sama.. tempat yang berbeza2.. Kelantan.. Johor,.. Sg Bakap.. Sg Petani!! poning..poning..

Bila dah citer bab kawen ni, tentulah citer pasal jantan... oppppssss jangan mare... lelaki. kami setuju tuk cari lelaki asing sebagai teman iduppp.... Ewahhh..dia pun cakap ramai gak member2 sekolah kita kawin dgn mat salih ar.. (aihh,, heran ako camner depa tackle??).. Yang nak tergelak tu.. siap tukaq imej & identiti.. teknik rebonding lagi...hahahhaha.

Bingung...bingung...

Tadi jam 5.30 ptg dapat call dari MARA soh datang interview Selasa nih. Masalahnya; aku kena standby on the weekend (kira Monday Public holiday tu aku keje).Comperm.. banyak menda yang nak update on tuesday . It's a long holiday, sure banyak issue. Takkan nak pass kat member aku lak.. nak amik coti lagi ker? Aiyaahh.. tak best cam nih. Aku selalu di uji sebegini. Dolu.. lepas balik bercuti.. dapat letter tuk amik test tuk jawatan pengajar Poli. Tapi test tu kat Melaka. aku baru jek balik bercoti.. so tak berani nak amik coti lagi. So .. terlepas lar aku.. so kali nih.. the same thing happen, turn aku jaga on weekend lak, tetiba nak kena balik KL . lagipun keliq aku pak mertua dia meninggal. kalu tak bleh soh dia tolong cover aku.. Aisshhh... penin.. penin..

Thursday, May 15, 2008

salam... semua;

Lega.... Not much job to do on this week.Tadi balik keje pun awal.dalam kul 6 dah cabut. Bos pon dah balik.. hehehe. Esok aku cuti2 yahooooo!!! yeeehaaa!! Rasa cam nak jogging jek besok.. tapi tak tau lah ...dah lama tul tak lari.. takut pamcet lar!! dapat jogging kat mengkuang damp pun ok.. Suasananye camtekk..

Actually aku dah tender resign few weeks ago. but last Monday, ada bos from other department jumpa aku. Dia persuade me to join his team.Product enginnering. Aku pun heran lar, mana dia tau aku nak resign? Dia pun cakap mgr aku yang bagi tau dia. Bos aku cakap ako nih.. rajin berkerja & focus... Focus ker ? hehehehe.. so dia interested lah nak soh aku nie join dia. Dia cakp try lah dolu.. kalu tak bleh p, then only u resign. At least you know whether you can do or not. Aku pon kata nak pikior dolu.. (ewaahhh... jual mahal skitttt). Dia pun cakap bleh.. pikior dolu. aku pun mintak lah increment tuk gaji ako!! 10-20 % lar. Menurut advisor aku.. si aanasuhah tue? Chehhhh... HR kata kalo internal transfer mmg tak de increment gaji.. Siap nak nengok offer letter com baru ako lagii (hahahaha... mana bleh bagi tau!!!!). So after thinks some times aku pun terima lah offer depa. Give face to boss lar.. Dah lah dia rekomen aku.. takkan lak ngada2 tak mau.(rasa cam aku ni worth to the company lar.. hehehehe). So aku pun akan p department baru sooon.. Yealah setiap menda pasti ada plem. So aku kena bersedia dari segi mental & fizikal. Aku pun tak tau apa akan terjadi seterusnya. hanya berserah Pada Allah Yang Esa..

so lain2 update.. tak de apa yang menarik.. Kira minggu ni aku buat havoc ar.. Heboh nak resign.. alih2 tukar department jek.. Tapi bukan aku yang minta ok.. BOS yang offer.. Hehehe I Lap U bosss...


"Botak itu syeksisssss"

Saturday, May 3, 2008

Tazkirah lagi..

Hikmah baa dalam ayat bismillah..



Kenapa kita di suruh baca bismillah untuk setiap menda baik yg kita buat? Kerana ayat al-Quran pun dimulakan dgn Bismillah...Kita akan mendapat rahmat dari Allah.



Cuba perhatikan.. Bismillahirr rahmaanirr rahiimm yang bermaksud " Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Kasih Sayang"...

Kebiasaanya, perkataan "dengan" mesti terletak di tengah-tengah ayat.betul tak? Tak lengkap suatu ayat itu jika dimulakan di awal ayat perkataan "dengan"



Contoh:

1. Dengan kereta

2. Dengan isteri

3. Dengan Ali

boleh paham dak, dengan ayat-ayat di atas? Tentu tidak kan.. Tapi.. lihat contoh nie plak;

1.Saya datang ke sekolah dengan kereta

2.Pak ali ke pekan dengan isteri

3.saya bermain badminton dengan Ali.



haa.. kalu cam nie.. baru boleh paham kan.. Jangan risau, bukan nak ajor Bahasa cuma nak jelas kan di sini. Apa-apa ayat tak buleh dimulakan dengan di depan. Sebab tak boleh di pahami.. Tapi kenapa ayat Al-Quran tu dimulakan dengan di depan? sebab di kepala ayat tu kite sendiri lar tambah.. kalu diletak.. Iqrak bismillah.. nanti orang akan paham bismillah hanya bila kita nak membaca sahaja. Padahal nak buat apa saje benda yang baik.. mulakan dengan bismillah. bermakna, sebelum nak buat sesuatu yang baik.. tune dalam otak kita cth: Aku masak ini dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah, Lagi kasih sayang.. Gitu juga nak mulakan menaip ker atau apa saje..Niat apa yg kita nak buat disusuli dgn bismillah..

Aku pun baru dapat ilmu nie. Selama ni buat tapi tak paham.. Harap2 dapat berkongsi dengan semua.. Inshaallah..

Buatlah sesuatu amalan, biar sedikit tapi istiqamah.. Renung2 kan!!

Bagi sesiapa yang tak tau.. wafer tu bukar ar menda yg tuk di makan (cam jual kat supermarket tu, tu pon wafer gak namanye). wafer yang dimaksudkan ni, adalah chip/ ICs or electrical devices yang dihasilkan daripada silikon ( bukan yg gitu plak).. silikon ni actually pasir lar.. tapi bukan yg kat belakang rumah kowang lak.. hehehe.. pasir ni diambil dari ober the sea kalu tak silap den.. kek australia lak.. pasir pantai mana.. tak sure plak yer.. So dia "uli" & jadilah induk nye kita panggil "ingot" (bentuk silinder tu).. Pas tu di "slice" jadilah sekeping cam di ateh tu. Pastu dia process dgn pelbabagi jenis chemical yang akhirnya 1 die (petak kecil dalam kepingan tu) bertindak sebagai R, C, & L.. Senang citer sebagai litar elektrik.So koje aku ni, adalah menganalisis & do investigate for any defects yang terdapat kat wafer tu.Pasal, bila ada defects, litar tak bleh berfungsi.. open circuit..Kadang2 yang boring tu keje aku ni kena pin point kat module.. saling tunding-menunding ar gitu.. Depa cakap not from their module.. So kena investigate..bla..bla..bla..Pendek kata,,, mesti mau pandai cakap..pandai bodek.. Baru bos sukerr.. EEiiiii! aku menci! menci ! pada dirimu!!!! Must step on the other people head to reach at top!! Oh.. No Way !!
Sorry, late published....

Pejam celik, pejam celik.. dah hampir 2 minggu aku tinggalkan blog..tu pasal tadi, time nak update blurr jap.. hehehe.. Refresh!!

Dah seminggu member aku resign..arhh boringnye.. tak de kawan nak nyembang, walaupun aku tak ler menyembang sgt dgn dia ni.. tapi at least, leh gak aku tanya perihal kerje especially bila nak scrap wafer. kalu ikut aku nie.. scrap je, kalu jumpa defects.. tapi bro ni selalu bagi idea actually bukan semua defects kita bleh scrap.. itu macam kalu,, bangkrup la kilang.. hehehe.. sebaikk.. kalu tidah jenuh den nak kena jawap dgn bos.. 1 wafer tu mau dalam USD 500- USD 1000. patut ar.. bos aku hanginn jek.. sikit2 aku scrap wafer.. hahaha sowii... boss..

Last week, time review aku tender resign letter.. Gurlpp.. 3 months notice. My bos a bit surprise! Before that, he asked me how's my job? still ok or at the bottleneck? I said ok.. everything going smooth.. last2 slum kuar bilik dia ,, aku bagi surat. dia hairan, & asked me why I doing like this. I said I got a better offer? Where? somewhere.. hehehe.. terkuzat dia. Sorang demi sorang kuar. Masuk aku dah 6 org resign & he keeping searching new engineers.. mostly fresh grads.. OK lah tue !!!